31 December 2009

7 Dalil mengapa anda harus memilih GDI sebagai sumber rezeki

1.Potensi dalam bidang internet sangat luas

Tiada siapapun berani untuk menafikan internet adalah lautan rezeki yang terhampar untuk kita.Lihat para nelayan yang bertungkus lumus mencari ikan di lautan untuk mencari rezeki. Lihat juga para petani bertungkus lumus bercucuk tanam semata mata mencari rezeki. Begitu juga kepada para (internet marketer) IM yang siang malam mempromosi barang,perkhidmatan atau perniagaan kepada bakal pembeli.Kita sama sama berusaha mencari rezeki untuk perjuangan hidup. Cuma berbeza cara dan kaedahnya sahaja.Dalam Facebook sahaja sudah mencapai 350 juta pengguna.Youtube pula mencecah 1 billion orang. Angka ini amat mengujakan kepada sesiapa yang sedar kepada potensi untuk mengaut kekayaan ke tahap super rich. Ini belum termasuk lagi twitter,blogger dan pelunsur biasa laman web.Jadi mana mungkin kita membiarkan sahaja peluang ini kepada orang lain tanpa kita sendiri yang turut serta.GDI ada menyediakan untuk kita. Dengan reputasi yang hebat selama 10 tahun kita harus percaya kepada GDI.

2.Peluang untuk memasarkan barangan dan perkhidmatan tidak terbatas

Pernah orang berkata dunia ini semakin kecil,tiada sempadan atau langit terbuka. Ini semua membawa maksud bahawa jaringan yang terbina dalam internet boleh dicapai sesiapa sahaja dengan syarat ada sambungan komputer dengan penyedia rangkaian.Jika dahulu kita hanya menggunakan komputer pejabat tetapi kini laptop sudah menjadi trend luarbiasa. Sesiapa sahaja mampu memiliki sambungan internet dan komputer riba. Secara tidak sedar potensi pasaran semakin luas tanpa dibatasi sempadan, geografi, masa dan apa sahaja.Barangan yang dipasarkan boleh berbentuk buku elektronik, perkhidmatan, cerita kejayaan atau kegagalan peribadi dan sebagainya.Apa yang pasti barangan ini atau perkhidmatan tersebut menjadi tarikan maupun keperluan seseorang. Bagaimanapun pembeli dalam internet harus berhati-hati kerana banyak penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sungguhpun demikian dalam dunia sebenar tidak terlepas daripada penipuan kerana memang itu sifat manusia yang terkeji. Lebih keji daripada sifat binatang.Berbalik kita kepada GDI. Ia adalah syarikat yang menguruskan sistem domain. Kini sudah beroperasi 10 dekad dan mempunyai reputasi yang hebat.GDI juga penyedia perkhidmatan kepada syarikat IT gergasi seperti Yahoo, Intel, Konica,ebay,UPS dan banyak lagi. Jadi mengapa takut atau sangsi dengan syarikat GDI.

3.Masa yang tidak terhad

Jika hari ini dan suatu ketika dahulu masa orang turun bekerja ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang maupun 7 malam hingga 7 pagi.Namun dalam dunia internet tidak menentu. Kadang-kadang waktu tengah malam atau waktu tengah hari maupun bila bila masa. Masa kita sendiri yang tentukan. Masa yang selain daripada itu kita boleh peruntukan untuk beribadat, mengurus diri sendiri, masa untuk keluarga, bersukan atau apa sahaja yang bermanfaat. Ingat masa yang Allah anugerahkan itu perlu dimanfaat sebaik mungkin. Kita mana tahu bila ajal datang menjemput. Cuma kita harus bersedia dan berwaspada. Sebaik-baiknya manusia ialah paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.Namun jika sukar hendak memberi manfaat cukupkan sekadar tidak menyusahkan orang lain.Falsafah ini jika dikaitkan dengan penglibatan dalamGDI besar maknanya.Jadi mengapa harus kita memperuntukkan masa yang begitu banyak untuk perkara yang tidak sepatutnya.Atau melakukan kerja yang mengorbankan masa yang banyak tetapi hasil tidak berbaloi. Dalam GDI kita masa yang diperuntukan cuma 2-3 jam sahaja untuk mempromosi. Kerja yang selebihnya adalah automatik berdasarkan sistem komputer.Apa yang menakjubkan pendapatan adalah berterusan selagi seseorang masih menggunakan GDI.Ini antara kelebihan menggunakan sistem GDI kerana ia turut mengaplikasikan konsep multi level marketing.Kuasa penggandaan akan membesar jika rangkaian berkembang dan terus berkembang. Pada waktu ini masa kita cuma untuk membantu mereka secara tidak langsung. Mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali mengikut keadaan. Ternyata masa kita tadi lebih banyak untuk perkara yang lain sambil menikmati kehidupan bebas masalah wang dan bebas masa.

4.Jalinan rangkaian serata dunia

Dalam perniagaan rangkaian seperti GDI yang sebenarnya bukan barang atau perkhidmatan yang ditekankan. Apa yang penting pertalian dan hubungan dalam rangkaian.Hubungan yang baik akan memastikan perjalanan perniagaan lancar, tanpa permusuhan dan hidup dalam suasana kasih sayang. Saling membantu serta mengambil berat antara satu sama lain.Persoalannya bagaimanakah dapat mengekalkan jalinan rangkaian tanpa ada sesuatu yang boleh masuk ke kocek seseorang.Perlu diingatkan sekali lagi kita hubungan ini bukan kerana duit semata mata.Cuma jika ada duit hubungan tadi lebih berkekalan.Hukum dunia yang tidak harus kita pertikaikan. Harapan jangan dijadikan duit sebagai teras dalam hubungan. Dalam GDI kita mampu menjalinkan hubungan di serata dunia tanpa batasan. Tiada undang-undang yang dapat menyekat hubungan kita dalam alam maya berbanding alam nyata. Dalam alam nyata kita perlu ke suatu tempat sama ada menaiki kereta atau kapal terbang yang jauhnya berpuluh atau beratus KM. Jika ke luar negara wajib menggunakan passport,visa, permit lawatan dan sebagainya. Dalam internet benda benda ini sudah tidak realistik lagi. Jadi mengapa membiarkan peluang ini begitu sahaja kerana menjalinkan hubungan merupakan lumrah kepada setiap manusia. Tiada dalam sejarah manusia seseorang itu boleh hidup seseorang diri waima nabi Adam sekalipun. Nabi Adam sendiri mempunyai pasangan iaitu Hawa. Hasil daripada pasangan ini lahirlah keturunan manusia sehinggalah ke hari sampai kiamat.Ini membawa maksud kita memang perlu antara satu sama lain. Saling menyokong dan membantu. Bentuk sokongan dan bantuan mungkin berbeza-beza. Contoh yang terdekat dalam GDI. Rakan kita yang memperkenalkan akan mendapat komisyen dan kita yang diperkenalkan peluang tersebut berpotensi untuk mendapat komisyen seperti beliau jika kita turut memperkenalkan kepada orang lain.Begitulah seterusnya dan pendapatan bergantung kepada setakat mana usaha dan rezeki masing masing. Biarpun pada mulanya tadi niat kita cuma untuk menjalinkan rangkaian sesama insan.

5.Kos untuk menyertainya antara yang termurah dan mudah

Kos untuk setup satu domain memang besar jika ingin memiliki laman web sendiri. Ada yang memerlukan bayaran beratus ringgit hingga kepada ribuan ringgit.Dalam GDI semua disediakan dari laman web hinggalah kepada 10 alamat email. Bayaran bulanan cuma RM35 tetapi menjadi percuma jika ada sudah rangkaian seramai 10 orang.Jumlah ini akan berkembang jika ada yang meluaskan rangkaian seramai yang mungkin. Pada tahap ini pendapatan anda dalam lingkungan puluhan atau ratusan ribu ringgit sebulan. Sangat hebat bukan! kerana modal permulaan percuma 7 hari dan bulanan RM35. Ada diceritakan sesesorang boleh menjana kewangan sewaktu tempoh percubaan. Kenyataan ini membuktikan dalam internet seseorang yang tidak mempunyai apa-apa boleh menjadi jutawan.Melihat kepada senario ini bagaimana mungkin alasan untuk tidak melakukannya.Tepuk dada tanya poket sendiri. Poket yang berisi pasti mengundang senyuman berseri.Sekarang terpulanglah kepada empunya diri. Kos yang murah, masa tidak perlu banyak, bimbingan disediakan dan kad debit senang diperolehi. Apa lagi alasan anda?

6.Peratusan kegagalan sangat rendah

Sebab apa anda gagal memperolehi pendapatan dalam GDI? Jawapan yang pasti ialah orang tidak mahu menyertainya.Mengapa pula orang tidak mahu menyertainya. Antaranya belum ada promosi tahap serius, penerangan belum cukup, tiada tindakan susulan dan paling teruk sekali ialah anda langsung tak buat apa-apa.Dalam dunia ini rezeki perlu diusaha bersungguh-sungguh. Sama ada rezeki itu mudah atau susah bergantung pula dengan rahmat Allah. Jika usaha sekerat jalan kita yang bekerja makan gaji pun belum tentu dapat gaji. Mana taknya syarat mesti kerja 30 hari tetapi kita kerja 15 hari sahaja. Macam mana nak dapat gaji sebulan. Sama juga dalam GDI jika promosi cuma sehari mana mungkin orang mahu masuk selepas itu langsung tak ada lagi. Orang akan menilai tahap kesungguhan kita untuk menyertainya. Cara untuk menunjukkan kesungguhan ialah promosi besar besaran.Peruntukan sedikit modal atau masa. Pelaburan ini bukanlah sia-sia kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh. Lagi tinggi promosi maka lagi tinggi peratusan untuk berjaya.Apa pun usaha yang dilakukan bukan yang bersifat perjudian peratusan kegagalan adalah rendah.Kalau tikam nombor mungkin 1% sahaja berjaya 99% memang gagal.Sekiranya peratusan menang cukup tinggi bermakna syarikat judi golong tikarlah jawabnya.

7.Membantu orang lain untuk berjaya bersama-sama

Banyak orang berjaya berkata apa yang kita beri itu menyebabkan kita kaya dan bukannya apa yang kita terima. Pemberian kita dalam bentuk khidmat nasihat,ilmu pengetahuan,masa malah wang ringgit juga mestilah benar-benar ikhlas. Ibarat sebiji benih yang baik akan menghasilkan pokok yang boleh berbuah sehingga 700 kali. Dalam GDI konsep membantu orang lain memang perlu untuk memastikan kejayaan kita berterusan.Ilmu yang diketahui dan yang telah dipraktikkan itu haruslah disebarkan untuk orang lain. Konsep klasik ini memang ada kebenarannya, Lihat sahaja dalam dunia MLM pemimpin yang berjaya tidak pernah lokek bercerita ilmu pengetahuan dan pengalamannya.Jika dilihat mata kasar usahanya kadang kadang tidak ada langsung untuk kepentingan dirinya sendiri.Namun bagaimana kejayaannya.Mestilah kejayaan yang gilang gemilang. Mereka ini sentiasa memberi walaupun pada peringkat permulaan lagi. Pendek kata pada peringkat belum apa-apa lagi. Sehinggalah mereka berjaya konsep memberi itu tetap diamalkan.Maka tidak hairan dalam dunia GDI konsep memberi dalam usaha membantu sesama ahli patut diamalkan dengan hati terbuka. Lagi banyak memberi maka lagi banyak pula perolehan. Ini kerana rezeki yang kita makan daripada duit orang lain wajib disyukuri dengan memberi juga kepada orang lain sama ada wang ringgit atau ilmu pengetahuan.

Layarilah laman web ini untuk melihat bagaimana GDI menjana pendapatan anda
http://jariahonline.ws

p/s : Jika ingin lebih lanjut atau mendapat info percuma sila isi nama dan email dibawah. Saya jamin email anda tidak akan disalahgunakan

No comments:

Post a Comment