28 February 2010

4 Katetgori Utama Yang Menghadiri Ceramah


Tidak kira apa jenis ceramah.Ceramah agama,perniagaan,kecantikan atau pendidikan.Ada empat kategori yang datang menghadiri ceramah tersebut.

Kategori banduan

Mereka biasanya sentiasa melihat jam.Menanti untuk habis masa kuliah atau ceramah.Sama juga dengan para banduan mereka setiap pagi akan menconteng sesuatu dekat dinding atau kalender.Mengira hari untuk dibebaskan.

Kategori graduan

Mereka akan selalu bertanya siapa pensyarah mereka.Soalan mereka berkisar bagaimana populariti pensyarah yang datang untuk buat ceramah.Kategori ini mudah bosan jika penceramah kurang berkemahiran dalam menyampaikan ceramah meskipun ilmu yang disampaikan cukup bagus.

Kategori pelancong

Biasanya kategori ini suka singgah untuk santai santai sahaja.Jika menarik mereka akan terus sampai habis.Jika sebaliknya mereka boleh sekerat jalan sahaja.Motif utama untuk meluangkan masa sahaja. Untuk berseronok.

Kategori pelajar

Yang ini memang betul-betul untuk menuntut ilmu.Mereka tidak kisah siapa sahaja penceramah.Janji ilmu yang disampaikan ada manfaat.Kategori ini memang untuk mencari ilmu kerana mereka yakin ilmu dapat diperolehi dengan berguru.

27 February 2010

Zaharuddin.net: Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100


Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut
_________________________________________________________________________

Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio (termasuk berkenaan bible!) :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-

Outsourcers Bible
Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading

Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti sampah yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk.

4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .



REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.



KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Rabi'ul Awal 1431 H

27 Feb 2010

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/915

26 February 2010

Kisah Kelmarin VS Kisah Hari Ini


Kelmarin sudah berlalu.Segala peristiwa dan alkisah sudah menjadi sejarah.Jika kelmarin anda bekerja hari hari sudah cuti.Cuti seluruh negara sempena menyambut Maulidur Rasul.

Kelmarin saya sudah pergi merantau berpuluh-puluh blog di Malaysia termasuk di Indonesia.Ambil masa sampai sehari suntuk.Ada entri yang bagus saya bagi komen.Ada tempat yang saya boleh follow saya jadi pengikut.

Hari ini saya memperlahankan pergerakan saya.Hari saya sudah mencipta blogspot yang berbahasa Inggeris.Buat permulaan saya guna sistem copy dan paste. Bila rasa yakin dan mampu saya tulis bahasa Inggeris supaya lebih unik dan fresh.

Kelmarin juga saya tergempar dengan artikel dari Otai IM iaitu Saudara Ammar yang membicarakan program terhangat Infinity Downline yang cukup top ketika ini.Terbaca artikel ini baru saya tersentak.Tersedar lalu terhantuk seketika.Alamak saya dah terjebak sama mencari duit cepat dan pantas.

Hari ini saya bataskan waktu untuk berFacebook cuma 1 jam sehari untuk check inbox.Takut-takut overflow.Dalam masa yang sama saya akan pergi ke blog untuk merantau lagi.Merantau menuntut ilmu.Hasilnya saya dapat cara dan kaedah untuk melobi Google Adsense.Biasalah mahu juga jana pendapatan dari internet ini.

Kelmarin saya tidur awal kerana malamnya sudah tidak tahan mengantuk.Mata mungkin letih dan fikiran mahu rehat.Masa emas ini saya korban untuk kesihatan.Meskipun jauh disudut hati tidur awal baik untuk kesihatan.Cuma buat masa ini saya tidak boleh tidur lebih banyak dari bekerja.Perancangan dan projek baru nak berjalan.

Hari ini saya cuba atur sebaik mungkin program.Paling baik dapat impak positif dari semalam.Kerana malam ini saya cukup sibuk untuk melakukan perniagaan offline bersambungan esok hari.

Hari esok biarlah kita simpan dulu.Saya cuma merancang Tuhan lebih baik perancangan untuk saya.

Sehingga ke perhentian ini.

25 February 2010

Tulis apa sahaja yang terlintas di MINDA


Malam tadi terkejut beruk juga lagaknya.Mana tak ada keluar gambar iklan dari Nuffnang.Tersiarnya iklan menyebab semakin teruja nak tarik trafik ke blog ini.Niat macam dah lari nie.

Malangnya selepas solat subuh esok harinya saya check sekali lagi iklan dah tak ada !.Simbol pelik pun tak keluar lagi pada blog ini.Rasa risau juga. Mana taknya sekejap gembira dan tak lama selepas itu sedih lak pulak.

Apapun saya harus berfikir positif dan membuat andaian apa yang berlaku ini ada beberapa sebab.

Sebab utama mungkin malam tadi saya tukar nama blog ini.Setakat ini saya dah tukar berkali-kali supaya lebih anggun,berkesan dan paling penting dapat tarik pembaca.

Buat cantik -cantik tapi tak de pengunjung bagus saya tulis ebook sahaja.Cukup bahan dan siap saya boleh jual atau bagi percuma.

Mahu tidak mahu saya terpaksa upgrade dari semasa ke masa supaya sentiasa nampak lebih profesional.

Bila pertukaran begini akan menyebabkan fail dari Nuffnang akan clash dan seterusnya jadi macam nie la.

Sebab yang kedua mungkin juga saya suka sangat buat publisiti murahan.Biasa dah kerja bidang marketing kalau tak promosi dah tak sah.

Saya tak juga faham sangat term dan condition.Maklum sahajalah bahasa omputeh setakat lulus sahaja.

Jadi penyelesaian yang terbaik saya akan merujuk kepada pihak Nuffnang melalui helpdesk dari terus buat teka teki begini.

Sehingga ke persinggahan ini dulu.

24 February 2010

Cabaran diterima kerana peluang!!


Peluang datang dan pergi.Toleh kanan peluang.Toleh kiri pun peluang.Tapi adakah kita merebut peluang yang datang berupa rezeki.

Peluang itu rezeki jika kita pandai menilai.Buat kajian sedikit.Cari kesan baik.Lihat kesan buruk.Nampak yang baik boleh ambik.Kalau yang buruk buang sahaja.

Yang baik biasanya mengandungi unsur logik akal.Ikut hukum alam.Hari ini buat esok belum tahu dapat hasil.Mungkin ada.Mungkin tidak.Ini dinamakan hukum alam.Tiada kepastian untuk benda yang diluar jangkauan fikiran kita.

Yang buruk pula ada unsur magic.Cepat dan rilek-rilek dapat duit.Sepanjang pengetahuan saya yang dah lahir 34 tahun perkara ini jarang berlaku. Kalau ada kebetulan.Memang rezeki dia tepat pada masanya.

Sebut pula cabaran dan peluang.Apa kaitan dia? Cabaran kita untuk merebut peluang.Peluang diberi samarata.Siapa ambik untung.Siapa tak ambil rugi.Mudah dan telus.

Cabaran utama untuk disahut ialah berapa banyak komitmen kita untuk berjaya.Lagi tinggi komitmen lagi cerah peluang.
Komitmen untuk meletakkan soal karier,keluarga dan peribadi pada tempat yang betul.

Sehingga ke perhentian ini.

23 February 2010

Cabaran pun bermula !


Setelah menghitung hari dan detik rupa-rupanya saya banyak menghabis masa bersama komputer,internet dan buku.Dalam bahasa mudahnya sudah dua bulan dan lebih...

Ya dua bulan saya betul-betul memberi fokus kepada ilmu internet.Klik sana klik sini.Baca email entah dah beratus kali agaknya.Add rakan-rakan dalam Facebook sehingga kini mencecah 3 ribu orang(termasuk yang tidak aktif).

Sehingga kini ada orang sudah risau kepada saya kerana hidup bertemankan internet dan komputer.Jika dahulu saya bersukan dalam badminton.Sekarang saya dah tinggalkan sejak beberapa bulan.

Soalan bonus yang hari-hari saya dengar ialah bila saya mendapat duit dari internet?Rasa fobia bila buka cerita buat duit dari internet.Ingat internet cop duitkah sehingga boleh dapat begitu mudah.Mereka yang telah menemui cara mudah itu telah melalui kaedah yang susah dahulu.Kajian berdasarkan pengalaman.

Dalam dunia ini mana ada dapat duit cara mudah. Semua bergantung kepada rezeki Yang Maha Esa.Usaha sekuat mana pun jika belum rezeki pasti belum ada hasil.

Mereka yang sudah berjaya dalam internet atau bukan (offline) telah melalui pahit manis,tersungkur,tumbang dan malah ada yang ingin berputus asa.Namun mereka ini tahan lasak dan mempunyai kesabaran di tahap luar biasa.

Maka cabaran pun bermula bukan kerana orang lain tetapi cabaran diri sendiri supaya terus berusaha dan berusaha tanpa henti.

Ilmu penting sekali walau apa bidang sekalipun.Dunia perlu ilmu. Akhirat apatah lagi.Dua-dua lagi bagus kerana menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sehingga di sini dahulu.Cabaran baru bermula dan pastinya akan terus berjalan mengira tanpa masa dan ketika.

22 February 2010

Catatan tergempar oleh pendatang baru blogger

Hari ini bersamaan 22/2/10 cukup bermakna buat saya.Sejak sekian lama mengidam dan melobi untuk mendapat tempat blog pengiklanan.

Saya amat bersyukur kerana akaun bersama Nuffnang diluluskan.Seronok bukan main lagi.Belum dapat duit lagi tu.Kalau dah dapat tak tahulah macam mana.Apa yang pasti saya akan panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.Kata orang musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak -)

Sebelum ini saya tak kenal dengan Nuffnang. Saya ada ternampak simbol yang pelik-pelik.Ada rasa teruja untuk klik pada simbol pelik.Akhirnya secara main-main terkliklah pulak link tersebut.Rupa-rupanya ia serupa macam google Adsense yang memberi pendapatan melalui iklan kepada para blogger baik luar atau tempatan.Biasa budak baru belajar.

Beberapa minggu yang lepas (belum sampai sebulan dalam dunia blogger) saya memang target untuk dapatkan tapak iklan dari Google Adsense.Sudah banyak kali apply sebanyak itu juga kena reject. Masalah bahasa Melayu jadi alasan, betulkah?Memang kedengaran dari luar Googgle Adsense memberi pendapatan pasif kepada si blogger.

Syarat penting untuk memikat jiwa Googgle Adsense ialah jumlah traffic singgah di blog.Lagi ramai lagi cerah.Tak apa lah.Nanti ada akaun blog yang berbayar dan glamer pasti saya dapat akaun nie...

Berbalik kepada cerita Nuffnang saya ingin menyaran kepada bakal blogger supaya belajar ilmu tentang website,copy dan paste html dan sebagainya.Untuk buka akaun tidak susah cuma nak dapat klik pada iklan itu saya tak jamin.Kalau boleh bina blog pakai yang percuma dulu sama ada blogspot atau wordpress.

Bila dah establish nanti dan ada income dari pengiklan cuba bertukar kepada berbayar.Sebab utama dapat ranking dalam Aleaxa.Apa pulak binatang nie. Aleaxa adalah satu sistem yang canggih untuk melihat ranking website atau blog anda.Kalau angka dah beribu dah sangat bagus.Hebat walaupun masih terlalu dari Google,Facebook atau Youtube.

Hukum dunia bermula bermula dari tak tahu ke tahu.Dari kecil menjadi besar.Kurang pandai menjadi mahir.Bila dah mahir selok belok kongsikan ilmu ini untuk bakal blogger yang berminat dan baru mencuba.Kalau jual ebook pun boleh asalkan berpatutan dengan nilai ilmu tersebut.Pada dasarnya ilmu yang kita perolehi ini dari sifat kita yang suka share ilmu.Petua untuk murah rezeki tidak kedekut ilmu.

Rasanya cukup dulu coretan ini.Luahan jiwa sudah lega.Selagi tak tulis blog fikiran boleh jam.Otak tak guna untuk berfikir.

Selamat berblogger.

Sehingga ke perhentian ini.Terima kasih.

Kahwin wanita Indonesia kena bayar RM170,000

JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.

Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post.


Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.

Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop.

Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan.

Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri.

Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai.

Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan.

Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah. - Agensi



Sumber : www.bharian.com.my (22/2/10)

Kapal angkasa Endeavour siap sedia untuk mendarat

CAPE CANAVERAL (Florida): Kapal angkasa Endeavour yang membawa enam angkasawan diberi kebenaran untuk mendarat ke Florida.

Pusat kawalan memberitahu Komander George Zamka malam tadi bahawa keadaan cuaca semakin baik untuk membolehkan Endeavour mendarat di Stesen Angkasa Lepas Kennedy.

Endeavour dijadual mendarat jam 10.20 malam waktu tempatan (0230 GMT).

Awal semalam, pusat kawalan berdepan dengan kebimbangan untuk membenarkan Endeavour mendarat di bumi selepas awan tebal dan kemungkinan hujan lebat.

Angkasawan melengkapkan misi dua minggu ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). - AFP

Sumber : www.bharian.com.my (22/2/10)

Puntung rokok jadi punca

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

PEKAN 21 Feb. - Hanya kerana sebatang rokok, lebih 20 hektar kawasan hutan di sini musnah terbakar.Kejadian itu berlaku di Kampung Cenderawasih di Jalan Kuantan-Nenasi di sini dipercayai berpunca daripada kecuaian seorang perokok tegar yang membuang puntung rokok tanpa memikirkan kesannya.

Lebih memburukkan keadaan, fenomena cuaca panas ketika ini memaksa Balai Bomba dan Penyelamat Pekan berkampung di tepi jalan itu bagi mengawal keadaan sejak dua minggu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin berkata, sejak 8 Februari lalu hingga kini pihaknya bertungkus-lumus mengawal api di kawasan berkenaan.

"Dalam keadaan cuaca yang panas dan angin kencang dari pantai berhampiran, kami terpaksa berjaga-jaga kerana ada individu tidak bertanggungjawab yang membuang puntung rokok merata-rata.

"Kebakaran di hutan gambut ini pula kadangkala marak dan hanya berlaku di kelompok tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang hutan berhampiran pantai Sungai Miang di sini mendapati kelihatan kesan-kesan terbakar yang melibatkan pokok besar selain kawasan belukar.

Malah, kira-kira 100 meter dari pencawang elektrik di tepi laluan itu kelihatan api marak namun dapat dikawal dengan pantas oleh pasukan bomba.

Beberapa laluan mengalami masalah penglihatan kerana dipenuhi asap tebal berpunca daripada kebakaran hutan berdekatan.

Menurut Sheikh Hassan, pihaknya terpaksa mengambil masa lapan jam sehari bagi mengawal kebakaran di kawasan kampung berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Kadangkala kebakaran berlaku berulang kali dan dalam satu masa berlaku beberapa kebakaran di kawasan berlainan.

"Faktor tiada sumber air dan jarak yang jauh dari sumber air menimbulkan kesulitan kepada pihak bomba," jelasnya.

Beliau memohon kerjasama orang ramai supaya tidak membuang puntung rokok sewenang-wenangnya terutama ketika musim kemarau dan berangin.

"Penduduk berhampiran dinasihati supaya tidak melakukan proses tebas dan bakar secara terbuka untuk tujuan pertanian di kawasan berkenaan," ujarnya.

sumber : www.utusan.com.my

Hilang nilai kemanusiaan

Oleh Zuhayati Yazid

Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan.Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah.Sikap seperti itu yang mendorong kepada pelbagai gejala sosial termasuk buang bayi.

Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani menyifatkan, gejala pembuangan bayi ini berlaku adalah kerana kerapuhan pegangan agama remaja dan juga kekurangan perhatian serta pemantauan daripada ibu bapa.

"Apabila membincangkan masalah pembuangan bayi, ia turut memperlihatkan nilai kemanusiaan, kasih sayang dan tahap keimanan seseorang itu.

"Malah ia seakan-akan tidak tahu hukum hakam mengenai dosa dan pahala,'' katanya serius ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian pembuangan bayi semakin menular di kalangan remaja kerana mereka terdedah kepada pelbagai faktor sehinggakan keadaan menjadi lebih parah.

"Antaranya kerana faktor pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan keterlaluan, persekitaran institusi kekeluargaan yang celaru, tiada kawalan diri, longgar pegangan agama serta pengaruh Internet,'' ujarnya lagi.

Malah keadaan menjadi lebih parah apabila kurang pemantauan dan juga perhatian ibu bapa terhadap aktiviti anak.

"Institusi keluarga itu penting dalam membentuk jati diri anak-anak, mana mungkin keluarga yang sering bergaduh serta berpecah belah akan melahirkan anak-anak yang bertamadun dan juga berakhlak mulia.

"Keadaan ini penting kerana karakter anak-anak bermula daripada rumah, jika suasana rumah yang celaru akan menimbulkan suasana tidak seronok berada di rumah.

"Bermula dari situ, mereka akan mencari identiti sendiri melalui keseronokan di luar rumah bersama rakan-rakan, apabila sudah hilang nilai moral mereka sanggup buat apa saja sehingga lahir anak luar nikah,'' terangnya lagi.

Beliau yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, faktor terlalu bebas dan kurang pemantauan juga membuatkan remaja mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

"Dunia tanpa sempadan dengan kemudahan komunikasi dan melayari internet membuka seluas-luas pergaulan mereka,'' katanya lagi

Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Sajaratulnisah Othman pula menyifatkan remaja yang sanggup membuang bayi adalah mereka yang tertekan dan tersempit dengan keadaan.

Hal ini berlaku hasil perbuatan perhubungan terlarang itu sehinggakan mereka mengandung, keadaan ini menyebabkan mereka semakin tertekan sehingga sanggup membuang bayi yang di kandung ekoran tiada tempat yang sewajarnya untuk mereka berlindung.

Jelasnya, banyak kajian menunjukkan kehamilan di luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu semata-mata.

Malah keadaan yang tertekan juga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk membuang anak itu di merata-rata tempat.

Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan bayi yang dibuang rata-ratanya adalah bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Sajaratulnisah memberitahu, mereka yang membuang anak itu juga seakan sudah tertanam di fikiran, sekiranya buang anak pastinya akan ada orang yang akan mengambil dan menjaga.

"Di negara kita, jika sesiapa yang menemui anak baru lahir akan ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, fikiran ini menjadikan mereka dengan mudah melakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa.

"Justeru itu, masyarakat perlu mengubah minda dengan lebih positif, seharusnya berikan mereka pendidikan agar kembali ke jalan benar.

"Pimpinlah mereka ini supaya tidak lagi tersasar ke jalan gelap, hiasilah mereka ini dengan ajaran agama supaya kembali ke jalan yang benar,'' katanya lagi.

Selain itu tegasnya lagi peranan ibu bapa juga harus diperketatkan lagi, biarpun sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga namun tanggungjawab sebagai orang tua tidak harus di abaikan.

"Kenali rakan-rakan anak kita dan membuat pemantauan dengan siapa mereka berkawan agar dapat mencegah mereka daripada perbuatan yang tidak bermanfaat.


Sumber : www.utusan.com.my (22/2/10)

Gadis dibelasah, 'diculik' 11 jam


Oleh SHAMARUDDIN SAIDIN
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Feb. - Akibat kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu pejabat sanggup membelasah kerani wanita di tempat kerjanya selain melarikan mangsa selama 11 jam dari rumah sewanya di Paroi Jaya, di sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada 16 Februari lalu itu mengakibatkan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nor, 21, lebam di bahagian muka dan kepala selain terpaksa menerima rawatan di hospital.

Mangsa mendakwa, dia turut mengalami trauma selepas kejadian itu apabila dibelasah tanpa henti oleh lelaki itu, sepanjang dibawa menaiki kereta dari rumah sewanya ke kampung pembantu pejabat berkenaan di Tampin.

Nor yang bekerja sebagai kerani di sebuah agensi kerajaan di sini menceritakan pengalaman ngeri itu ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, insiden tersebut bermula apabila lelaki itu yang berusia 27 tahun datang ke rumah sewanya di Paroi Jaya kira-kira pukul 11.30 malam pada 16 Februari lalu menaiki sebuah kereta Proton Wira.

"Saya keluar untuk berjumpa dengannya yang ketika itu berdiri di luar pintu pagar. Tiba-tiba, dia terus menumbuk muka saya sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Selepas itu, saya cuba bangun dan sambil menangis bertanyakan kenapa dia memukul saya," katanya.

Menurut Nor, lelaki itu terus memarahinya kerana mendakwa dia telah menolak cinta lelaki itu sambil terus menumbuk mukanya beberapa kali lagi.

Dia berkata, dalam keadaan muka berlumuran darah, lelaki itu kemudian menarik dan menolaknya masuk ke dalam kereta sebelum dipaksa duduk di tempat letak kaki sebelah pemandu.

"Lelaki itu terus memecut keretanya ke lokasi yang saya tidak ketahui dan terus memarahi saya kerana menolak cintanya.

"Sambil menangis, saya merayu supaya dilepaskan tetapi tanpa sebarang belas kasihan lelaki itu terus menumbuk kepala saya bertubi-tubi sehingga tangan kanannya patah," ujarnya.

Kerana panik melihat mangsa yang semakin tidak bermaya, suspek kemudian membawa mangsa ke rumah keluarganya di Tampin kira-kira 80 kilometer dari sini.

Tambah Nor, apabila sampai ke rumah keluarga lelaki itu, suspek mengugut supaya dia memberitahu ibunya bahawa kecederaan yang dialami itu akibat kemalangan motosikal.

"Lelaki itu kemudian meminta saya masuk ke dalam sebuah bilik dan menyuruh saya berehat sementara dia tidur di ruang tamu.

"Pada pagi keesokan, ketika lelaki itu pergi ke hospital untuk merawat tangannya yang patah, saya terus melarikan diri dari rumah berkenaan," ujarnya.

Menurutnya, dia terpaksa bersembunyi di sebalik tembok yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah itu sebelum menghubungi rakannya untuk meminta bantuan.

"Kira-kira sejam kemudian, rakan saya datang menyelamatkan saya dan terus ke balai polis untuk membuat laporan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan kejadian itu memberitahu bahawa suspek sudah ditahan kelmarin.

Menurutnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

sumber: www.utusan.com.my (22/2/10)

21 February 2010

Awasi cuaca panas



Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my



CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.



Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh



20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.


25 darjah Celsius - peluh biasa.


30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.


40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.


45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

Laman jaringan sosial mampu jadi pemangkin perubahan

Oleh Zainul Arifin
zainul@nstp.com.my

Kerajaan, pemimpin dan ahli politik perlu manfaat alam siber untuk kekal relevan

KEPADA mereka yang kurang tahu, laman Facebook adalah contoh fenomena jalinan media sosial yang terhasil daripada teknologi internet. Seseorang mendaftar menjadi ahli Facebook, dengan mengisi butir diri, betul atau tidak, tiada siapa yang akan periksa dan meletakkan gambar ataupun video.

Ahli Facebook mengemaskini laman mereka dengan butiran terkini mengenai diri mereka serta menyatakan pendapat mereka dan segala yang mereka suka atau tidak.



Setiap ahli Facebook boleh meminta untuk menjadi 'kawan' ahli facebook yang lain. Lebih banyak kawan, mungkin lebih popular agaknya seseorang ahli Facebook. Baru-baru ini ada dilaporkan Perdana Menteri mempunyai lebih 100,000 'kawan' di laman Facebook beliau.

Berdasarkan statistik terbaru, ada lebih 350 juta ahli Facebook di dunia - kalaulah Facebook sebuah negara, maka ia adalah negara keempat terbesar di dunia.

Lebih menarik lagi, di Malaysia terdapat 4.2 juta ahli Facebook, iaitu kesembilan paling ramai di dunia, di mana nombor satu ialah Amerika Syarikat.

Apa yang penting yang perlu diambil tahu ialah pengaruh yang luas oleh Facebook dan laman media sosial lain. Juga perlu diingat bukan semua yang di internet itu tidak baik. Cuma apabila kita tidak memahaminya, maka kita akan bimbang dan ragu.

Satu lagi yang perlu diingati, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang atau mengawal internet. Sebarang cubaan akan membawa kesan lebih negatif daripada baik.

Kini terdapat beratus-ratus laman umpama Facebook, antara yang terkenal Friendster dan Myspace. Satu lagi statistik yang menarik - menurut beberapa laporan, hampir dua pertiga rakyat Malaysia adalah ahli salah satu daripada ratusan jalinan sosial media.

Jelas, ini bukan fenomena kecil atau boleh diremeh-temehkan. Malah tahun ini dikatakan sebagai tahun media sosial di mana akan ada ledakan fenomena ini. Di Malaysia saja pertumbuhan keahlian Facebook, umpamanya, bertambah 10 peratus atau lebih 300,000 pada Disember lalu.

Baru-baru ini juga Timbalan Perdana Menteri juga melancarkan laman Facebooknya.

Apakah maksud semua ini? Apakah penting dan relevannya kesemua ini untuk hidup kita?

Ada orang kata aktiviti media sosial kurang bernas. Sememangnya ia boleh merugikan, seperti juga perkara lain, jika dilakukan berlebihan. Sudah tentulah kita boleh terlebih makan atau bersuka atau mengemaskini laman Facebook kita, maka ia memanglah memudaratkan, tetapi itu tidak menjadi sebab kita tidak boleh bersuka-ria.

Ahli seramai lebih empat juta, umpamanya adalah lebih daripada mana-mana parti politik di negara ini. Walaupun jika separuh daripada mereka tidak aktif, jumlah yang berada di alam siber itu adalah cukup banyak dan memberikan banyak peluang dan kemungkinan.

Rasanya ledakan yang dikatakan itu ialah di mana fenomena ini berjaya menguasai bidang sosial, ekonomi dan politik. Siapa sangka mainan pelajar sedekad lalu kini menjadi pemangkin perubahan.

Dikatakan kempen politik Presiden Amerika Syarikat yang lalu dimenangi oleh calon yang faham dengan kuasa dan pengaruh jalinan media sosial, dan seterusnya menggunakannya untuk membantu di dalam kempen.

Presiden Barack Obama menggunakan teknologi ini dengan sepenuhnya dan berjaya menyampaikan mesejnya kepada golongan muda yang tidak lagi cenderung dengan media arus perdana. Beliau juga berjaya memahami teknologi ini untuk menentukan segala mesej dan matlamat kempennya tidak lagi ditentukan dan ditapis oleh pemberita dan pengarang, malah adakalanya beliau terus langsung tidak menggunakan media arus perdana untuk sesetengah strategi kempen.

Jelas dia berjaya, manakala lawannya yang tidak menerima media sosial secara menyeluruh, tidak.

Kekuatan utama laman seperti Facebook ialah pengaruh kawan-kawan. Contohnya, jika kawan kita berkata dia suka sesuatu filem, kita mungkin lebih percaya untuk membeli tiket, berbanding kata-kata iklan ataupun pengkritik. Kita lebih percaya jika kawan kita kata ada gerai yang menjual nasi lemak sedap yang perlu kita kunjungi, berbanding jika orang tidak dikenali berkata demikian.

Maka jika seorang rakan alam maya kita berkata dia percayakan Obama, jelas kata-kata ini akan menyerap ke jutaan, malah mungkin puluhan juta rakan yang terangkai dalam jalinan yang luas meliputi dunia. Sedikit sebanyak ada yang akan terpengaruh.

Jika seseorang itu berkata ia menyokong sesuatu parti atau seseorang calon, besar kemungkinan dia akan dapat mempengaruhi kawannya lebih lagi daripada berjela-jela laporan media arus perdana. Maklumlah 'kawan' kita mesti bercakap betul.

Mungkin sebagai media arus perdana ini bukan satu perkembangan yang baik, namun sesuatu organisasi yang dinamik perlu melihat bagaimana ia boleh kekal di dalam keadaan yang mencabar.

Untuk media arus perdana kekal relevan, ia mesti memahami serta mendakap fenomena ini. Begitu juga kerajaan, pemimpin dan ahli politik.

Fenomena jalinan media sosial kini sudah lama dikenali oleh pakar pemasaran sebagai satu alat yang amat berguna untuk kerja mereka. Begitu juga perlulah parti politik dan pemimpin mereka menerima, memahami dan menggunakan media sosial untuk kekal relevan.

Satu lagi statistik yang menarik - lebih 80 peratus ahli Facebook pula berumur antara 18 hingga 44 tahun. Jelas jika mahu berinteraksi dengan golongan muda, haruslah pergi di mana mereka berkumpul.

Sumber: www.bharian.com.my(21/2/10)

Firaun kaya penyakit




IMAGINASI kita mungkin membayangkan raja Mesir purbakala itu sempurna fizikal, gagah dan memiliki wajah yang tampan.

Namun, gambaran itu sangat berbeza pada salah seorang firaun paling terkenal, Tutankhamun yang lebih dikenali dengan gelaran Raja Tut.

Itulah yang berjaya dibongkar oleh sekumpulan saintis baru-baru ini.

Berasaskan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) selama dua tahun, nyatalah imej remaja lelaki yang menawan pada artifak Raja Tut jauh berbeza daripada jasad sebenar yang tersemadi.

Raja Tut terpaksa berdiri menggunakan tongkat kerana kakinya bengkok manakala bibirnya didapati sumbing.

Penemuan 130 batang tongkat di tempat persemadiannya membuktikan masalah kakinya itu.

Kaki bengkok

Bahkan cerita dia mati dibunuh kerana terdapat lubang pada tengkoraknya adalah tidak tepat. Dia sebenarnya mati akibat penyakit malaria yang telah melumpuhkan sistem imunisasi tubuhnya.

Raja Tut mula popular selepas mumia berusia 3,300 tahun itu ditemui pada tahun 1922 dengan limpahan barang kemas dan artifak, termasuk topeng emas di sisinya.

Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masihi dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun.

Lebih memeranjatkan, saintis mendapati sebahagian penyakit yang dihidapi Raja Tut merupakan penyakit keturunan.

Bapanya, Akhenaten sumbing bibir manakala datuknya, Amenhotep III mempunyai kaki yang bengkok dan menghidap penyakit pemberhentian darah ke kaki iaitu Kohler.

Penyakit genetik lain seperti skoliosis dan tulang belakang melengkung turut ditemui pada mumia-mumia lain daripada Dinasti ke-18 firaun.

Kalau sudah namanya penyakit genetik, tidak mustahil jika keturunan firaun terdahulu juga kaya penyakit seperti mereka.

Ujian DNA ke atas ratusan mumia itu juga mendapati beberapa mumia mempunyai persamaan penyakit iaitu diserang parasit malaria.

Sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Howard Markel berkata, sesetengah penyakit Raja Tut termasuk penyakit tulang terjadi akibat perkahwinan sumbang mahram.

"Kanak-kanak yang dilahirkan hasil perkahwinan sesama adik-beradik cenderung untuk menghadapi masalah genetik," lapor beliau dalam Journal of the American Medical Association (JAMA).

Sebenarnya, Raja Tut merupakan anak kepada firaun Akhenaten dengan adik kandung Akhenaten sendiri yang belum dikenal pasti. Wanita itu bukan isteri utama Akhenaten iaitu Permaisuri Nefertiti.

Sebelum ini juga terdapat spekulasi bahawa bapa Raja Tut ialah firaun Smenkhkare yang kurang dikenali.


Smenkhkare merupakan firaun yang memaksa seluruh rakyat Mesir menyembah tuhan matahari, Aten.

"Terdapat banyak kekeliruan tentang pewarisan takhta firaun dan mengetahui Tutankhamun merupakan pewaris langsung kini telah mengubah segalanya," kata Salina Ikram, seorang pakar mumia Universiti Amerika di Kaherah.

Mirip perempuan

Kajian terbaru itu turut mendedahkan bahawa dua janin yang bersemadi bersama Raja Tut mungkin merupakan anak-anaknya.

Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass yang terlibat dalam kajian itu mengakui dia telah melakukan kesilapan selama ini apabila menentang ujian DNA dilakukan ke atas mumia-mumia.

"Saya tidak pernah terfikir yang kita akan memperoleh penemuan yang begitu hebat seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, kajian tersebut menyangkal kenyataan sebelum ini yang mengatakan keluarga firaun mengalami penyakit pelik yang menyebabkannya berfizikal mirip perempuan.

Teori itu timbul daripada gaya artistik yang digambarkan pada patung-patung firaun yang mempunyai dada dan punggung yang menonjol serta wajah yang membujur.

"Nampaknya, Tutankhamun atau Akhenaten tidak mempunyai bentuk fizikal yang signifikan dengan teori itu," lapor saintis.

Projek DNA

Kini, pakar-pakar sedang berusaha untuk mengenal pasti siapakah adik Akhenaten yang merupakan ibu Raja Tut serta siapa pula isteri Raja Tut.

Projek DNA itu juga mahu mengenal pasti yang mana satukah mumia yang bernama Nefertiti, seorang permaisuri yang masyhur dengan kecantikannya.

"Belum terbongkar sepenuhnya, banyak lagi kajian yang perlu dilakukan," kata Hawass.

Pada masa ini, satu pameran firaun, Tutankhamun and the Golden Age of Pharaohs sedang berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Di situ, mumia Raja Tut, mumia yang dipercayai ibunya dan neneknya, Permaisuri Tiye turut dipamerkan

Petikan www.kosmo.com.my(21/2/10)

Siasat nikah 'pelik' di IPTA

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Feb. - Jabatan agama diminta menyiasat dakwaan tujuh 'pasangan pengantin' telah dinikahkan oleh rakan sekuliah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kegiatan tersebut dan menyerahkan kepada jabatan agama untuk meneliti kes itu terlebih dahulu.

"Sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar yang terlibat itu salah, kita akan ambil tindakan susulan," katanya pada sidang akhbar selepas program perasmian penutup Latihan Akuakultur Usahawan Siswazah di Kampung Kong Kong, Masai di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar tabloid melaporkan mengenai majlis pernikahan di sebuah IPTA di ibu negara di mana pengantin, saksi, wali, tetamu dan tok kadi terdiri daripada rakan sekuliah.

Mohamed Khaled meminta pihak pentadbiran universiti sentiasa memantau kegiatan penuntut mereka agar tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan peraturan.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti supaya mengikut langkah Universiti Malaya (UM) menubuhkan pusat keusahawanan di universiti masing-masing.

Katanya, Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (Pusmal) telah berjaya melatih 20 graduan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam projek ternakan ikan sangkar usahawan siswazah (Aquasympreneur).

"Kita berharap agar institusi pengajian tinggi yang lain mengikut jejak UM untuk melahirkan lebih banyak graduan dalam bidang keusahawanan.

"Kita mahu keusahawanan dijadikan sebagai kerjaya pilihan kepada graduan yang bercita-cita menjadi majikan bukannya pekerja," ujarnya.

Sumber:www.utusan.com.my2 (21/2/10)

20 February 2010

Aspek 1Malaysia Yang Dibanggai Penduduk Sarawak

Jumaat Februari 19, 2010 (http://mstar.com.my)


HUBUNGAN harmoni dalam kalangan lebih 20 kumpulan etnik di Sarawak merupakan sesuatu yang semula jadi dan bukannya luar biasa.

"Ini merupakan aspek 1Malaysia yang kami di Sarawak sangat banggakan... kami telah mengamalkan konsep 1Malaysia sejak dulu lagi, cuma kini ia menjadi dasarn rasmi," kata bekas setiausaha negeri Sarawak Tan Sri Bujang Mohd Nor, 74.

Bujang berkata demikian sebagai anggota panel pada majlis dialog bertemakan "Bicara Tokoh: Menyingkap Sejarah Perjuangan Ke Arah Pembangunan Belia di Sarawak" anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) di Kuching, baru-baru ini.

Bujang bersama seorang lagi anggota panel, ahli politik veteran Bidayuh Datuk Seri Dominic Dagok Randan, 75, merupakan antara tiga penduduk Sarawak yang menerima penghargaan semasa sambutan Hari Malaysia di Kuching tahun lepas kerana sumbangan mereka kepada negara.

Penerima ketiga ialah anggota wanita pertama Majlis Negeri Sarawak, Datuk Seri Philomena Tra Zehnder. Bujang dan Dagok meluahkan pendapat masing-masing mengenai bagaimana kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak telah bersatu dalam mengatasi tentangan terhadap gagasan Malaysia dan bagaimana mereka maju bersama sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia.

KONFRONTASI: SATU DUGAAN

Terbabit dalam politik sejak pembentukan Malaysia, Dagok menyatakan rasa puas hatinya terhadap pembangunan yang dikecapi masyarakat Dayak Sarawak, khasnya masyarakat Bidayuh sejak 46 tahun yang lepas.

Dagok berkata hakikat ini menangkis dakwaan yang penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia merupakan satu pengkhianatan oleh pihak British yang mengetahui negeri itu masih belum bersedia untuk mencapai kemerdekaan.

"Kami melalui saluran yang betul dan mengadakan rundingan, perbincangan dan mesyuarat. Kami akur dengan hasrat majoriti," katanya, dan menambah kata berdasarkan kepada penemuan daripada pungutan suara yang diketuai oleh Lord Cobbold, 70 peratus penduduk negeri ini bersetuju dengan gagasan Malaysia.

Sarawak menyertai Malaysia bersama dengan Sabah (kedua-duanya pada masa itu dikenali sebagai British North Borneo) dan Singapura hasil cadangan Ketua Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Bagaimanapun, Singapura meninggalkan persekutuan itu dua tahun kemudian.

Ketika Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 atas sokongan penduduk Sabah dan Sarawak, Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno menentang dengan sekeras-kerasnya gagasan itu dan melancarkan Konfrontasi.

Terdapat banyak teori di sebalik konfrontasi itu termasuk Indonesia mempunyai gagasan tersendiri iaitu Indonesia Raya yang turut meliputi Malaysia tetapi Dagok berkata: "Mengapa perlu bimbang mengenai kami, kami boleh menentukan haluan kami sendiri."

Dagok berkata satu ketika pada kemuncak konfrontasi iaitu antara 1963-1966, beliau membantu penduduk kampung di sempadan Sarawak-Kalimantan untuk menggali lubang bagi dijadikan tempat bersembunyi apabila tentera Indonesia menceroboh masuk.

Pada masa itu Dagok merupakan anggota Parlimen Serian dan juga anggota Majlis Negeri bagi Tebakang dan diberi tugas menyelaraskan operasi keselamatan bersama pasukan tentera dan polis di kawasan sempadan.

SARAWAK TURUT SERTA SECARA SUKARELA

Pada awalnya majoriti penduduk Sarawak was-was dengan gagasan ini kerana mereka berpendapat ia mungkin satu lagi bentuk penjajahan dan ini mencetuskan demonstrasi di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, malah Simanggang, yang kini dikenali sebagai Sri Aman.

Bagaimanapun, Sarawak akhirnya bersetuju untuk menyertai gagasan itu tetapi dengan syarat tertentu yang kekal sehingga hari ini.

Sarawak mengekalkan hak terhadap kawalan imigresen walaupun ia merupakan bidang kuasa persekutuan dan juga pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan tanah dan hutan sementara perkhidmatan awam negeri juga berfungsi dengan bebas, kata Bujang, yang juga merupakan warga korporat.

PENDUDUK SARAWAK TIDAK KESAL

Berbanding zaman sebelum kemerdekaan menerusi Malaysia, katanya, penyertaan di dalam Malaysia telah mengubah nasib penduduk Sarawak dengan ramai anggota masyarakat Dayak kini berkhidmat sebagai profesional dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta di dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Dagok, seorang daripada perintis Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) menggulung debat itu dengan kenyataan ini: "Saya gembira melihat kaum Dayak kini berdiri sama tinggi setaraf dengan mereka yang lain... inilah konsep 1Malaysia". - BERNAMA

Anak terlalu rindu mohon bapa pulang ke pangkuan


February 19, 2010, Friday-ihsan Utusan Borneo

ALOR SETAR: Setiap kali Siti Intan Nur Atika ditanya mengenai ayahnya, Mohammad Kamal Hussain, 46, dia akan menangis.

DIMANA AYAH?: Seorang anak Siti Intan Nur Atika, 18, menunjukkan gambar ayahnya yang tidak pulang ketika menemui wakil Bernama di Alor Setar, semalam. Turut sama ibunya, Rogayah Mohktar (kiri). — Gambar Bernama
Ini kerana gadis berusia 18 tahun itu tidak tahu apa jawapan yang patut diberikan kerana dia tidak pernah menatap wajah ayahnya sejak 15 tahun yang lepas setelah Mohammad Kamal meninggalkan rumah untuk keluar bekerja.

“Walaupun saya tidak pernah mengenali ayah saya secara dekat, tetapi perasaan rindu tidak pernah padam. Malah saya amat terharu melihat kawan-kawan saya mempunyai ayah,” katanya sambil menitiskan air mata.

Ketika bercakap kepada pemberita sambil memegang gambar ayahnya, Siti Intan Nur Atika berkata beliau berharap sangat agar

ayah balik semula ke pangkuan keluarga kerana dia mahu mengenalinya.

Ibunya, Rogayah Mokhtar, 50, berkata selepas Mohammad Kamal keluar bekerja di Ipoh lebih 15 tahun yang lepas, dia tidak pernah pulang atau menghubunginya.

Katanya semasa suaminya, yang bekerja dengan syarikat mengendalikan panggung wayang, keluar bekerja, mereka masih menetap di Kuala Lumpur.

“Hubungan kami sekeluarga tidak ada masalah, malah sangat baik,” kata Rogayah.

Katanya selepas menyedari suaminya tidak pulang ke Bernamarumah, dia cuba mencari suaminya di merata tempat tetapi usahanya tidak berhasil.

“Boleh dikatakan seluruh negeri di Malaysia saya pergi mencari suami tetapi semuanya sia-sia,” kata Rogayah.

Terbaru ialah sebelum Tahun Baru Cina baru-baru ini apabila beliau dan kakak iparnya, Rodziani Ismail, 55, pergi ke Melaka kerana mendapat tahu Mohammad Kamal menetap di sana.

Mereka mendapat maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara bahawa alamat terakhir Mohammad Kamal adalah di Bandar Hilir Melaka tetapi ketika berkunjung ke alamat yang diberikan, mereka mendapati rumah itu didiami oleh orang lain dan keluarga itu tidak mengenali Kamal. Beliau berharap jika ada sesiapa yang mengenali atau pernah terlihat Mohammad Kamal supaya menghubungi Rogayah menerusi telefon 019-3300681 atau Abdul Rahim (abang Mohammad Kamal) menerusi talian 013-4521403. — Bernama

Najib terharu sokongan padu peminat Facebook

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan terharu melihat sambutan orang ramai terhadap laman sosial Facebooknya yang setakat ini mencatat hampir 102,000 peminat atau pertambahan purata 1ebih 1,000 orang sehari.

Perdana Menteri berharap keadaan itu akan berterusan.

Sumber: http://www.kosmo.com.my (20-2-2010)

Rizab BNM RM322.1 bilion

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia turun sedikit kepada RM322.1 bilion (AS$96.9 bilion) pada 12 Februari daripada RM332.2 bilion (AS$97 bilion) pada 29 Januari.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$87.3 bilion), kedudukan Rizab IMF (AS$400 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.8 bilion).

Aset dan liabiliti Bank Negara berjumlah RM363.953 bilion.

Selain daripada rizab antarabangsa, aset-aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.683 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.544 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.454 bilion) dan aset-aset lain (RM7.177 bilion). - Bernama

Sumber Utusan Online: 20-2-10

19 February 2010

Adakah spam dalam Facebook dibenarkan?

Spam

Apa itu spam? Spam adalah cara yang kurang beretika untuk menghantar email promosi ke email pengguna tanpa diminta.
Dalam erti kata lain spam boleh diibaratkan untuk masuk ke rumah orang tanpa dijemput.Masalah ini sudah lama berlaku dalam internet sejak kaedah mel eletronik diguna pakai secara meluas.

Tidak dinafikan kebanyakan Internet Marketing (IM),blogger dan pelunsur internet ada menggunakan kaedah ini ketika berjinak-jinak dalam dunia tanpa sempadan ini. Pada mulanya mereka tidak sedar kaedah ini adalah tidak beretika.Lama kelamaan sejak pelbagai sistem aoturesponder diperkenalkan barulah spam boleh berkurangan.

Apa yang hendak saya perkatakan ialah spam sudah merebak dalam Facebook.Golongan yang ada ilmu cetek termasuk saya ada create group. Group ini dijemput untuk semua orang supaya join. Apabila sudah ada ahli yang join mereka akan mengiklan pelbagai promosi ke member-member group tersebut.

Terus terang saya katakan cara ini tidak salah kerana member yang join group sudah pasti dikawal oleh beberapa admin dan creator group tersebut.Kadang kadang tidak masuk akal juga kerana dalam sehari sampai berpuluh kali emel promosi dihantar.Bagaimanakah perasaan mereka yang mengetahui inbox mereka penuh dengan message setiap kali login Facebook.Tentu kecewa dan feed up. Cara untuk mengatasi masalah ini mudah sahaja.

Anda pergi ke bahagian sidebar(ruangan kiri atas untuk group tersebut). Cari leave group dan klik. Say good bye. Namun selepas itu ingat balik group apa yang anda tinggalkan itu. Apabila sudah ada jemputan kali kedua just ignore dan itu sahaja penyelesaian terbaik.

Singgah di perhentian ini. Jumpa lagi.

Ikhlas tapi jauh,

hanafi abdullah

jumpa anda dalam....

http://mypowerfulnetwork.blogspot.com

18 February 2010

Makna Disebalik Senyuman

Pelbagai takrifan dan maksud disebalik senyuman.Orang berniaga berkata senyuman itu membawa rezeki.Orang yang bercinta menyatakan senyuman itu mengambarkan mood bahagia.Orang yang jaga kaunter berpesan senyuman mereka untuk memudahkan urusan kerja.Sebaliknya orang yang tersenyum sorang-sorang adalah kategori angau atau gila bayang.Tetaapi bukan semua.Mungkin teringat perkara lucu,indah dan menawan suatu ketika dahulu.

Senyuman itu satu sedekah yang paling mudah.Bukan senyuman yang dibuat-buat.Bukan juga senyuman tersirat maksud disebaliknya.Ikhlasnya senyuman dapat terpancar melalui pandangan mata yang cukup membahagiakan.Maka senyuman begini layak untuk mendapat ganjaran pahala.Pasti orang yang menerima senyuman begini terasa bahagia sekali.Apatah lagi orang yang memberi senyuman merasakan getaran jiwa yang membahagiakan.Itu hebatnya senyuman anda yang ikhlas.

Bahasa komunikasi sejagat tanpa kamus adalah ukiran senyuman seseorang.Tidak kira siapa anda,warna kulit,agama,bangsa dan negara maka senyuman adalah komunikasi yang universal.Semua dapat memahami melainkan bukan makhluk bernama manusia.Cuma kadang kadang syaitan tersenyum dengan kita kerana tewas kepada godaan dan tipu dayanya.

Dalam masa yang kita tidak sedari ada juga senyuman menyindir.Orang yang suka menyindir melalui senyuman mempunyai hati yang kurang sihat.Perbetulkan hati baru dapat senyuman ikhlas.Untuk mendapat tahu orang yang menyindir kita dengan senyuman mudah sahaja.Cuba kita ceritakan kisah kita yang tidak mandi dua hari.Pakai selipar sebelah lain.Pakai baju terbalik.Salah masuk lorong atau sesat jalan.Andai kata mereka yang mendengar cerita kita ini tergelak besar dan senyuman memanjang.Adalah maknanya.Tugas kita maafkanlah mereka sebagai cara mengurangkan dosa tak sengnaja itu.

Senyuman memikat dan menggoda.Wah yang ini cukup sensitif.Berbahaya jika ada orang yang mempunyai senyuman menawan jiwa dan kalbu.Tidak kira status sama ada bujang atau dara,lelaki atau wanita.Muda remaja atau tua bangka.Kesan yang cukup hebat ini boleh menyebabkan jatuh cinta, gila bayang, cerai berai dan paling parah merana seumur hidup.Tidak dinafikan ramai mempunyai keistimewaan ini kerana paras rupa, penampilan,ketokohan dan secara semulajadi ada daya pemikat pada senyuman.Pada dasarnya kita boleh berlatih bagaimana untuk memberi senyuman jenis ini.Cuma dalam artikel ini belum lagi diterbitkan.Tunggu pada masa yang akan datang.

Pernah kita mendengar ada yang berkata tangisan dalam senyuman.Mengikut pengalaman perkara ini biasa berlaku kepada anak-anak kita yang berumur 5 tahun dan ke bawah.Dalam masa mereka bermain dengan adik beradik yang lain atau kawan-kawan sama baya bergaduh itu normal sehingga bertangisan.Tak lama selepas itu berbaik semula siap ketawa lagi.Sebenarnya ia bukanlah takrifan sebenar.Orang yang berada tangisan dalam senyuman ini ialah orang yang hidup susah tetapi tetap gagah menghadapi kesusahanya dengan tenang.Raut wajahnya biasa malah sentiasa tersenyum seolah-olah masalah itu satu jenaka baginya.Biar berat sekalipun tanggungan senyumannya adalah penawar.Pengubat hati ketika lara.Penawar jiwa ketika duka.Hebatnya erti senyuman kepada seseorang.

Cukup setakat ini dahulu maksud disebalik senyuman.Mudah-mudahan anda tidak memberi senyuman menyindir kepada saya atas olahan kata dan susunan tatabahasa yang kurang mengkagumkan.Seandainya ada juga saya maafkan kerana saya tahu siapa saya dengan ilmu sejemput dan pengalaman sekangkang kera.Kesian kera di hutan.Anak di rumah jangan lupa diberi susu.

Akhir kata jumpa lagi dan selamat membaca.

Ikhlas tapi jauh,

hanafi abdullah

17 February 2010

Top 15 Ways to Build Your Subscriber List

Email marketing can be profitable for any business, no matter what kind of product or service you offer. It is significantly cheaper than other advertising methods and, if done right, helps build loyalty and trust with customers. As a result, you generate more sales and more profits!

The foundation for successful email marketing is a targeted, permission-based email list. Marketers call contact lists their "goldmine" because it can generate much of their sales revenue. If you've built up a list of opt-in subscribers that are qualified and interested in what you have to offer, then you've completed the first step and are on your way. Now it's time to "mine" for gold!

Below you'll find several list-building and retention ideas that will help you get the best results from all your email marketing activities:

1.Provide useful, relevant content. Your visitors will not give you their email addresses just because they can subscribe to your newsletter free of charge. You have to provide unique and valuable information that will be of interest or use to them.

2.Add a subscription form to every page on your website. Make sure it stands out so it is easy to find. If it doesn't look cluttered, you may want to include more than one on some pages. For instance, if your opt-in form always appears in the top-left corner of your site, you may want to add one at the end of your most popular articles.

3.Add subscription forms to your social media pages. Make sure that you don't waste this valuable source of revenue opportunities. Integrate your sign-up forms with Facebook and more!

4.Make it easy for readers to sign up. The more information you request, the fewer people will opt-in. In most cases, a name and an email address should suffice. If it's not necessary, don't include it here. You can always survey them once they're customers! We do recommend that you provide a link to your Privacy Policy however.

5.Publish a Privacy Policy. Let your readers know that they can be confident you will not share their information with others. The easiest way to do this is to set up a Privacy Policy web page and provide the link to it below your opt-in form. (Note: If you don't have one, put the words "privacy policy generator" into a search engine and you should be able to find a suitable form to use.)

6.Provide samples of your newsletters and Ezines. This lets potential subscribers review your materials before they sign up to determine if it's something they'd be interested in.

7.Archive past newsletters and articles. An online library of past newsletters and articles is both appealing and useful to visitors and builds your credibility as an authority. In addition, if your articles are written with good SEO techniques in mind, they can increase traffic to your website through enhanced search engine positioning.

8.Give gifts subscribers can actually use. Offer an opt-in bonus for joining your subscriber list! Write an ebook or provide a PDF business report, or even hire a programmer to create downloadable or web-based software. But don't limit yourself to offering gifts to opt-ins. Give them out when your readers fill out a survey, provide a testimonial, success story, or a great product idea. Let them know when they can expect the next gift offer. Everyone likes to get something for free! And if you pass out "goodies" throughout the year, your subscribers will feel truly appreciated − and that's good for business!

9.Ask your subscribers to pass it on. Word of mouth is a powerful viral technique that works great with email marketing. If your subscribers find your content interesting, amusing or informative, they'll probably share it with their friends. This can be a great source of new customers, so make sure to remind them to "pass it on".

10.Let others reprint your newsletter as long as the content is not modified. If you're happy to share your content with the universe, then why not! Many webmasters and newsletter publishers are actively looking for high-quality content and, if they reprint your newsletter, you'll get new subscribers, and more traffic and links pointing to your site.

11.Include a "Sign Up" button in your newsletter. If you're using plain text instead of HTML, be sure to provide a text link to your subscription page. You may feel that this is not required because the subscriber is already on your list, but remember that readers will forward your newsletters to others, or reprint them online. Make it easy for them to subscribe!

12.Add a squeeze page. A squeeze page has one goal − to acquire opt-ins and build your list. Think of it as a mini-sales letter to go along with your subscription or opt-in gift. It should feature a strong headline and a couple of powerful benefits that should make subscribers salivate to sign up! Once created, use a service such as WordTracker to find hundreds of targeted keywords, and promote your offer using pay-per-click advertising from Google, MSN and Yahoo. Now that should make a splash!

13.Include testimonials on your squeeze page. This is crucial. Put one or two strong testimonials from satisfied customers on your squeeze page. This can be in any format, but you may find that multimedia (audio or video) is more "believable" and inspires more people to action. To further enhance believability, get permission to use actual customer names, locations and/or urls (Don't use "Bob K, FL"). Add a note inviting others to participate. After all, it's free publicity!

14.Blog religiously. Blogging is a great way to communicate with prospects and potential customers, and creates a nice synergy with your email marketing. Be sure to include your newsletter sign-up form on each page of your blog. You can start a free blog at Blogger or WordPress.

15.Post on other blogs. Post thoughtful comments and information on similar blogs with a link to your squeeze or opt-in pages. Also comment on others' blogs through trackbacks. In most cases, your comments will be posted on their blogs with a link back to your site. This is an easy way to generate new traffic and subscribers, and get your brand out there!

16 February 2010

Lagenda Seekor Helang

Burung helang merupakan burung yang popular dan glamer.Bagi mereka yang tinggal di Langkawi sudah sinonim dengan burung helang.

Tapi saya bukan seorang ahli kaji selidik binatang ini untuk menceritakan dari A sampai Z ciri-ciri unik binatang ini.Apa yang hendak saya utarakan ialah sifat helang yang agak luar biasa berbanding binatang lain.

Keunikan helang yang cukup ketara dengan kebebasan,kekuatan di udara,ketajaman mata,kuku, paruh dan sebagainya kecuali fikirannya tidak sehebat manusia.Walau apa keadaan sekalipun manusia adalah ciptaan Tuhan yang terbaik berbanding makhluk lain.

Tahukah kita semua bahawa seekor helang dapat hidup sehingga 70 tahun.Purata hidup mereka lebih kurang sama saja dengan umur kita nie...Apa yang menarik dan menakjubkan ialah ketika helang ini berumur 40 tahun mereka akan 'bertapa' ke dalam gua dikawasan pergunungan.

Pada waktu inilah helang yang sudah 'begin 40' dapat ilham dari Tuhan supaya memilih antara dua. Mahu berubah atau mahu mati?. Kalau tak mahu berubah bersedia sahaja untuk mati di gua itu.

Helang yang mahu hidup membuat keputusan untuk berubah.Dia mahu hidup 30 tahun lagi.Hidup dalam 40 tahun macam tak cukup je.Namun keputusan untuk menyambung hidup 30 tahun lagi bukan sesuatu mudah.Perlu pengorbanan yang sangat memeritkan.

Helang yang berumur 40 tahun sudah tumpul kukunya.Cengkaman tidak kuat lagi.Jadi helang ini terpaksa mencakar dinding gua sampai kuku yang tumpul tadi patah dan akhirnya tercabut.Dia akan membuat latihan ini setiap hari sehinggalah kuku yang baru tumbuh.Dalam proses ini helang tadi terpaksa menahan sakit dan sengsara semata-mata untuk hidup 30 tahun lagi.Mereka mana ada ubat bius seperti gambir Sarawak...(promosi walaupun tak jual)

Paruh helang ini suatu ketika dahulu tajam dan berlekuk tetapi kini sudah tumpul.Sekali lagi helang memaksa diri mematuk dinding gua sehingga paruh patah dan menunggu tumbuh baru.Waktu ini mereka tidak perduli sama ada sakit,berdarah atau luka.Apa yang penting terus berusaha untuk hidup 30 tahun lagi. Ada target dan sasaran.

Bulu helang pula ketika berumur 40 tahun sudah gugur dan tidak berkilat lagi.Pada masa inilah helang tadi akan mencabut satu persatu bulunya sendiri supaya tumbuh baru.Bayangkan kesakitan yang dialami ini berterusan setiap hari sehingga mereka memperolehi bulu yang baru dan cantik.Kalau kita cabut bulu hidung atau bulu ketiak ada yang meleleh air mata.Tetapi helang ini terpaksa lalui semua penderitaan tersebut untuk hidup 30 tahun lagi.Tabik spring dengan helang nie..

Apabila semua proses demi proses berjaya dilalui akhirnya helang ini keluar dari gua untuk menikmati kehidupan baru.Bayangkan tuan-tuan mereka melalui kepayahan dan penderitaan ini semata-mata baki usia 30 tahun lagi.

Saya tidak mahu buat ulasan pada artikel ini.Cukuplah kepada mereka yang prihatin untuk memberi komen pada bahagian ulasan dibawah.

Namun moral cerita ini ialah untuk merasai dan menikmati kejayaan kita ada dua pilihan.Mahu berubah atau tidak.Keputusan ditangan sendiri.

Sekian.Jumpa lagi di lain artikel.

Hanafi abdullah


Senario menyayat hati di pagi hari

Salam penuh ceria,

Ini berdasarkan kisah benar.Sewaktu saya turun ke bandar baru-baru ini saya ternampak satu senario yang agak menyedihkan.Bukan accident atau rompakan tetapi sekelumit kisah benar kehidupan.

Dalam keadaan langit agak mendung saya ternampak 2 kelibat insan berjalan-jalan dari rumah ke rumah untuk menjual sayur.Apa yang agak menyayat hati ialah si ibu tengah mengendong bayi yang masih kecil manakala seorang budak perempuan menbawa bakul sayur untuk dijual.Sekali pandang sahaja pasti hati anda tersentuh.Mana tidak dalam situasi sedemikan rupa ada insan yang begitu sukar untuk mencari rezeki.

Mereka berhempas pulas tenaga dan mengadaikan keselesaan duduk di rumah untuk mencari sesuap nasi.Langsung tidak menghiraukan soal kesihatan kepada bayi yang masih kecil kerana ketika itu hujan seakan akan mahu turun.

Apakah kegentiran hidup mereka bisa menjadikan kita lebih bersyukur.

Dengan apa yang anda miliki sekarang ini.Percayalah kemiskinan dapat diwarisi jika tidak ada urusan pencegahan.

Mulai hari ini kita kaji balik apakah kita berpuas hati dengan kehidupan sekarang jika ibubapa dikampung hidup sengsara tidak terbela.Anak-anak yang ramai tidak mendapat pendidikan mencukupi.Saudara mara yang masih merempat menagih kasihan orang ramai.Jiran sebelah rumah sentiasa kesusahan kerana tiada cukup belanja.Rakan dan kenalan yang bingung kerana ingin membayar hutang yang tertunggak.

Seandainya anda ada kekuatan ekonomi marilah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sehingga berjumpa lagi.Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan ringan tulang membantu orang lain.

Ikhlas,

Hanafi abdullah

www.mypowerfulnetwork.com

15 February 2010

Ala-ala kedai runcit online

1.Pelbagaikan produk

Lain-lain orang lain pula keperluan.Tidak semua orang mahu beli beras atau gula dalam masa yang sama.Sama juga dalam internet tidak semua yang mahu beli website reseller yang kita promosikan.Ada ramai yang mahu membuat perbandingan kerana zaman sekarang pengguna sangat bijak.Kuasa memilih ditangan mereka.Jadi kalau nak berniaga online ambil konsep kedai runcit. Jual dalam pelbagai pilihan dan paling bagus mereka dapat membuat pilihan terbaik sesuai dengan kemampuan dan citarasa sendiri.

2.Mudah dikunjungi

Kalau kedai runcit dihujung kampung berapa ramai yang boleh pergi.Cuba bandingkan lokasi kedai runcit ditengah kampung.Mesti ramai sebab kampung hulu senang pergi sama juga dengan kampung hilir.Kedai online yang senang dikunjungi ialah link yang dapat diakses bila bila masa tanpa melalui yahoo atau google setiap masa (bahagian search).Memudahkan pengunjung adalah strategi yang paling berkesan selepas promosi yang hebat hebat tu.

3.Barang yang tersusun rapi dan kemas.

Mana mana kedai yang berselerak susunan barang menyebabkan pelanggan bisa muak dan
akhirnya lari (jalan pun boleh) ke kedai berhampiran.Barang yang selalu mendapat permintaan tinggi wajib letak dekat luar.Contoh gula dan minyak masak.Kalau ubat lipas atau ubat nyamuk harus letak dekat belakang sekali. Sebabnya kasi halau lipas kat bahagian belakang kedai.Dalam konsep online pula produk digital yang menjadi kegilaan utama perlu tonjolkan berbanding produk yang kurang permintaan. Takut nanti pengunjung rasa buang masa lalu dia klik pada bahagian 'X'. Habis cerita. Promosi sia-sia. Produk anda langsung orang tak tau..

4.Kedai selalu buka

Konsep berniaga cara lama tetapi masih valid ke hari ini ialah lagi lama buka lagi untung.Orang yang berbeli barang tidak kira masa.Itu masa dia.Dia punya sukalah.Jadi tauke kedai mesti memastikan ada orang jaga itu kedai.Tugas mulia biasanya diserahkan kepada staf kedai.Mau juga bahasa kasar takut ada yang kecil hati. Kepada orang yang berniaga online tu pastikan anda sentiasa buka emel paling kurang 3 kali sehari.Mana tahu ada emel mahu pertanyaan,follow up dan sebagainya.Kecepatan anda bertindak meningkatkan lagi tahap keyakinan pembeli.Alternatifnya gunakanlah sms.Feeback cepat sampai.

5.Jual barang ada berkaitan antara satu sama lain.

Kedai runcit yang tersohor ialah mempelbagaikan perniagaan dan produk dalam masa yang sama tetapi ada berkaitan.Namun kalau ada perbezaan pun taklah jauh sangat.Ambil contoh mudah.Jika tauke jual tilam sama dengan selimut, cadar,baju tidur,lampu tidur dan jam loceng ada tak berkaitan tak?.Cuba tauke jual rempah ratus sama dengan minyak wangi atau cat ada bezakah?Conform ada berbeza dan pelik.Demikian juga berniaga online.Promosi untuk produk kesihatan tapi dalam masa yang promosi rokok,arak dan mercun.Contoh saja.Kalau ikut logik mana boleh bah..

ikhlas tapi jauh,

hanafi abdullah

www.mypowerfulnetwork.com

14 February 2010

Kisah Internet Dummies Buat Blog

Istilah dummies biasa merujuk kepada barang tidak bernilai,sampel atau kurang berguna.Namun dalam istilah internet dummies merujuk kepada orang buta internet.

Saya tidak bermaksud untuk mempersendakan golongan ini kerana saya sendiri memang termasukpun dalam kelab ini.Tapi ramai antara kita baru sedar setelah fenomena Facebook melanda dunia.Gelombang Facebook tidaklah seteruk tsunami tetapi kesan kepada psikologi kita cukup hebat.Semua mahu facebook tidak kira golongan mana.

Mungkin ada yang tak setuju namun percayalah mereka ini yang dulunya dummies mula membuka mata seluas-luasnya.Kini sudah melihat internet adalah satu lautan kekayaan yang sangat luas untuk diterokai.

Pada masa inilah dummies seperti saya dah mula belajar nak buat emel,blog,laman web dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya.Baru nak cuba berforum,chatting,berblogging dan spamming (biasa tu untuk orang fresh)

Berbalik kepada kisah orang buat blog tadi, dummies inilah yang terkial-kial nak setting blog supaya cantik.Copy sana dan paste sini tak juga jadi.Masa pasti terbuang dalam beberapa jam sehari.Cuma buang masa ada hikmahnya iaitu mengaplikasi konsep try and error.

Dalam bidang berblog ini guru terbaik ialah pengalaman sendiri. Kalau berguru dengan sifu tu lagilah bagus. Lebih cepat dan lebih mahir.Apa pun terpulang kepada individu itu sendiri.Bagi yang sanggup untuk mengeluarkan modal besar manfaatnya.Ada juga yang tak mampu untuk mengeluarkan modal duit tapi mesti mampu modal masa.

Kini emel dan laman blog atau Youtube banyak sekali berkongsi ilmu untuk kita.Kalau cakap percuma tidak dapat juga kerana line internet mesti bayar kecuali yang dapat wifi percuma dari rumah jiran. Kira untung tu..

Faktor utama dummies ini minat dengan dunia internet ialah duit. Sapa cakap duit orang tak minat.Orang kaya mana yang tidak minat dengan duit.Apatah lagi orang miskin yang sangat memerlukan duit.Orang gila lainlah kawan(out category).Kalau tak kerana duit mengapa kita sangat teruja untuk mengikuti pelbagai perniagaan yang berbentuk webseller,ebook,sms pakai online,klik sana sini pun ada. Hebat sungguh internet ini mencorakkan pemikiran orang supaya mendapatkan duit.

Namun begitu ada laman web yang menganjurkan secara percuma perkhidmatan mereka tetapi minta derma.Yang ini pasti untung kerana kalau ada 1 juta yang derma 1 Dollar membawa maksud sudah 1 juta dollar juga masuk kantung pihak admin.Bulan depan minta derma lagi mungkin lebih banyak kerana pengguna internet tidak pernah berkurang.

Saya tak berani cakap terus terang nama web yang menggunakan sistem ini takut promosi percuma pulak.Kalau diaorang bayar kira rezeki lah tu..Apapun saya berpuas hati juga dengan perkhidmatan percuma ini. Dalam mereka menyediakan percuma kita pula bermati-mati kaut duit banyak-banyak.


Ikhlas tapi jauh,

Hanafi Abdullah

www.mypowerfulnetwork.com

Pengakuan berani seorang 'newbie'

Bagi sesiapa sahaja yang baru mengenal dunia internet perkataan newbie mungkin agak asing.Tetapi bagi mereka yang sudah lama bercimpung mungkin dah terbiasa dan boleh faham maksudnya.

Menurut kamus Minda ini newbie merujuk kepada usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia internet.Pendek kata orang yang masih bertatih untuk berniaga secara online.

Bila sebut berniaga ramai yang tertanya-tanya apa barang yang sesuai diniagakan.Jadi saya sarankan jual ebook dan website macam saya. Tidak perlu ada produk sendiri. Jadi agen produk digital ini biasanya percuma. Namun jika dapat menjual adalah komisyen dan bayaran bank in ke akaun sendiri.

Saya berminat dengan dunia perniagaan internet sejak mengetahui Irfan Khairi menjadi Jutawan Internet beberapa tahun dahulu. Pada waktu itu saya cuma memasang impian seperti beliau. Masalahnya saya tak ambil apa-apa tindakan.Just to know.Tidak juga belajar secara serius dalam bidang ini. Nak setup email yang mudah pun terkial-kial.Apatah lagi nak setup website yang canggih dan anggun .

Masa terus berlalu.Kekayaan terus diraih oleh mereka yang bergiat cergas dalam internet. Mereka ini silent killer menjana kewangan. Kita tidak menyedari mereka mempunyai income puluhan ribu ringgit setiap bulan waima mereka masih bekerja seperti biasa.Kita cuma perasan bila mereka ini menunjukkan bukti melalui akauan bank online yang mereka yang dah di'copy paste'kan.Itulah kuasa internet. Anda boleh bermula dengan 'zero become hero'.

Pada waktu ini saya dan juga mungkin anda akan terfikir betulkah apa yang mereka buat.Ah..ah...gimik sahaja dan mereka itu memang nak tunjuk-tunjuk. Hakikatnya mereka berada di pihak yang benar walaupun ada segelintir sahaja di pihak yang salah.

Saranan terbaik saya untuk newbie seperti saya ialah pilih program yang termurah atau yang percuma untuk dijadikan permulaan.Bermula biarlah dari kecil. Jangan terlalu tamak takut banyak rugi..ooo. Banyakkan membaca email dan telusuri blog-blog yang sihat. Input positif pasti juga output positif.

Dalam pada itu jangan terlalu takut mencuba sesuatu yang baru. Ini kerana setiap percubaan yang anda buat adalah ilmu dan 'guru' terbaik dalam hidup ini. 'No action is no power'.Kata orang setiap kegagalan yang kita buat ada hikmahnya. Memang benar saya sendiri ada mengalaminya.

Saya berani mencuba sesuatu yang baru.Tiap kali percubaan yang saya buat saya dapat ilmu dan pengalaman sangat berharga.Kadang-kadang terfikir juga bahawa jumlah duit yang saya keluarkan itu tidak ternilai dengan ilmu yang saya dapat.Bukan mahu riak pasal ilmu.Cuba anda fikir berapa banyak wang ibubapa dan kerajaan yang telah dibelanjakan dari hari pertama kita sekolah sehinggalah hari terakhir kita melangkah keluar dari universiti.Itupun bagi yang sempat ke universiti. Macam saya habis kat sekolah aje.Nasib baik juga tinggal di kawasan elit ilmu.Ada 3 buah institusi ilmuan di tempat perumahan saya.Hebat bunyinya.Tentu jumlah sampai ratusan ribu ringgit. Apabila habis sahaja pengajian memang mahu cari kerja untuk dapatkan duit bagi menampung hidup dan bayar hutang piutang.

Apa kata pada hari ini kita tukar cara kita berfikir.Tak perlu tunggu habis sekolah atau pengajian.Kita cari duit dari sumber internet. Kita mulakan dengan yang paling mudah dan murah.Ikut kemampuan bajet dan masa yang ada. Sekiranya kita bermula awal maka hasil dapat dituai awal juga.Niatkan dalam hati anda belajar sambil bekerja.(on job trainning).
Andaikata selepas ini anda masih jua mahu bekerja kerana kerja penting.Kalau tak siapa yang nak lancarkan pentadbiran negara,licinkan urusan syarikat dan sebagainya.Cuma kita sangat bijak kerana ada side income untuk menampung kos hidup dan inflasi yang pastinya akan naik.

Sehingga kita bertemu lagi.Apa yang saya kongsikan berdasarkan ilmu yang sedikit ini.Mana mana yang silap itu saya minta maaf ye!

Ikhlas,

Hanafi Abdullah

http://www.mypowerfulnetwork.com

p/s sekira ingin mendapat info percuma dan ebook rahsia bebas hutang dari team newbie sila isi nama dan email yang aktif.