16 February 2010

Lagenda Seekor Helang

Burung helang merupakan burung yang popular dan glamer.Bagi mereka yang tinggal di Langkawi sudah sinonim dengan burung helang.

Tapi saya bukan seorang ahli kaji selidik binatang ini untuk menceritakan dari A sampai Z ciri-ciri unik binatang ini.Apa yang hendak saya utarakan ialah sifat helang yang agak luar biasa berbanding binatang lain.

Keunikan helang yang cukup ketara dengan kebebasan,kekuatan di udara,ketajaman mata,kuku, paruh dan sebagainya kecuali fikirannya tidak sehebat manusia.Walau apa keadaan sekalipun manusia adalah ciptaan Tuhan yang terbaik berbanding makhluk lain.

Tahukah kita semua bahawa seekor helang dapat hidup sehingga 70 tahun.Purata hidup mereka lebih kurang sama saja dengan umur kita nie...Apa yang menarik dan menakjubkan ialah ketika helang ini berumur 40 tahun mereka akan 'bertapa' ke dalam gua dikawasan pergunungan.

Pada waktu inilah helang yang sudah 'begin 40' dapat ilham dari Tuhan supaya memilih antara dua. Mahu berubah atau mahu mati?. Kalau tak mahu berubah bersedia sahaja untuk mati di gua itu.

Helang yang mahu hidup membuat keputusan untuk berubah.Dia mahu hidup 30 tahun lagi.Hidup dalam 40 tahun macam tak cukup je.Namun keputusan untuk menyambung hidup 30 tahun lagi bukan sesuatu mudah.Perlu pengorbanan yang sangat memeritkan.

Helang yang berumur 40 tahun sudah tumpul kukunya.Cengkaman tidak kuat lagi.Jadi helang ini terpaksa mencakar dinding gua sampai kuku yang tumpul tadi patah dan akhirnya tercabut.Dia akan membuat latihan ini setiap hari sehinggalah kuku yang baru tumbuh.Dalam proses ini helang tadi terpaksa menahan sakit dan sengsara semata-mata untuk hidup 30 tahun lagi.Mereka mana ada ubat bius seperti gambir Sarawak...(promosi walaupun tak jual)

Paruh helang ini suatu ketika dahulu tajam dan berlekuk tetapi kini sudah tumpul.Sekali lagi helang memaksa diri mematuk dinding gua sehingga paruh patah dan menunggu tumbuh baru.Waktu ini mereka tidak perduli sama ada sakit,berdarah atau luka.Apa yang penting terus berusaha untuk hidup 30 tahun lagi. Ada target dan sasaran.

Bulu helang pula ketika berumur 40 tahun sudah gugur dan tidak berkilat lagi.Pada masa inilah helang tadi akan mencabut satu persatu bulunya sendiri supaya tumbuh baru.Bayangkan kesakitan yang dialami ini berterusan setiap hari sehingga mereka memperolehi bulu yang baru dan cantik.Kalau kita cabut bulu hidung atau bulu ketiak ada yang meleleh air mata.Tetapi helang ini terpaksa lalui semua penderitaan tersebut untuk hidup 30 tahun lagi.Tabik spring dengan helang nie..

Apabila semua proses demi proses berjaya dilalui akhirnya helang ini keluar dari gua untuk menikmati kehidupan baru.Bayangkan tuan-tuan mereka melalui kepayahan dan penderitaan ini semata-mata baki usia 30 tahun lagi.

Saya tidak mahu buat ulasan pada artikel ini.Cukuplah kepada mereka yang prihatin untuk memberi komen pada bahagian ulasan dibawah.

Namun moral cerita ini ialah untuk merasai dan menikmati kejayaan kita ada dua pilihan.Mahu berubah atau tidak.Keputusan ditangan sendiri.

Sekian.Jumpa lagi di lain artikel.

Hanafi abdullah


1 comment:

  1. Anonymous17/2/10

    Sebenarnya teknik penceritaan lebih hidup jika dilakukan secara live.Fikirkan dan semoga terus ceria.

    ReplyDelete