14 February 2010

Pengalaman adalah guru terbaik kita

Pengalaman adalah guru terbaik kita. Ramai yang bersetuju dengan pendapatan ini.Ada juga yang meragui kenyataan ini. Apapun sejak kita dalam kandungan ibu lagi kita mula belajar sesuatu. Proses ini tidak pernah berhenti baik secara formal atau tidak.

Pelajaran pertama yang biasa kita ingat dari kecil ialah menyebut nama untuk ibu kita.Terpulanglah sama ada mama,mummy,emak atau ummi. Pastinya kita merujuk kepada orang yang paling rapat dengan kita.

Meningkat sahaja umur ke satu tahun pengalaman belajar sebelum ini dihimpun lagi untuk pembelajaran yang sangat mencabar. Nak tahu apa dia.Belajar berdiri dan berjalan.Mungkin ada yang lebih awal.Anak saya dalam 8 bulan ke 10 bulan dah boleh berjalan.

Sebelum anak-anak/adik-adik kita ini boleh duduk,berdiri,berjalan dan seterusnya berlari mereka melalui tahap kesukaran yang amat sangat. Jatuh tergolek,terhantuk dekat dinding atau kerusi meja.Sedarkah kita mereka tidak pernah mengalah dan terus mencuba sampai dapat.Proses ini adalah semulajadi tanpa dibatasi bangsa atau agama.Tak caya buatlah kajian ke seluruh pelusuk dunia.

Apa yang mendorong dan memotivasi mereka untuk terus mencuba ialah minda dan fikiran masih bersih,suci dan tanpa was-was.Mereka diilhamkan untuk cekal kerana ia adalah pelajaran kehidupan.Proses belajar adalah intipati kepada perjalanan untuk meraih kejayaan.Adalah amat salah untuk menyangka kejayaan adalah noktah kehidupan.Sama juga kegagalan bukan pengakhiran kepada kehidupan.Marilah belajar dari kehidupan alam ini.

Kepada kawan-kawan yang struggle untuk berjaya baik di sekolah,tempat kerja dan sebagainya kepahitan pasti bertukar kepada kemanisan.Kegagalan demi kegagalan itu pasti berubah kepada kejayaan gilang gemilang.Putus cinta atau terlerai kasih adalah pemangkin untuk menemui sesuatu yang lebih baik,power dan mengancam.(nie istilah yang biasa pakai zaman pidato sekolah dulu..he.he..)

Sekali lagi saya menyarankan kawan-kawan cuba hayati dan selami pengalaman kita ini sejak kita belum lahir lagi..Sewaktu gitu-gitu lagi kita adalah juara. Great person berbanding 'adik beradik' kita yang telah lemas dan mati dalam perjalanan. Faham-faham aje.Tapi ingat ini adalah pelajaran motivasi bukannya biologi.

Sekian. Terima kasih.

Ikhlas,

Hanafi abdullah

http://jariahonline.ws/info.html















Tolong Isi nama dan alamat email dibawah ini...








1 comment:

  1. salam ukhwah,
    nice post..
    experience is a true techer..
    adiooss...~!

    ReplyDelete