20 February 2010

Rizab BNM RM322.1 bilion

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia turun sedikit kepada RM322.1 bilion (AS$96.9 bilion) pada 12 Februari daripada RM332.2 bilion (AS$97 bilion) pada 29 Januari.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$87.3 bilion), kedudukan Rizab IMF (AS$400 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.8 bilion).

Aset dan liabiliti Bank Negara berjumlah RM363.953 bilion.

Selain daripada rizab antarabangsa, aset-aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.683 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.544 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.454 bilion) dan aset-aset lain (RM7.177 bilion). - Bernama

Sumber Utusan Online: 20-2-10

1 comment:

  1. Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang artikel berkaitan duit negara.Jumlah duit ini cukup banyak dan mengambarkan kekuatan ekonomi negara dewasa ini.

    ReplyDelete