23 February 2010

Cabaran pun bermula !


Setelah menghitung hari dan detik rupa-rupanya saya banyak menghabis masa bersama komputer,internet dan buku.Dalam bahasa mudahnya sudah dua bulan dan lebih...

Ya dua bulan saya betul-betul memberi fokus kepada ilmu internet.Klik sana klik sini.Baca email entah dah beratus kali agaknya.Add rakan-rakan dalam Facebook sehingga kini mencecah 3 ribu orang(termasuk yang tidak aktif).

Sehingga kini ada orang sudah risau kepada saya kerana hidup bertemankan internet dan komputer.Jika dahulu saya bersukan dalam badminton.Sekarang saya dah tinggalkan sejak beberapa bulan.

Soalan bonus yang hari-hari saya dengar ialah bila saya mendapat duit dari internet?Rasa fobia bila buka cerita buat duit dari internet.Ingat internet cop duitkah sehingga boleh dapat begitu mudah.Mereka yang telah menemui cara mudah itu telah melalui kaedah yang susah dahulu.Kajian berdasarkan pengalaman.

Dalam dunia ini mana ada dapat duit cara mudah. Semua bergantung kepada rezeki Yang Maha Esa.Usaha sekuat mana pun jika belum rezeki pasti belum ada hasil.

Mereka yang sudah berjaya dalam internet atau bukan (offline) telah melalui pahit manis,tersungkur,tumbang dan malah ada yang ingin berputus asa.Namun mereka ini tahan lasak dan mempunyai kesabaran di tahap luar biasa.

Maka cabaran pun bermula bukan kerana orang lain tetapi cabaran diri sendiri supaya terus berusaha dan berusaha tanpa henti.

Ilmu penting sekali walau apa bidang sekalipun.Dunia perlu ilmu. Akhirat apatah lagi.Dua-dua lagi bagus kerana menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sehingga di sini dahulu.Cabaran baru bermula dan pastinya akan terus berjalan mengira tanpa masa dan ketika.

No comments:

Post a Comment