20 March 2010

Pengalaman Biasa Seorang Usahawan MLM


Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk juga dengan pelbagai aktiviti perniagaan offline.Siang buat promosi dan malamnya pula buat mesyuarat bersama teman seperjuangan.

Apa yang terbayang dalam fikiran rasa seronok dan puas.Mana tidaknya usahawan MLM yang sebenarnya mengambil prinsip membantu orang lain dengan membantu diri sendiri.Konsep ini murni dan perlu dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan.

Pengalaman yang dikutip selama beberapa minggu yang lepas akan rasa rakamkan dalam bentuk kata kata dalam blog ini.Saya sedar banyak lagi pengalaman mereka yang hebat diluar sana.

Dalam perniagaan MLM yang tulen teras adalah PR (hubungan kemanusiaan).Produk dan plan pemasaran jatuh kepada soal kedua.Apatah lagi syarikat.Syarikat hebat macam mana sekali pun boleh tenggelam dek PR seseorang.Orang sekeliling dan orang yang intai-intai dari jauh pasti terpesona dengan PR oleh orang MLM yang sukses.Tak percaya dekati dan fahami jiwa mereka.

Suka diingatkan orang yang MLM yang berjiwa murni bukan melihat duit sebagai ganjaran utama.Mereka mengidamkan hubungan kemanusiaan,kepuasan diri untuk membantu oarng lain sama ada memperkenalkan produk atau peluang menambah pendapatan.

Impian murni dan suci orang MLM banyak tersalah tafsir oleh mereka yang belum benar-benar memahami MLM.Adalah salah menceburi MLM niat untuk kaya dan bermegah-megah .MLM adalah perniagaan untuk menjalinkan persaudaraan dan persahabatan.Mengasah bakat dan kebolehan untuk menjadi insan berketrampilan dan sahsiah.Menjadi manusia yang sentiasa bersyukur,merendah hati dan berhati mulia.

Tidak semua layak menjadi orang MLM.Namun semua orang boleh menjadi pengguna kepada produk MLM.Produk yang ditawarkan dalam syarikat MLM mampu milik dan boleh diperolehi tanpa ada syarat keahlian.Janji yang berkaki dua dan bertangan dua adalah penggguna .

Ramai yang melihat MLM dari sisi negatif.Ramai yang terpedaya MLM adalah piramid dan skim mencari orang.Tetapi tidak ramai yang tahu MLM adalah perniagaan biasa seperti perniagaan lain.Bezanya produk MLM disertai dengan nilai ambil berat, prihatin dan kasih sayang.WOW bak kata orang pandai pesakit boleh sembuh setelah jumpa doktor sebelum makan ubat.Maksudnya layanan dan PR doktor secara psikologi telah menghilangkan 'perasaan sakit'.

p/s:Jika anda seseorang yang berhati mulia,tidak tamak,suka kebajikan dan suka menolong orang maka anda yang saya cari.

15 March 2010

Bagaimana Untuk Menyertai DCL


Hari ini hari isnin.Permulaan hari bagi mereka yang bekerja waktu pejabat.Cuti sekolah juga baru bermula.

Penulisan tentang produk sudah masuk 5 kali.Kebanyakan produk yang saya tulis dalam blog ini mencakupi set 5P. Produk 5P ini termasuk pencucian usus,pembakaran kolesterol dalam darah,pembinaan sistem imunisasi,pembuangan toksid dan pembetulan CNS.

Hari ini saya akan berkongsi sedikit bagaimana mahu memulakan perniagaan DCL. Saya berani mengatakan DCL adalah satu perniagaan yang bukan main-main.Bukan untuk orang yang berfikiran negatif.Bukan untuk mereka yang tiada impian,cita-cita dan harapan untuk menikmati kehidupan bebas kewangan dan masa.

Syarat yang berat dan perlu untuk menyertai DCL tidak lain tidak bukan ialah semangat.Orang yang berjaya dalam DCL ialah ada semangat yang kuat dan berkobar-kobar.Jika tiada tiada semangat lebih baik jangan sertai DCL.Lebih baik jadi pengguna sahaja.Ada juga untung saya dalam 30 peratus.

Sangat suka saya ingatkan bahawa DCL bukan tempat skim cepat kaya,bukan tempat untuk cari orang goyang kaki dan duduk diam-diam dapat duit.DCL adalah perjuangan untuk menghidup hidup supaya lebih positif,lebih sihat dan lebih menghargai kehidupan ini.

Anda boleh masuk DCL hari ini dan boleh berhenti esok hari.Namun ini bukan cara yang betul dan bijak.DCL adalah tempat perjuangan untuk membantu orang lain mencapai impian dan cita-cita.Membantu orang yang berfikir positif kepada peluang.

Peluang yang ada dalam DCL adalah samarata dan tercapai atau tidak impian anda bergantung kepada sikap dan cara fikir kita.Itulah indahnya MLM yang diperjuangkan oleh DCL.Orang berani pasti menempah kejayaan yang hebat.Keberanian yang terhasil bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan malah bertahun-tahun.Maka untuk melahirkan pejuang DCL yang berani menempuh cabaran tertubuhlah D'Eagle Motivation Centre.Pusat latihan dan sekolah motivasi kepunyaan DCL sendiri.Tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dan tauliah yang tinggi.( bukan bodek kerana saya pernah masuk dalam kursus yang dianjurkan D'Eagle Motivation Centre.)

Kebetulan pula DCL sekarang ini membuat promosi keahlian sempena 12 tahun penubuhan.Jadi masuk ahli sahaja anda dapat produk bidadari botol besar berharga RM82.00 (harga Sabah/Sarawak)Anda cuma perlu bayar RM84.00 dan mendapat keahlian DCL seumur hidup.Kalau tidak mahu bidadari bayar RM55.00 sahaja dan cuma dapat stater Kit sahaja.Pilihan bergantung kepada keperluan kerana jika anda melepaskan peluang ini bermakna anda rugi RM53.00

Sehingga ke perhentian ini.Majulah bisnes untuk kesihatan anda.


Hanafi Abdullah

019-8907289

14 March 2010

Mengatur sistem CNS


Buat pertama kali saya tidak beberapa faham apa itu CNS.Setelah membuat sedikit kajian barulah saya faham CNS berkait rapat dengan otak.

Dalam bahasa kasarnya CNS merujuk kepada cara ngatur otak.Bahasa halusnya pula central nerve system yang banyak mengawal sistem organ badan.

Jika bahagian ini ada masalah kita akan mudah pelupa,sakit lambat pulih dan kurang penumpuan dalam aktiviti harian.

Menurut kajian sel-sel otak akan mati tanpa ada penganti.Namun dengan mengamalkan produk D'gnius dan E'gnuis keluaran DCL kadar kematian sel otak dapat diperlahankan.

Baru -baru ini saya ada masalah dengan kekerapan membuang air kecil pada waktu malam.Saya tidak dapat tidur nyenyak kerana selalu sangat bangun malam untuk membuang air kecil.

Setelah mengamalkan beberapa botol E'gnius masalah saya pulih.Kini saya tidak perlu untuk bangun malam lagi untuk menyampaikan hajat.Hidup lebih tenang dan selesa.

Buat makluman semua E'gnius adalah produk homeopati yang difomulasikan oleh seorang doktor dari Jerman.Kadar keperluan juzuk garam sudah mencukupi untuk mengawal sistem otak kita ke tahap yang normal.

Cara berkesan untuk makan dengan meletak dibawah lidah supaya dapat kesan segera.Dikunyah macam gula-gula boleh.Ada rasa macam susu dan kerana diperbuat dari susu kambing.

Seeloknya makan 2 biji pagi dan 2 biji petang.Amat disarankan untuk mereka yang ada masalah pelupa dan sukar untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.

13 March 2010

Air Bersih Sumber Kehidupan Manusia


Sudah lama tidak menulis dalam blog ini.Terasa sangat 'kehilangan' walaupun baru beberapa hari.Banyak sebab yang tidak dapat dielakkan beberapa hari yang lepas.

Dua hari yang lepas saya dan beberapa rakan seperjuangan ada melakukan promosi air beralkali keluaran DCL.Mesin merawat air ini berharga RM2190.00 dan pasti jumlah ini cukup mahal untuk mereka yang kurang mampu.

Sekiranya mereka yang sayang kesihatan,sayang buang pinggang dan sayang kepada kehidupan yang sihat harga ini tidak terbanding sebenarnya.Kesihatan itu sendiri adalah aset yang menjana kewangan untuk usahawan yang berjaya.

Azalinya badan kita amat memerlukan air yang beroksigen,beralkali dan bermineral.Namun sejak kecil kita selalu disuruh minum air mati,air masak dan air suam.Konsep ini salah kerana air mati tiada mengandungi oksigen kerana terurai sewaktu dipanaskan.

Air yang paling ideal untuk diminum ialah air zam-zam.Cukup mineral, ada oksigen dan tinggi nilai pH.Namun berapa ramai kita di dunia ini boleh mendapat sumber air zam-zam secara mencukupi untuk keperluan harian.

Air yang mempunyai nilai pH tinggi dapat mengurangkan masalah kanser,masalah kegemukan,gout dan sebagainya.Dan perlu diketahui badan yang berasid perlu diimbangi dengan meminum air beralkali.

Oxy PI D'ionik keluaran DCL mempunyai kadar pH yang tinggi sekitar 9-10.Mungkin ramai yang ingin tahu kenapa mesti sangat tinggi.Sebabnya makan yang kita makan terlalu berasid dan bertoksid.Untuk mengimbangi perlu minum air yang sangat tinggi alkali.

10 March 2010

Membina Sistem Imunisasi Badan


Pernah heboh suatu ketika dahulu penyakit selsema babi,SARS dan sekarang ini HINI.Punca merebaknya penyakit bermusim begini kerana virus itu kuat atau sistem badan manusia semakin lemah.Pastinya sistem pertahanan badan kita lemah sebab itu virus pelik ini semakin kuat.

Banyak faktor yang menyebabkan sistem pertahanan badan kita lemah.Makanan yang kita makan tercemar dengan bahan pengawet,pewarna dan perisa.Air yang diminum mengandungi klorin,bahan endapan logam berat dan seribu satu bakteria yang tak mati dek suhu panas.Udara yang kita sedut hari-hari mengandungi gas yang beracun ( alamak).Gas yang sikit beracun ini terhasil dari kenderaan 2,4 dan 6 tayar.Kalau tidakpun dari asap rokok kawan dan sanak saudara yang ada pertalian dengan keluarga jin (jangan marah).Jadi kita nak lari ke mana lagi yang 100 peratus bebas pencemaran.

Kita tidak dapat mengelakkan 100 peratus faktor-faktor ini( macam belajar sejarah) kerana ia adalah fenomena zaman moden.Sungguh pun kita ada ada penapis semula jadi seperti buah pinggang dan paru-paru pencemaran ini akan terserap dalam badan secara langsung.Penapis semula jadi kita itu tidak ada alat ganti.Jika rosak tersangatlah susah nak cari ganti.

Memandangkan saya sudah buat ancaman yang agak menakutkan apa kata kita cari alternatif untuk meningkatkan kesihatan kita.Cadangan yang wajar diberi perhatian ialah cuba amalkan Amazing.Nama sahaja sudah cukup untuk mengambarkan khasiatnya.

Amazing adalah produk keluaran DCL yang terawal dan sudah mendapat tempat di hati pengguna sejak sekian lama.Bahan utama Amazing adalah madu yang diserasikan dengan pelbagai ramuan semulajadi seperti kismis,buah tin,ubi jaga, buah zaitun,kurma merah,habbatus sauda,dong quai dan dang shen.(kalau sebut lidah jadi bercabang dua).Melihat gabungan 9 bahan istimewa rasa tidak berbaloi membeli dengan harga yang kurang RM50.Kalau boleh mahal lagi kerana khasiat yang terkandung dalam Amazing hanya mereka dan keluarga sahaja yang tahu.Nak tahu dapatkan hari ini juga.Layari http://www.bchijau.com

Pernah suatu ketika ada seorang rakan niaga mempunyai adiknya mengidap asma(semput nafas).Pihak hospital telah membekal ubat pancit mulut (inhaler) untuk persediaan jika berlaku kecemasan.Tanpa diduga dengan pengambilan Amazing adiknya sembuh dan pulih dari asma (bukan asmara).Senario ini bukan rekaan semata-mata tetapi kisah benar.Ternyata Amazing yang dihasilkan melalui formula kitab melayu lama boleh dijadikan alternatif untuk membantu masalah gastrik,luka dalam perut,pembedahan,asma dan batu karang.

Fungsi utama Amazing adalah untuk membina sistem imunisasi badan.Jadi perisai terhadap serangan penyakit.Sebelum bakteria dan virus datang melanda amat elok jika sistem badan diperkuatkan.Amalkan meminum satu sudu plastik Amazing selepas bangun tidur sewaktu perut masih kosong.Perut yang masih kosong sesuai untuk memastikan segala nutrien dapat diserap dengan sepenuhnya.

Bagi memastikan kesan optimum kita perlu sertakan produk Inter Cleanse,Ry ilex dan Amazing dan 2 lagi produk terbaik DCL.Gabungan 5 produk ini pernah diakui oleh seorang doktor sebagai 5 bijak.Pada masa akan datang saya akan ulas tentang tajuk tersebut.

Sehingga ke titik ini.Majukan bisnes DCL demi kesihatan anda.Ingat DCL ingat kesihatan.


Ikhlas tapi benar,

Hanafi abdullah

tel: 0198907289

http://jariahonline.ws/dcl.html

09 March 2010

Bagaimana Membakar Kolestrol Dalam Darah


Semua darah berwarna merah.Meskipun semua darah berwarna merah sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis seperti A,B,AB dan O.

Apapun jenis darah anda tidak penting sekiranya tidak sihat dan mempunyai kolestrol yang berlebihan.Kolestrol yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan penyakit suka datang bertandang.Orang kampung macam saya cakap darah kotor yang merujuk kepada kolestrol jahat dalam darah.Ada juga kolestrol baik yang memang diperlukan oleh badan.Tujuan kolestrol baik untuk melindungi otot dan tisu badan dari perkara yang tidak diingini.

Darah yang bermasalah selalu dikaitkan dengan darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung.Balik-balik darah pulak jadi mangsa.Darah menjadi punca segala penyakit.Walaupun sebenarnya tuan punya badan yang selalu makan berlebihan,makanan bertoksid dan kurang bersukan. Bersukan main game dalam Facebook.Mana ada keluar peluh.Yang keluar bil elektrik sebab hari-hari pakai.Huh..huh..

Semakin meningkat usia seseorang darah juga semakin pekat.Darah yang pekat ini telah memaksa jantung kesayangan anda mengepam lebih kuat dari biasa.Jantung anda yang cantik itu bekerja sepanjang masa tanpa berhenti.Kalau mau berhenti matilah jawabnya.Ramai yang tak nak mati tetapi lebih ramai lagi tidak menyayangi jantung mereka.Masih ligat makan ayam K@# atau m$%8 yang sungguh berlemak(bahagian kulit yang garing dan sedap tu ).

Corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak cerdik ini pasti menyebabkan darah dan saluran darah ada masalah.Mahu atau tidak mahu anda terpaksa mencari jalan keluar dalam permasalahan ini.

Sekiranya anda cukup bijak dan cukup pintar,pilihan terbaik sudah semestinya produk DCL iaitu Ry iIex.Dengan bangganya (bukan riak) saya memperkenalkan Ry ilex sebagai kaedah untuk membakar kolestrol dalam darah.Selain itu dapat melembutkan saluran darah serta melancarkan pengaliran darah sehingga kebahagian yang paling jauh sekali.Bahagian paling sensitif pun boleh.Sebut pasal sensitif ada yang tersenyum simpul.Ada maknanya tu.

Darah kotor yang telah dibakar (bukan masak) oleh Ry ilex pastinya akan lebih lancar dan 'power'.Sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah darah tinggi,sakit jantung dan stroke.Mereka yang belum ada masalah sangat digalakkan kerana mencegah lebih baik dari mengubati.Tak kan dah sakit baru nak cari ubat.Bagus kalau mengamalkan produk kesihatan ketika kesihatan masih 'tip top'.Sebab nikmat sihat perlu disyukuri dari menyesali dugaan sakit yang pastinya perlu kesabaran yang bukan alang-alang.

Suka dimaklumkan Ry ilex adalah makanan herba dari yis merah yang telah melalui proses tertentu.Ada mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan dan pastinya halal.Tuan punya syarikat adalah orang Islam mana mungkin mahu jual barang yang diragui.Cara makan cukup mudah.Makan 2 biji selepas sarapan pagi dan 2 biji selepas makan malam.Banyakkan minum air kerana air adalah sumber kehidupan.Doktor pun cakap begitu apatah lagi saya usahawan yang memang tugas untuk mempromosi dan promosi.

Emak saya ada masalah darah tinggi.Selalu pening kepala dan sakit bahagian dada.Setelah saya tahu keistimewaan Ry ilex saya terus suruh emak kesayangan amalkan Ry ilex.Kini masalah pening kepala dan rasa sakit pada bahagian dadanya sudah mulai berkurangan.Sehingga entri ini ditulis mak belum lagi mengadu masalah yang saya sebutkan tadi.Bukan mau bodek kerana saya buat review produk ini tidak berbayar.He..he...macam tak ikhlas sahaja.

Sekarang terpulang kepada anda bagaimana mahu membakar kolestrol dalam darah.Anda boleh buat keputusan sendiri kerana saya tidak mahu mempengaruhi anda.Anda sihat saya tumpang gembira dan anda kurang sihat saya tumpang simpati.Apa yang mampu saya buat ialah ambil order anda sekiranya anda berada di kuching.Sekiranya anda belum jadi ahli atau keahlian anda sudah mati pun boleh cari saya.Nanti kita selesaikan bersama.

Kepada mereka yang di luar liputan boleh layari http://www.bchijau.com Cuma kalau nak jadi ahli cari pengedar DCL yang terdekat supaya mudah anda berhubung dengan beliau.Tujuan murni saya suruh anda jadi ahli supaya anda dapat harga diskaun dan ada bonus jika menepati syarat-syarat yang diperlukan.

Namun saya tetap bangga dengan anda walaupun sekadar pengguna biasa kerana pengedar tempat anda beli akan dapat untung runcit 30%.Ok apa.

Sehingga di sini dahulu.Majulah bisnes untuk kesihatan anda.

Ikhlas tapi benar,

Hanafi Abdullah
019-8907289
http://jariahonline.ws

p/s: link yang ada dalam blog ini tidak dapat diklik secara terus.Harap maklum.Mau atau tidak anda perlu copy dan paste letak bahagian atas laman internet anda atau ke ruangan sebelah kanan atas klik pada BUSSINESS CENTRE HIJAU

08 March 2010

Kepentingan Mencuci Usus


Suka diingatkan apa yang saya tulis bukan bersifat ilmiah kerana saya bukan seorang doktor.Saya seorang usahawan yang mempunyai pengetahuan biasa dan umum.Jika ada tanda-tanda yang kurang sihat sila ambil khidmat nasihat doktor dan lepas itu baru boleh jumpa saya.( gurau)

Usus adalah satu organ dalam badan manusia yang sangat penting.Tanpa usus yang bersih mengundang pelbagai penyakit 3 beradik (serangkai).Mereka ini sahabat yang tidak baik iaitu kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung.Jika kita bersahabat dengan mereka sudah tentu taraf kesihatan kita terjejas.Paling baik mari kita boikot mereka dengan berusaha mencuci usus.

Minta maaf sekali lagi jika anda baru nak makan atau lepas makan.Usus yang sihat cerminan kepada kulit wajah dan mood seseorang.Muka yang bersih tanpa jerawat dan muka berseri-seri tanda usus yang masih sihat.Sebaliknya jika seseorang sentiasa 'bad mood', pemarah dan 'tension' tak tentu pasal ada kemungkinan usus ada bermasalah.Mungkin 2 hari tak berak secara sempurna.Seseorang yang mempunyai usus yang sihat wajar berak sekali setiap hari.Najis yang dikeluarkan mestilah timbul dan kuantiti yang banyak serta warna yang memikat.(maaf ada unsur kotor)

Bayangkan anda jika tidak berak maka usus anda penuh dengan toksid yang langsung tidak berguna kepada badan.Anda mesti merelakan ia keluar setiap hari supaya masa nak makan lebih tenang tanpa gangguan.Namun adakah kita sedar najis yang kita keluar benar-benar 'clear'.Sebenarnya tidak kerana ada saki baki najis yang kering akan tertinggal di dinding usus.

Najis yang melekat ini pasti menghalang nutrien yang sepatutnya diserap oleh badan.Anda makan 10 maka benda keluarpun hampir-hampir 10.Kaedah yang terbaik untuk mencuci usus makanlah Inter- Cleanse produk keluaran DCL.Produk ini bukan ubat tetapi makanan tambahan yang membantu masalah sembelit,buasir dan sewaktu dengannya.Bahan utama adalah alovera yang cukup mesra dengan usus.Anda tidak akan tersiksa sewaktu proses pembuangan berlaku.Dan paling penting Inter cleanse ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya mengamalkan dengan makan 2 biji sebelah malam sebelum tidur.Esok pagi saya akan rasa lega dan 'best' setelah keluar dari tandas.Adakah anda mahu menikmati gaya hidup seperti ini.Sekiranya ada masalah sukar mahu berak kapsul Inter cleanse ini boleh dibuka dan tuang dalam cawan.Pastikan minum air banyak-banyak.Kalau basuh baju dengan air yang tidak mencukupi bagaimana baju boleh bersih.Sama juga nak cuci usus.Minum air yang lebih.Paling serasi jika minum air tinggi alkali keluaran DCL.

Mesti ada yang bertanya berapa harga? Sudah tentu saya berkata murah sahaja jika dibandingkan dengan harga usus anda.Anda banyak duit tetapi menderita sakit pun tiada maknanya.Jadi lebih baik korbankan sedikit duit dari korbankan usus anda yang sangat penting tu...

Andai kata anda berada di Sarawak dan kebetulan pula di Kuching saya boleh dapatkan untuk anda.Namun sekiranya anda berada diluar liputan (kawasan)anda jangan risau boleh order guna online.Klik sahaja pada RUANGAN ATAS yang tertera Bussiness Centre Hijau untuk pergi ke web yang cari.Paling tidak pun dapatkan dari pengedar DCL yang bertauliah dikawasan anda.Mereka pasti melayan dengan cara mesra alam..betulkan.


Sehingga jumpa lagi dan majulah bisnes untuk kesihatan anda.


Ikhlas tapi benar,

http://jariahonline.ws
tel: 019-8907289

p/s : review produk ini adalah percuma kerana saya usahawan DCL.


p/s/s: Dapatkan poduk DCL online di http://www.bchiju.com (Ehsan Tuan Haji Abidin)


p/s/s/s/: Saya akan ceritakan kejayaan usahawan DCL yang lain dengan syarat ada kebenaran.

07 March 2010

Sebab Yang Kuat Penggerak Kejayaan


Pada kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi perkataan SEBAB.Bukan sebat. Hukum sebat kepada mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah yang cukup berat.Cikgu boleh mengenakan hukum sebat kepada pelajar jika melanggar peraturan sekolah.

Manusia akan bergerak ke suatu tempat kerana bersebab.Mungkin mahu pulang kampung,pergi kerja atau jalan-jalan hujung minggu.

Kekuatan sebab akan membolehkan manusia sentiasa mahu berubah dan berikthiar.Sebab mahu kaya manusia berniaga dan berusaha bersungguh-sungguh.Sebab mahu bayar hutang manusia bekerja siang dan malam (kerja part time).Sebab mahu hidup manusia terus menerus mencari duit untuk menyara kehidupan.

Sebab adalah sumber motivasi pengerak manusia.Sebab ibaratkan tenaga ajaib (maaf bukan lampu ajaib) yang sentiasa aktif dalam diri manusia.Dapat kita beza antara orang yang berjaya dan gagal dalam hidup ini.Orang berjaya mempunyai sebab yang jelas dan tepat.Orang gagal pula mempunyai sebab yang kabur,samar dan malap.Jika sebab yang tidak pasti atau ( dua tiga- bahasa tempatan) pastinya motivasi manusia kepada paras minimum.Susah nak berubah.Fikiran juga sukar menerima peluang.

Penyelesaian yang terbaik untuk manusia yang kurang sebab ini tidak lain tidak bukan ialah menambahkan sebab dalam hidupnya .

Bertambahnya sebab pasti mengerakkan hati kita untuk bekerja dalam motivasi.Bertugas dengan penuh semangat dan berusaha tanpa putus asa.Kerana apa kerana sebab.Perlu diingatkan sebab yang jelas dan tepat.

Oleh hal demikian pada hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan Facebook tentang sebab-sebab saya menyertai De Classic Life (DCL).Sebelum itu saya nak menceritakan apa dia DCL.

Syarikat DCL telah ditubuhkan pada tahun 1998 oleh sepasang suami isteri yang kini telah bergelar Datuk iaitu Y.H Dato' Stapa Haji Omar dan Y.H Dato' Azlina Haji Che Abdullah.Kisah mereka berdua dalam membangunkan DCL dapat dibaca dekat http://jariahonline.ws/ceo.html

DCL sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan MLM tulen (BUKAN money game,binary system atau headhunting).Produk DCL memfokuskan kepada kesihatan dan kecantikan.Harga produk amat berpatutan yang mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Pendek kata produk DCL dapat memenuhi keperluan baik yang kurang mampu atau golongan berada.Harga yang murah tidak bermakna kurang kualiti kerana sepanjang 12 tahun DCL bertapak di bumi Malaysia sudah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pengguna.Kata orang belum cuba belum tahu.Dah cuba hari-hari mau.Dapatkan segera di stokis DCL hari ini (word iklan-saya buat iklan kerana saya pengedar DCL).

Kisah kejayaan DCL banyak mendapat publisiti ekslusif media elektronik dan media cetak.Ramai pengedar DCL sudah mencapai tahap kebebasan kewangan dan ramai lagi bergerak ke matlamat ini: Membina Ummah Berdikari.Telah terbukti ada seorang jutawan DCL sudah mencapai pandapatan RM50OK( ribu ) setiap bulan.Malah berpuluh-puluh lagi mendapat purata pendapatan RM60K-RM80K sebulan yang kini mendapat gelaran Crown Ambassador (jutawan DCL).

Bukan itu sahaja DCL sudah mendapatkan anugerah berprestij oleh pihak Asia Pasifik Brand Foundation(The Brandlaureate) dalam kategori 'Best Brand In MLM'.Suka diingatkan DCL adalah syarikat MLM yang pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan ini.Syarat untuk mendapat anugerah ini bukannya mudah kerana banyak kriteria diambil kira.Apa yang jelas ialah mutu produk yang cemerlang baik peringkat tempatan mahupun global.Kekukuhan syarikat serta komitmen yang tinggi dalam menyumbangkan kebaikan kepada pengedar (termasuk saya, anda bila lagi?) serta masyarakat keseluruhannya (termasuk mereka yang belum guna produk DCL-gurau je)

Sekarang ini saya sedar ramai yang takut dengar MLM.Ada nada sinis mengelar Mesyuarat Larut Malam.Kalau di Sarawak biasanya Meeting Lepas-ya Makan.Ok juga tu.

Tarifkan senang ingat MLM ialah cara mengerakkan barangan dari stokis ke tangan pengguna melalui pengedar.Orang tengah seperti pemborong tidak diperlukan dalam MLM.Pengedar itu sendiri yang akan menghantar kepada pelanggannya.Pelanggan yang sudah jatuh cinta dengan produk (ingat bukan pengedar) akan berminat menjadi ahli dan seterus menjadi usahawan macam saya.

Proses menjadi ahli perlu wujud supaya pengguna tadi mendapat 101 keistimewaan.Kalau tidak jadi ahli pun tidak mengapa tetapi harga diskaun,pakej melancong,tabung kereta dan tabung orang mati itu hanya untuk bergelar ahli sahaja.Pendek kata bagus jadi ahli daripada pengguna biasa.Kalau tak sama macam pembeli di supermarket.Beli barang untuk harga barang sahaja.Paling tidak dapat senyuman dari gadis manis yang jadi cashier(tauke kalau kedai biasa) .

Kejayaan sebenar dalam MLM bukan kepada betapa pintarnya kita kerana ada degree yang tinggi-tinggi.Bukan kerana pandai bercakap seperti salesman.Bukan juga kerana bijak mengatur strategi seperti pelabur saham.Apa yang penting ialah betapa bagusnya kita menjaga hubungan sesama manusia.Seorang yang peramah,suka bertegur sapa dan mengambil berat antara satu sama lain.Sifat-sifat ini yang berlandasan keikhlasan pasti digemari ramai (bukan lemak berkrim).Orang sebegini pastinya ramai kawan dan sebagai kawan mana mungkin kita seorang sahaja menikmatinya tanpa ada rasa untuk berkongsi cerita dengan kawan sendiri.

Inilah hebatnya MLM yang bergerak kerana hubungan kemanusiaan dalam masa yang sama mengerakkan barangan.Kekayaan yang terhasil dalam MLM bukan kerana duit tetapi harga pengorbanan dan keikhlasan membantu orang yang sudi dibantu.Secara praktikalnya pula DCL mengunakan konsep penggandaan yang adil dalam plan pemasaran. Jadi sangat logik orang bekerja keras dalam DCL mendapat imbuhan cukup lumayan.

Sebagai penutupnya saya sertakan sekali secara fakta mengapa DCL satu pilihan tepat untuk saya dan juga untuk anda.Layari ke
http://jariahonline.ws/dcl.html

Ikhlas tapi jauh,

http://jariahonline.ws

06 March 2010

Mencari template blog yang terbaik


Puas juga mencari template blog yang terbaik.Setakat ini masih mencari dan mencari.Entah bila akan berjumpa.

Tujuan utama untuk dijadikan template blog berbayar.Nampak lebih profesional walaupun taraf masih amatur.Nampak sikit standard dan reputasi.

Sepanjang program singgah blog ada juga terjumpa beberapa blog yang cukup cantik dan menarik.Cukup kreatif dan bermutu.Entri yang padat dengan ilmu berguna.Meskipun blog hosting percuma macam saya la nie.

Dalam pada itu banyak juga blog yang bersifat komersial.Dapat menjana kewangan melalui pengiklanan.Rezeki blogger kerana supaya payah manarik pengunjung dan idea penulisan.

Saya sedar faktor paling kuat untuk menarik pengunjung sama ada yang baru atau lama ialah entri yang bermutu dan beremosi.

Penulisan begini memerlukan latihan yang konsisten.Cara mudah tulis sahaja blog setiap hari.Ada orang baca kira bagus.Kalau tak ada pun anda tidak rugi sekali pun.Bayangkan dalam sebulan anda dapat tulis 30 entri yang berbeza isi dan kuah.

Setakat ini dulu.Jumpa lagi.

05 March 2010

Perkongsian Ilmu Secara Percuma


Berikut adalalah satu emel daripada Saudara Rahman Basri.Saya copy dan paste untuk perkongsian ilmu kita semua.Harapan saya supaya anda mendapat manfaat yang sewajarnya.

Ikhlas tapi jauh,

http://jariahonline.ws

=====================================================================================

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan link affiliate tersebut, dan yang seringkali kita terlepas pandang adalah dengan menggunakan signaturepada emel kita. Apa yang perlu anda lakukan ialah mudah sahaja..

Anda hanya perlu ubahsuai signature anda sekali sahaja, dan setiap kali anda menggunakan email, penerima akan dapat membaca promosi link affiliate anda tersebut! Oleh itu, ambil kesempatan promosi menggunakan signiture di email anda. Sesiapa yang menerima email anda akan juga turut menerima mesej dan maklumat anda di akhir setiap email. Ia merupakan promosi percuma setiap kali menghantar email tanpa perlu usaha sedikit pun pada setiap masa.

Untuk menggunakan email signature, anda perlu mengubah suai ruangan "Option" di program email anda dan pilihan "Signature".
Sekiranya anda menggunakan Yahoo! Mail, pergi ke Option>Signature dan isikan maklumat yang anda inginkan sebagai Email signiture anda.

Bagi pengguna Gmail, anda klik Setting > Signature.Isikan maklumat yang menarik di dalam signatureanda itu supaya pembaca emel anda berminat untukmengetahui apa yang terkandung pada link tersebut. Berikut adalah antara contoh ayat yang bolehanda letakkan di ruangan Signature: "Pemasaran Emel adalah salah satu teknik Killeryang sering dilakukan oleh usahawan internet didalam menjana pendapatan lumayan.
Download panduanpercuma di sini : [[Masukkan Link affiliate anda]]" PS. Komisyen RM0.40 bagi setiap emel yang anda peroleh, dan minimum payout adalah serendah RM4.00 iaitu 10 emel yang berjaya anda peroleh.

Ikhlas,

Rahman Basri
Admin Ebook Panduan Autoresponderwww.PanduanEmel.com ======================================Untuk Tips Affiliate Eksklusif.. Dapatkan Casestudy Rahsia Kejayaan Affiliate Newbie====================================== Download di sini:[+]

http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=EJgQl&m=JaL.QU3a6dCsBR&b=oX9MnogX.lOnHpYEvRetag

Membongkar Rahsia Mudah Menjadi Top Affiliate.Ia adalah hasil kajian peribadi oleh saya pada tahun 2009..

04 March 2010

Catatan Penghujung Malam


Seperti yang dijanjikan pagi tadi saya akan menyiapkan laporan tentang kejayaan Projek 10 Hari.Bagi yang betul-betul baru singgah di blog ini mungkin tidak faham apa dia Projek 10 Hari.Sahabat dan rakan sekalian boleh rujuk pada artikel yang ditulis pada 3/3/10.

Sebelah pagi perjalanan projek kurang lancar.Ada aktiviti perniagaan yang perlu saya uruskan sehingga tengahari.Banyak juga masa yang diperlukan.Ada dalam 2- 3 jam.

Petangnya pula Projek 10 Hari bergerak seperti biasa.Masa difokuskan untuk Facebook.Menambah jumlah rakan lebih 50 orang.

Dalam masa yang sama mencari artikel yang sesuai untuk dimuatkan dalam Facebook.Cari punya cari tak jumpa.Selepas maghrib baru ada jumpa.

Secara keseluruhannya banyak perkara yang tertinggal.Masa banyak untuk membaca emel yang berpuluh-puluh jenis setiap hari.Satu akaun emel ada 10 emel.Bayangkan kalau ada 5 jenis akaun emel.

Dalam banyak-banyak emel ada ilmu baru secara percuma saya perolehi.Esok hari akan saya copy dan paste dalam blog ini untuk tontonan umum.Mungkin ramai yang dah tahu tetapi lagi ramai yang masih tak tahu termasuk saya.

Ulasan Projek 10 Hari ( Hari ke 2)



Hari ini merupakan hari kedua berlangsungnya Projek 10 Hari.Semangat masih membara meskipun pencapaian kurang membanggakan.Keseluruhan projek berjaya 80 peratus.

Masalah paling ketara sewaktu 'blog walking'.Masa yang ada tidak cukup.Masa semalam fokus kepada 'Add Friends' dalam Facebook seramai 100 orang.Berjaya 100 peratus.Tahniah untuk diri sendiri dan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi menjadi Rakan Facebook saya.

Dalam pada itu saya mahu berkongsi sebab-sebab kegagalan 20 peratus semalam.Antaranya :

1.Masa offline

Tidak dapat dinafikan usahawan seperti saya masih perlu masa untuk buat kerja offline.Ada beberapa perkara yang banyak saya habiskan untuk kerja perniagaan lain.Sebelah petang ada costumer minta barang.Masa hampir 2 jam diperlukan untuk pergi dan balik(termasuk menunggu).Sebelah malamnya pula pergi ambil sayur di pasar borong sekitar 2 jam juga. Keseluruhan masa offline 12 jam termasuk mengurus diri sendiri, anak dan sebagainya.

2.Masalah teknikal line internet

Signal ada masalah waktu tengahari.Tidak dapat online seperti yang dirancangkan.Line internet terus bermasalah pada tengah malam sekitar jam 11 malam sehingga pukul berapa tidak tahu.Mata mengantuk lalu tertidur dari menunggu line internet pulih.Dapat online cuma terlalu lambat sedangkan sekarang menggunakan pakej RM98 sebulan.Rasa macam pergi siber sahaja bila line internet terlalu slow.Pelbagai halangan ini menyebabkan rancangan untuk berjaga sepanjang masa dibatalkan.Jadi saya maafkan diri sendiri kerana ia adalah masalah teknikal.

3.Tidak fokus

Masalah universal semua orang baik pelajar,pekerja swasta atau kerajaan,usahawan maupun suri rumah.Sepatutnya kerja harus dibuat satu persatu.Siap satu kerja barulah pergi ke kerja yang seterusnya.Ini tak buat kerja sekali gus dan akhirnya sangkut sana sangkut sini.Masa yang diberi cukup adil dan mengapa pula ada yang mengadu tidak cukup.Sebabnya 'work hard not work smart'.Dalam work smart ini fokus amat diperlukan.Tiada fokus matlamat pasti lari dan tersasar.Sekali lagi fokus penting untuk berjaya.

4.Pendirian tidak tetap

Mudah sangat lalai dan kurang komitmen.Orang sebegini sukar untuk berjaya.Pendirian dapat dinilaikan dengan membuat satu perbandingan orang yang berjaya dengan orang gagal.Orang berjaya tetap pendirian meskipun banyak kali gagal.Orang gagal pula cepat mengalah dan tidak mahu mencuba lagi.Di sini letaknya pendirian umpama lalang ditiup angin.Ikut kata orang dan tidak mengikut kata hati.Apa yang dikatakan orang mungkin betul.Mungkin juga salah.Paling baik ada pendirian sendiri.Ikut kata hati yang baik sahaja.(bukan bertujuan untuk tidak menerima pendapat orang lain)

p.s Sehingga bertemu lagi.Ulasan perjalanan projek waktu pagi dan petang akan saya 'update'kan malam nanti.

03 March 2010

Semakin sukar halangan membawa semakin manis kejayaan



Kejayaan akan diukur pada tahap kesukaran yang dihadapi.Semakin tinggi kesukaran bermakna semakin manis kejayaan.

Halangan pertama pagi ini signal line internet kurang memuaskan.Kebetulan hari pertama Projek 10 Hari dilancarkan.Secara langsung masa untuk mencapai sasaran agak tersasar.Tak mengapa.

Fokus perlu supaya semangat tidak luntur.Semangat mesti dikekalkan sepertimana Projek 10 Hari dilancarkan pagi tadi.

Masalah ini sebenarnya sudah dijangkakan.Line internet bila-bila masa sahaja boleh
down.Penyelesaian terbaik harus ada dua ISP(internet service provider) bagi mereka yang serius menjalankan perniagaan online.

Nampaknya sebelah petang saya perlu menggandakan usaha dan ikhtiar dalam melaksanakan misi Projek 10 hari.Sama-sama kita tunggu.

Pelancaran Projek 10 Hari Usahawan Berjaya


Ramai orang ada projek yang hebat-hebat.Pergi ke angkasa.Naik gunung.Selam lautan yang dalam.Dan banyak lagi.
Bermula hari ini saya akan melancarkan satu projek yang tidak kurang hebat.Tujuan untuk menilai tahap kemampuan saya berada dalam dunia online.Nak cakap untung tak boleh juga kerana bukan skim kaya.Apa yang pasti saya tengah memburu impian tersendiri.

1.Tambah Rakan Facebook 100 sehari

Memandangkan penggunaan Facebook sangat meluas di Malaysia merupakan peluang yang cukup baik untuk saya berkawan seramai yang mungkin.Kata orang berkawan biarlah seribu berkasih biarlah satu.Perdana Menteri sendiri mempunyai pages peminat.Apa tah lagi saya yang tak ada apa-apa ini.Jika ramai kawan banyak juga pengetahuan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama.Angka 100 adalah anggaran sahaja kerana jumlah sebenar bergantung kepada orang yang kita add.Kalau dia terima bermakna jadi.Kalau tak cari lagi yang lain untuk dijadikan kawan.Proses ini akan berlangsung selama 10 hari.

2.Singgah ke 50 laman blog

Tugas ini boleh dikatakan agak sukar.Memerlukan masa yang bukan sedikit.Saya akan buat dan lihat pencapaiannya.Selain dari singgah saya akan jadi follower blog tersebut.Dalam masa yang saya akan komen entri yang berkualiti meskipun komen saya kurang berkualiti.Projek ini akan menjelajah blog tidak kira berbayar atau percuma.Saya juga tidak memilih blog yang tersohor maupun terpencil.Kerana blog yang tersohor dahulunya pun terpencil juga.Apa yang penting saya dapat belajar sesuatu yang positif.Kelebihan blog adalah unik seperti pemilik blognya juga.Keunikan ini membolehkan sesiapa sahaja perlu ada blog sendiri.

3.Update entri dalam blog 2 kali sehari

Menulis bukan perkara mudah.Lebih mudah lagi jika bercakap atau berbual kosong.Perlu diingatkan menulis perlukan latihan berterusan.Lama kelamaan gaya penulisan pasti berubah menjadi lebih menarik.Atas sebab ini juga saya perlu menulis dalam blog 2 kali sehari.Jika 10 hari terdapat 20 entri dapat dikongsikan di sini.Saya tidak menaruh harapan yang tinggi supaya tulisan ini menjadi bacaan ramai orang.Kalau diukur dari segi ilmu saya jauh tercorot berbanding para blogger seperti Saudara Rohaizad,Nabeel,Megat,Fahdi dan ramai lagi.Tak kan nak sebut semua.Dengan projek 10 hari saya lebih bermotivasi dan jelas hala tuju.

4.Promosi blog setiap 1 jam selama 10 jam dalam 10 hari.

Saya bermula dari Facebook mengenali dunia blogger.Harapan dan niat murni saya supaya rakan rakan facebook yang lain turut berminat dalam arena blogger.Bukan untuk kejar kekayaan melalui blog(hakikatnya ramai yang ada pasif income dari blog).Sekadar untuk berkongsi ilmu,idea dan impian masing-masing.Kita tidak tahu selepas projek 10 hari ini ramai lagi muka muka baru dalam bidang ini.Jadi promosi blog dalam Facebook ini dapat memmancing minat yang belum tahu erti blogger.

5.Emel kempen 2 kali sehari

Tiada topik khusus untuk kempen ini.Apa yang diberi perhatian ialah signature ada melibatkan alamat blog baik secara langsung atau tidak.Emel kempen sangat penting kepada para Internet Marketer waima para blogger sekalipun.Kebetulan dalam Projek 10 Hari tidak ketinggalan juga saya beri perhatian emel kempen.Kekerapan adalah 2kali sehari .Pagi atau petang.Petang atau malam.Ini adalah latihan insentif kerana sebelum ini segala kerja tiada perancangan teliti.Kerja yang tidak dirancang tidak akan menghasilkan kejayaan positif

02 March 2010

Saya bos kepada 'electronic tool'


Entri saya pada kali ini ada berbeza sedikit.Saya dilantik oleh saya sendiri untuk menjadi bos kepada beberapa orang pekerja 'electronic'.Ada yang berbayar dan ada juga berkhidmat sebagai pekerja amal

Terus terang saya katakan 'mereka' ini adalah nadi dan nyawa saya dalam perniagaan online.Ramai juga yang beranggapan demikian.Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membayar 'upah' kepada yang berbayar dan servis baikpulik kepada yang percuma.

1.Laptop

Laptop saya bayar sekali sahaja kepada tauke kedai.Murah sahaja dan itulah laptop yang pertama.Sebelum ini ada 2 PC tapi semua dah bersara awal.Kerja lebih masa.Walaupun sekali bayar saya jaga laptop seperti diri sendiri dan keluarga lagaknya.Kalau sakit bermakna segala perniagaan online terjejas.Kuat juga impak 'pekerja' saya ini.

2.Line internet

Perniagaan online tidak ada maknanya jika tidak dapat online.Setiap bulan saya mesti membayar upah kepada dia ini.Semua wajib bayar walaupun penggunaan setakat untuk Facebook,Youtube dan melayari web santai-santai.Atas sebab yang kukuh ini saya telah tercebur dalam bidang online walaupun ia bukan perancangan awal.Line internet ada yang prabayar dan berbayar bulanan.Kalau ikut keprluan saya sekarang menggunakan pakej tanpa batas.Purata penggunaan saya sehari lebih 12 jam.Andainya saya bayar ikut RM2 sejam,sehari saya bayar RM24.Sepuluh hari jadi RM240.Huh mahal tu.

3.Emel

Saya ada mempunyai 5 emel percuma dan 2 emel berbayar.Kebanyakan emel yang ada saya gunakan untuk subscribe mailing list.Saya dapat banyak info dan tip percuma melalui emel ini.Jadi setiap hari saya harus delete yang tidak berkaitan dan kekalkan yang bermanfaat.Kalau tak buat macam tu akaun emel akan hang jadinya.

4.Sistem autoresponder

Ramai para IM menganggapkan autoresponder adalah setiausaha yang setia.Dapat bekerja 24 jam sehari.Tak makan dan tak minum.Cuma perlu disuapkan RM setiap bulan.Selain untuk menghantar,membalas serta mendapatkan senarai emel autoresponder boleh juga menjana kewangan untuk majikannya.Kebanyakan para IM mempunyai autoresponder yang menyimpan mailing list paling kurang 10 ribu.Tulis pakai tangan kita laratkah nama email dan penerima yang beribu-ribu.

5.Laman web

Setakat ini saya ada dua laman web yang sangat penting.Dua laman web ini ada yang berbayar bulanan dan tahunan.Percuma ada juga tapi saya tidak mahu kerana banyak sangat karenah.Mereka lebih kepada promosi dan kumpul mailing list.
Jika mahu yang percuma pakai sahaja laman percuma Facebook.Cukup popular dan banyak diguna pakai oleh pendatang baru dunia internet.Sebagai bos saya perlu arah pekerja saya untuk buat kerja untuk saya.Dah bayar mestilah hasilnya.

6.Laman blog

Ada yang keliru antara blog dan website.Malahan ada juga yang gabungkan menjadi webblog.Blog sangat popular untuk mempromosi perniagaan.Blog mudah untuk diupdate bila-bila masa.Buat masa ini saya belum memiliki blog yang berbayar.Saya mahu belajar ilmu berblogging dahulu sebelum mencipta blog berbayar dengan niche yang mantap.Masih dalam pencarian.




01 March 2010

Pendapatan Pasif dari Aset/harta anda


Saya sebenarnya kurang layak untuk bercerita panjang lebar mengenai topik ini.Mereka yang berkelayakan dan cukup ilmu boleh kita percaya sepenuhnya.Bagaimanapun apa yang saya ketengahan sekadar apa yang saya faham untuk kita kongsikan bersama.

Pendapatan pasif merujuk kepada pendapatan kita secara berterusan tanpa melakukan kerja itu lagi.Senang cerita ialah buat sekali hasil berkali-kali.

Pendapatan pasif yang pertama dari harta seperti rumah yang disewa.Tiap-tiap bulan kutip sewa rumah.Lagi banyak rumah sewa lagi banyak sewa untuk dikutip.Sama juga kes tanah sewa,tapak lot,gerai sewa,kereta sewa dan sebagainya.Kita beli sekali sahaja tetapi dapat duit tiap-tiap bulan.

Pendapatan pasif yang kedua ialah duit yang dilaburkan kedalam ASB,Unit Amanah,Bon,Syer dan sebagainya.Duit ini bila sudah cukup matang usia kita dapat imbuhan dalam bentuk bonus dan dividen.Kira mudah kerana duit kita cari duit lagi.

Pendapatan pasif yang ketiga berkaitan harta intelek.Tulis buku,artikel,skrip drama,buat filem dan sebagainya.Harta intelek ini bermodalkan idea dan usaha yang bersungguh-sungguh.Kejayaan yang bakal diraih berterusan selagi produk mereka masih mendapat permintaan. Pendapatan begini biasa dalam bentuk royalti.

Perkara yang terakhir ialah GDI.Siapa yang belum kenal dan faham tentang GDI boleh dikatakan agak rugi.Pendapatan pasif GDI melalui program affialiate yang diusahakan ahli eksekutif seluruh dunia.Berbekalkan khidmat domain,hosting dan sistem server terbaik sangat beruntung mereka yang menggunakan GDI.Mereka yang rajin mempromosi GDI bakal memperolehi pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan selagi GDI masih diguna pakai untuk website perniagaan atau peribadi.

Maklumat lanjut sila ke http://jariahonline.ws

28 February 2010

4 Katetgori Utama Yang Menghadiri Ceramah


Tidak kira apa jenis ceramah.Ceramah agama,perniagaan,kecantikan atau pendidikan.Ada empat kategori yang datang menghadiri ceramah tersebut.

Kategori banduan

Mereka biasanya sentiasa melihat jam.Menanti untuk habis masa kuliah atau ceramah.Sama juga dengan para banduan mereka setiap pagi akan menconteng sesuatu dekat dinding atau kalender.Mengira hari untuk dibebaskan.

Kategori graduan

Mereka akan selalu bertanya siapa pensyarah mereka.Soalan mereka berkisar bagaimana populariti pensyarah yang datang untuk buat ceramah.Kategori ini mudah bosan jika penceramah kurang berkemahiran dalam menyampaikan ceramah meskipun ilmu yang disampaikan cukup bagus.

Kategori pelancong

Biasanya kategori ini suka singgah untuk santai santai sahaja.Jika menarik mereka akan terus sampai habis.Jika sebaliknya mereka boleh sekerat jalan sahaja.Motif utama untuk meluangkan masa sahaja. Untuk berseronok.

Kategori pelajar

Yang ini memang betul-betul untuk menuntut ilmu.Mereka tidak kisah siapa sahaja penceramah.Janji ilmu yang disampaikan ada manfaat.Kategori ini memang untuk mencari ilmu kerana mereka yakin ilmu dapat diperolehi dengan berguru.

27 February 2010

Zaharuddin.net: Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100


Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut
_________________________________________________________________________

Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio (termasuk berkenaan bible!) :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-

Outsourcers Bible
Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading

Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti sampah yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk.

4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .



REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.



KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Rabi'ul Awal 1431 H

27 Feb 2010

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/915

26 February 2010

Kisah Kelmarin VS Kisah Hari Ini


Kelmarin sudah berlalu.Segala peristiwa dan alkisah sudah menjadi sejarah.Jika kelmarin anda bekerja hari hari sudah cuti.Cuti seluruh negara sempena menyambut Maulidur Rasul.

Kelmarin saya sudah pergi merantau berpuluh-puluh blog di Malaysia termasuk di Indonesia.Ambil masa sampai sehari suntuk.Ada entri yang bagus saya bagi komen.Ada tempat yang saya boleh follow saya jadi pengikut.

Hari ini saya memperlahankan pergerakan saya.Hari saya sudah mencipta blogspot yang berbahasa Inggeris.Buat permulaan saya guna sistem copy dan paste. Bila rasa yakin dan mampu saya tulis bahasa Inggeris supaya lebih unik dan fresh.

Kelmarin juga saya tergempar dengan artikel dari Otai IM iaitu Saudara Ammar yang membicarakan program terhangat Infinity Downline yang cukup top ketika ini.Terbaca artikel ini baru saya tersentak.Tersedar lalu terhantuk seketika.Alamak saya dah terjebak sama mencari duit cepat dan pantas.

Hari ini saya bataskan waktu untuk berFacebook cuma 1 jam sehari untuk check inbox.Takut-takut overflow.Dalam masa yang sama saya akan pergi ke blog untuk merantau lagi.Merantau menuntut ilmu.Hasilnya saya dapat cara dan kaedah untuk melobi Google Adsense.Biasalah mahu juga jana pendapatan dari internet ini.

Kelmarin saya tidur awal kerana malamnya sudah tidak tahan mengantuk.Mata mungkin letih dan fikiran mahu rehat.Masa emas ini saya korban untuk kesihatan.Meskipun jauh disudut hati tidur awal baik untuk kesihatan.Cuma buat masa ini saya tidak boleh tidur lebih banyak dari bekerja.Perancangan dan projek baru nak berjalan.

Hari ini saya cuba atur sebaik mungkin program.Paling baik dapat impak positif dari semalam.Kerana malam ini saya cukup sibuk untuk melakukan perniagaan offline bersambungan esok hari.

Hari esok biarlah kita simpan dulu.Saya cuma merancang Tuhan lebih baik perancangan untuk saya.

Sehingga ke perhentian ini.

25 February 2010

Tulis apa sahaja yang terlintas di MINDA


Malam tadi terkejut beruk juga lagaknya.Mana tak ada keluar gambar iklan dari Nuffnang.Tersiarnya iklan menyebab semakin teruja nak tarik trafik ke blog ini.Niat macam dah lari nie.

Malangnya selepas solat subuh esok harinya saya check sekali lagi iklan dah tak ada !.Simbol pelik pun tak keluar lagi pada blog ini.Rasa risau juga. Mana taknya sekejap gembira dan tak lama selepas itu sedih lak pulak.

Apapun saya harus berfikir positif dan membuat andaian apa yang berlaku ini ada beberapa sebab.

Sebab utama mungkin malam tadi saya tukar nama blog ini.Setakat ini saya dah tukar berkali-kali supaya lebih anggun,berkesan dan paling penting dapat tarik pembaca.

Buat cantik -cantik tapi tak de pengunjung bagus saya tulis ebook sahaja.Cukup bahan dan siap saya boleh jual atau bagi percuma.

Mahu tidak mahu saya terpaksa upgrade dari semasa ke masa supaya sentiasa nampak lebih profesional.

Bila pertukaran begini akan menyebabkan fail dari Nuffnang akan clash dan seterusnya jadi macam nie la.

Sebab yang kedua mungkin juga saya suka sangat buat publisiti murahan.Biasa dah kerja bidang marketing kalau tak promosi dah tak sah.

Saya tak juga faham sangat term dan condition.Maklum sahajalah bahasa omputeh setakat lulus sahaja.

Jadi penyelesaian yang terbaik saya akan merujuk kepada pihak Nuffnang melalui helpdesk dari terus buat teka teki begini.

Sehingga ke persinggahan ini dulu.

24 February 2010

Cabaran diterima kerana peluang!!


Peluang datang dan pergi.Toleh kanan peluang.Toleh kiri pun peluang.Tapi adakah kita merebut peluang yang datang berupa rezeki.

Peluang itu rezeki jika kita pandai menilai.Buat kajian sedikit.Cari kesan baik.Lihat kesan buruk.Nampak yang baik boleh ambik.Kalau yang buruk buang sahaja.

Yang baik biasanya mengandungi unsur logik akal.Ikut hukum alam.Hari ini buat esok belum tahu dapat hasil.Mungkin ada.Mungkin tidak.Ini dinamakan hukum alam.Tiada kepastian untuk benda yang diluar jangkauan fikiran kita.

Yang buruk pula ada unsur magic.Cepat dan rilek-rilek dapat duit.Sepanjang pengetahuan saya yang dah lahir 34 tahun perkara ini jarang berlaku. Kalau ada kebetulan.Memang rezeki dia tepat pada masanya.

Sebut pula cabaran dan peluang.Apa kaitan dia? Cabaran kita untuk merebut peluang.Peluang diberi samarata.Siapa ambik untung.Siapa tak ambil rugi.Mudah dan telus.

Cabaran utama untuk disahut ialah berapa banyak komitmen kita untuk berjaya.Lagi tinggi komitmen lagi cerah peluang.
Komitmen untuk meletakkan soal karier,keluarga dan peribadi pada tempat yang betul.

Sehingga ke perhentian ini.

23 February 2010

Cabaran pun bermula !


Setelah menghitung hari dan detik rupa-rupanya saya banyak menghabis masa bersama komputer,internet dan buku.Dalam bahasa mudahnya sudah dua bulan dan lebih...

Ya dua bulan saya betul-betul memberi fokus kepada ilmu internet.Klik sana klik sini.Baca email entah dah beratus kali agaknya.Add rakan-rakan dalam Facebook sehingga kini mencecah 3 ribu orang(termasuk yang tidak aktif).

Sehingga kini ada orang sudah risau kepada saya kerana hidup bertemankan internet dan komputer.Jika dahulu saya bersukan dalam badminton.Sekarang saya dah tinggalkan sejak beberapa bulan.

Soalan bonus yang hari-hari saya dengar ialah bila saya mendapat duit dari internet?Rasa fobia bila buka cerita buat duit dari internet.Ingat internet cop duitkah sehingga boleh dapat begitu mudah.Mereka yang telah menemui cara mudah itu telah melalui kaedah yang susah dahulu.Kajian berdasarkan pengalaman.

Dalam dunia ini mana ada dapat duit cara mudah. Semua bergantung kepada rezeki Yang Maha Esa.Usaha sekuat mana pun jika belum rezeki pasti belum ada hasil.

Mereka yang sudah berjaya dalam internet atau bukan (offline) telah melalui pahit manis,tersungkur,tumbang dan malah ada yang ingin berputus asa.Namun mereka ini tahan lasak dan mempunyai kesabaran di tahap luar biasa.

Maka cabaran pun bermula bukan kerana orang lain tetapi cabaran diri sendiri supaya terus berusaha dan berusaha tanpa henti.

Ilmu penting sekali walau apa bidang sekalipun.Dunia perlu ilmu. Akhirat apatah lagi.Dua-dua lagi bagus kerana menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sehingga di sini dahulu.Cabaran baru bermula dan pastinya akan terus berjalan mengira tanpa masa dan ketika.

22 February 2010

Catatan tergempar oleh pendatang baru blogger

Hari ini bersamaan 22/2/10 cukup bermakna buat saya.Sejak sekian lama mengidam dan melobi untuk mendapat tempat blog pengiklanan.

Saya amat bersyukur kerana akaun bersama Nuffnang diluluskan.Seronok bukan main lagi.Belum dapat duit lagi tu.Kalau dah dapat tak tahulah macam mana.Apa yang pasti saya akan panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.Kata orang musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak -)

Sebelum ini saya tak kenal dengan Nuffnang. Saya ada ternampak simbol yang pelik-pelik.Ada rasa teruja untuk klik pada simbol pelik.Akhirnya secara main-main terkliklah pulak link tersebut.Rupa-rupanya ia serupa macam google Adsense yang memberi pendapatan melalui iklan kepada para blogger baik luar atau tempatan.Biasa budak baru belajar.

Beberapa minggu yang lepas (belum sampai sebulan dalam dunia blogger) saya memang target untuk dapatkan tapak iklan dari Google Adsense.Sudah banyak kali apply sebanyak itu juga kena reject. Masalah bahasa Melayu jadi alasan, betulkah?Memang kedengaran dari luar Googgle Adsense memberi pendapatan pasif kepada si blogger.

Syarat penting untuk memikat jiwa Googgle Adsense ialah jumlah traffic singgah di blog.Lagi ramai lagi cerah.Tak apa lah.Nanti ada akaun blog yang berbayar dan glamer pasti saya dapat akaun nie...

Berbalik kepada cerita Nuffnang saya ingin menyaran kepada bakal blogger supaya belajar ilmu tentang website,copy dan paste html dan sebagainya.Untuk buka akaun tidak susah cuma nak dapat klik pada iklan itu saya tak jamin.Kalau boleh bina blog pakai yang percuma dulu sama ada blogspot atau wordpress.

Bila dah establish nanti dan ada income dari pengiklan cuba bertukar kepada berbayar.Sebab utama dapat ranking dalam Aleaxa.Apa pulak binatang nie. Aleaxa adalah satu sistem yang canggih untuk melihat ranking website atau blog anda.Kalau angka dah beribu dah sangat bagus.Hebat walaupun masih terlalu dari Google,Facebook atau Youtube.

Hukum dunia bermula bermula dari tak tahu ke tahu.Dari kecil menjadi besar.Kurang pandai menjadi mahir.Bila dah mahir selok belok kongsikan ilmu ini untuk bakal blogger yang berminat dan baru mencuba.Kalau jual ebook pun boleh asalkan berpatutan dengan nilai ilmu tersebut.Pada dasarnya ilmu yang kita perolehi ini dari sifat kita yang suka share ilmu.Petua untuk murah rezeki tidak kedekut ilmu.

Rasanya cukup dulu coretan ini.Luahan jiwa sudah lega.Selagi tak tulis blog fikiran boleh jam.Otak tak guna untuk berfikir.

Selamat berblogger.

Sehingga ke perhentian ini.Terima kasih.

Kahwin wanita Indonesia kena bayar RM170,000

JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.

Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post.


Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.

Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop.

Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan.

Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri.

Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai.

Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan.

Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah. - Agensi



Sumber : www.bharian.com.my (22/2/10)

Kapal angkasa Endeavour siap sedia untuk mendarat

CAPE CANAVERAL (Florida): Kapal angkasa Endeavour yang membawa enam angkasawan diberi kebenaran untuk mendarat ke Florida.

Pusat kawalan memberitahu Komander George Zamka malam tadi bahawa keadaan cuaca semakin baik untuk membolehkan Endeavour mendarat di Stesen Angkasa Lepas Kennedy.

Endeavour dijadual mendarat jam 10.20 malam waktu tempatan (0230 GMT).

Awal semalam, pusat kawalan berdepan dengan kebimbangan untuk membenarkan Endeavour mendarat di bumi selepas awan tebal dan kemungkinan hujan lebat.

Angkasawan melengkapkan misi dua minggu ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). - AFP

Sumber : www.bharian.com.my (22/2/10)

Puntung rokok jadi punca

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

PEKAN 21 Feb. - Hanya kerana sebatang rokok, lebih 20 hektar kawasan hutan di sini musnah terbakar.Kejadian itu berlaku di Kampung Cenderawasih di Jalan Kuantan-Nenasi di sini dipercayai berpunca daripada kecuaian seorang perokok tegar yang membuang puntung rokok tanpa memikirkan kesannya.

Lebih memburukkan keadaan, fenomena cuaca panas ketika ini memaksa Balai Bomba dan Penyelamat Pekan berkampung di tepi jalan itu bagi mengawal keadaan sejak dua minggu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin berkata, sejak 8 Februari lalu hingga kini pihaknya bertungkus-lumus mengawal api di kawasan berkenaan.

"Dalam keadaan cuaca yang panas dan angin kencang dari pantai berhampiran, kami terpaksa berjaga-jaga kerana ada individu tidak bertanggungjawab yang membuang puntung rokok merata-rata.

"Kebakaran di hutan gambut ini pula kadangkala marak dan hanya berlaku di kelompok tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang hutan berhampiran pantai Sungai Miang di sini mendapati kelihatan kesan-kesan terbakar yang melibatkan pokok besar selain kawasan belukar.

Malah, kira-kira 100 meter dari pencawang elektrik di tepi laluan itu kelihatan api marak namun dapat dikawal dengan pantas oleh pasukan bomba.

Beberapa laluan mengalami masalah penglihatan kerana dipenuhi asap tebal berpunca daripada kebakaran hutan berdekatan.

Menurut Sheikh Hassan, pihaknya terpaksa mengambil masa lapan jam sehari bagi mengawal kebakaran di kawasan kampung berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Kadangkala kebakaran berlaku berulang kali dan dalam satu masa berlaku beberapa kebakaran di kawasan berlainan.

"Faktor tiada sumber air dan jarak yang jauh dari sumber air menimbulkan kesulitan kepada pihak bomba," jelasnya.

Beliau memohon kerjasama orang ramai supaya tidak membuang puntung rokok sewenang-wenangnya terutama ketika musim kemarau dan berangin.

"Penduduk berhampiran dinasihati supaya tidak melakukan proses tebas dan bakar secara terbuka untuk tujuan pertanian di kawasan berkenaan," ujarnya.

sumber : www.utusan.com.my

Hilang nilai kemanusiaan

Oleh Zuhayati Yazid

Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan.Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah.Sikap seperti itu yang mendorong kepada pelbagai gejala sosial termasuk buang bayi.

Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani menyifatkan, gejala pembuangan bayi ini berlaku adalah kerana kerapuhan pegangan agama remaja dan juga kekurangan perhatian serta pemantauan daripada ibu bapa.

"Apabila membincangkan masalah pembuangan bayi, ia turut memperlihatkan nilai kemanusiaan, kasih sayang dan tahap keimanan seseorang itu.

"Malah ia seakan-akan tidak tahu hukum hakam mengenai dosa dan pahala,'' katanya serius ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian pembuangan bayi semakin menular di kalangan remaja kerana mereka terdedah kepada pelbagai faktor sehinggakan keadaan menjadi lebih parah.

"Antaranya kerana faktor pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan keterlaluan, persekitaran institusi kekeluargaan yang celaru, tiada kawalan diri, longgar pegangan agama serta pengaruh Internet,'' ujarnya lagi.

Malah keadaan menjadi lebih parah apabila kurang pemantauan dan juga perhatian ibu bapa terhadap aktiviti anak.

"Institusi keluarga itu penting dalam membentuk jati diri anak-anak, mana mungkin keluarga yang sering bergaduh serta berpecah belah akan melahirkan anak-anak yang bertamadun dan juga berakhlak mulia.

"Keadaan ini penting kerana karakter anak-anak bermula daripada rumah, jika suasana rumah yang celaru akan menimbulkan suasana tidak seronok berada di rumah.

"Bermula dari situ, mereka akan mencari identiti sendiri melalui keseronokan di luar rumah bersama rakan-rakan, apabila sudah hilang nilai moral mereka sanggup buat apa saja sehingga lahir anak luar nikah,'' terangnya lagi.

Beliau yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, faktor terlalu bebas dan kurang pemantauan juga membuatkan remaja mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

"Dunia tanpa sempadan dengan kemudahan komunikasi dan melayari internet membuka seluas-luas pergaulan mereka,'' katanya lagi

Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Sajaratulnisah Othman pula menyifatkan remaja yang sanggup membuang bayi adalah mereka yang tertekan dan tersempit dengan keadaan.

Hal ini berlaku hasil perbuatan perhubungan terlarang itu sehinggakan mereka mengandung, keadaan ini menyebabkan mereka semakin tertekan sehingga sanggup membuang bayi yang di kandung ekoran tiada tempat yang sewajarnya untuk mereka berlindung.

Jelasnya, banyak kajian menunjukkan kehamilan di luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu semata-mata.

Malah keadaan yang tertekan juga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk membuang anak itu di merata-rata tempat.

Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan bayi yang dibuang rata-ratanya adalah bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Sajaratulnisah memberitahu, mereka yang membuang anak itu juga seakan sudah tertanam di fikiran, sekiranya buang anak pastinya akan ada orang yang akan mengambil dan menjaga.

"Di negara kita, jika sesiapa yang menemui anak baru lahir akan ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, fikiran ini menjadikan mereka dengan mudah melakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa.

"Justeru itu, masyarakat perlu mengubah minda dengan lebih positif, seharusnya berikan mereka pendidikan agar kembali ke jalan benar.

"Pimpinlah mereka ini supaya tidak lagi tersasar ke jalan gelap, hiasilah mereka ini dengan ajaran agama supaya kembali ke jalan yang benar,'' katanya lagi.

Selain itu tegasnya lagi peranan ibu bapa juga harus diperketatkan lagi, biarpun sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga namun tanggungjawab sebagai orang tua tidak harus di abaikan.

"Kenali rakan-rakan anak kita dan membuat pemantauan dengan siapa mereka berkawan agar dapat mencegah mereka daripada perbuatan yang tidak bermanfaat.


Sumber : www.utusan.com.my (22/2/10)

Gadis dibelasah, 'diculik' 11 jam


Oleh SHAMARUDDIN SAIDIN
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Feb. - Akibat kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu pejabat sanggup membelasah kerani wanita di tempat kerjanya selain melarikan mangsa selama 11 jam dari rumah sewanya di Paroi Jaya, di sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada 16 Februari lalu itu mengakibatkan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nor, 21, lebam di bahagian muka dan kepala selain terpaksa menerima rawatan di hospital.

Mangsa mendakwa, dia turut mengalami trauma selepas kejadian itu apabila dibelasah tanpa henti oleh lelaki itu, sepanjang dibawa menaiki kereta dari rumah sewanya ke kampung pembantu pejabat berkenaan di Tampin.

Nor yang bekerja sebagai kerani di sebuah agensi kerajaan di sini menceritakan pengalaman ngeri itu ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, insiden tersebut bermula apabila lelaki itu yang berusia 27 tahun datang ke rumah sewanya di Paroi Jaya kira-kira pukul 11.30 malam pada 16 Februari lalu menaiki sebuah kereta Proton Wira.

"Saya keluar untuk berjumpa dengannya yang ketika itu berdiri di luar pintu pagar. Tiba-tiba, dia terus menumbuk muka saya sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Selepas itu, saya cuba bangun dan sambil menangis bertanyakan kenapa dia memukul saya," katanya.

Menurut Nor, lelaki itu terus memarahinya kerana mendakwa dia telah menolak cinta lelaki itu sambil terus menumbuk mukanya beberapa kali lagi.

Dia berkata, dalam keadaan muka berlumuran darah, lelaki itu kemudian menarik dan menolaknya masuk ke dalam kereta sebelum dipaksa duduk di tempat letak kaki sebelah pemandu.

"Lelaki itu terus memecut keretanya ke lokasi yang saya tidak ketahui dan terus memarahi saya kerana menolak cintanya.

"Sambil menangis, saya merayu supaya dilepaskan tetapi tanpa sebarang belas kasihan lelaki itu terus menumbuk kepala saya bertubi-tubi sehingga tangan kanannya patah," ujarnya.

Kerana panik melihat mangsa yang semakin tidak bermaya, suspek kemudian membawa mangsa ke rumah keluarganya di Tampin kira-kira 80 kilometer dari sini.

Tambah Nor, apabila sampai ke rumah keluarga lelaki itu, suspek mengugut supaya dia memberitahu ibunya bahawa kecederaan yang dialami itu akibat kemalangan motosikal.

"Lelaki itu kemudian meminta saya masuk ke dalam sebuah bilik dan menyuruh saya berehat sementara dia tidur di ruang tamu.

"Pada pagi keesokan, ketika lelaki itu pergi ke hospital untuk merawat tangannya yang patah, saya terus melarikan diri dari rumah berkenaan," ujarnya.

Menurutnya, dia terpaksa bersembunyi di sebalik tembok yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah itu sebelum menghubungi rakannya untuk meminta bantuan.

"Kira-kira sejam kemudian, rakan saya datang menyelamatkan saya dan terus ke balai polis untuk membuat laporan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan kejadian itu memberitahu bahawa suspek sudah ditahan kelmarin.

Menurutnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

sumber: www.utusan.com.my (22/2/10)

21 February 2010

Awasi cuaca panas



Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my



CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.



Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh



20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.


25 darjah Celsius - peluh biasa.


30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.


40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.


45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.