28 March 2011

Sekarang baru tau!

Selamat bertemu kembali..

Diam diam ubi berisi.Diam besi berkarat.

Tapi kali ini saya nak bagi tau pengalaman sebenar belajar secara senyap-senyap.

Apa taknya belajar secara online produk dEz English.

Bagus betul.Sangat teruja dibuatnya.Ada sebutan secara betul.

Paling eloknya dapat diulang ulang sampai muak dibuatnya.

Jadi cuba jangan tak cuba....

22 March 2011

10 Fakta Tentang Otak Manusia


1.Otak ada 100 billion sel gentian neutron.Macam tak percaya pulak..

2.Berat otak manusia dewasa dianggarkan 1.36kg.Ada juga sumber menyatakan dalam 1.5kg

3.Otak manusia dapat membezakan 10,000 jenis bauan.Termasuk bau yang enak atau tidak.

4.Bunyi kucing berdengkur boleh menyebabkan manusia rasa relaks kerana rentaknya sama dengan gelombang alfa dalam otak manusia.

5.Vitamin B dan B1 sangat perlu untuk mengekalkan kecekapan otak bekerja.

6.Kebanyakan manusia dapat mengetahui 20,000 hingga 100,000 patah perkataan.Kamus standard cuma 70,000 perkataan.

7.Tenaga yang digunakan untuk otak ialah glukos.Ada orang pernah berkata kurang gula memyebabkan gila.

8.Manusia dewasa perlu tidur 7-8 jam sehari.Kalau tak tidur 3 hari 3 malam berturut-turut menyebabkan lupa nama sendiri.Tak caya jangan cuba.

9.Otak manusia boleh merosot 10 % sepanjang hidupnya.Jika tidak dijaga dengan sempurna kadar kemerosotan lebih tinggi.

10.Ahli psikologi dan ahli sainsneuro menyatakan manunsia cuma guna 8 % potensi otaknya.Jika guna lebih cuba bayangkan sendiri.


Fakta ini diceduk dari buku Mengoptimimumkan Potensi Minda Ke Arah Melahirkan K Pekerja tulisan Hj Mohammad B Hj Ikhsan

18 March 2011

Ulasan produk dEz English



Produk

Adalah dikhabarkan produk ini adalah pertama di Malaysia kerana bersifat online.Sebelum ini memang ada produk belajar bahasa Inggeris cuma ia dalam bentuk buku dan kaset.Ada juga dalam bentuk VCD cuma tidak selengkap dEz English.Mana taknya ada 16 modul kursus.Setiap modul terdapat beratus - ratus topik yang menarik dan bermanfaat.Sangat menarik kerana digabung dengan bunyi,ilustrasi dan makna dalam bahasa Melayu.

Harga

Taklah mahal sangat kalau 1 set cuma RM622.00 dan jangka hayat aktif dalam 1 tahun.Anda perlu bandingkan harga ini dengan mengikuti kelas atau tuisyen.Ternyata lebih jimat kerana tidak perlu tambang bas atau duit minyak untuk ke kelas.Pastikan juga pelaburan dalam bidang ilmu adalah berbaloi kerana dapat meningkatkan kemahiran anda berbahasa antarabangsa.

Tempat

Mudah untuk didapati sekiranya anda di Kuching.Pergi sahaja ke Medan Pelita jalan wayang dan ke kios warna oren.Sebolehnya buat temujanji kerana kiosk ini boleh beroperasi tanpa manusia.Sekiranya anda diluar Kuching urusan penghantaran menggunakan mel.Cas adalah percuma kerana tak berat sangat.

Promosi

Topik ini memang hangat sedikit.Promosi dEz English selalu berlegar dalam FB.Malahan dalam surat khabar temmpatan juga ada ditempah khas untuk penyiaran iklan...Bahkan dalam masa terdekat ini pembelian boleh menggunakan installment 2 bulan,3 bulan dan 6 bulan.Cuma kadang kadang tertakluk kepada Term dan condition.

17 March 2011

Sambungan kisah belajar bahasa Inggeris

Salam sejahtera untuk pembaca semua,

Zaman bekerja memang banyak cabarannya.Ketika saya menulis laporan dalam bahasa Inggeris ramai rakan sekerja mula memandang sinis.

Mana taknya ramai sangat takut untuk berbahasa Inggeris lebih lebih lagi untuk menulis dengan cara yang betul.

Apa yang pasti itu cuma psikologi kerana ada seorang kawan saya pernah berkata bahawa kita tidak perlu malu jika salah sebutan bahasa inggeris.Bahkan lebih malu lagi jika tersalah sebutan dalam bahasa Melayu.

Cukup setakat ini dahulu..jumpa lagi.

p/s : jika mau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sila klik pada DEz English.

15 March 2011

Pengalaman Awal Berbahasa Inggeris


Sekitar tahun 1988 saya merupakan seorang pelajar tahun 6.Kalau tak silap cuti penggal persekolahan.Masa tersebut berada di kampung sepupu yang agak jauh di pendalaman.

Ada seorang budak kampung berkenaan ingin berkenalan. Ketika itu saya memulakan komunikasi bahasa inggeris yang agak pelat dan kelakar.Seingat saya mereka dalam 2 atau 3 orang.Waktu senja dan pastinya muka kami tidak kelihatan dengan jelas.Suasana kampung .Lampu neon yang bergemerlapan seperti di bandar hari ini umpama jauh panggang dari api.

Dengan penuh yakin saya menyebut 'my name is .......(nama glamer kampung) and how are you ? 'Habis sahaja saya bercakap, mereka ketawa berderai-derai bagaikan nak pecah perut.Lantas seorang dari mereka dengan sinis menyatakan 'wow speaking English'..lawa ( sombong) sungguh.Kesannya saya merasakan muka saya terasa 'merah dan padam'.

Akibat peristiwa ini semangat saya untuk berbahasa Inggeris semakin luntur dan tidak bermaya.Masuk sahaja ke sekolah menengah pencapaian saya dalam bahasa Inggeris timbul dan tenggelam.Bahasa mudahnya ada lulus dan selebihnya gagallah jawapnya.He..he..he.

Setelah sedekad berlalu dan menjejaki alam pekerjaan kemampuan berbahasa omputih saya masih ditakuk lama.Peningkatan tidak begitu ketara sehinggalah pada hari saya bekerja di sebuah syarikat pemprosesan cokelat.Macam kebetulan pulak saya dilantik menjadi Juruteknik Pemprosesan.Syarikat ini secara teorinya mengutamakan bahasa Inggeris namun praktikalnya seratus peratus bahasa Melayu.Sebab utama golongan majoriti pekerja adalah orang Bumiputera.Cuma tauke besar sahaja bukan bumiputera.

Hampir seminggu bekerja saya sudah diajar selok belok tugas dan hal berkaitan syarikat.Ketika tugas menulis laporan dalam buku kerja sekali lagi saya mencipta kelainan.Apa tidaknya sebelum ini laporan ditulis dalam bahasa Melayu.

Nantikan kisah selanjutnya dalam update blog yang akan datang...

Selamat membaca.

14 March 2011

Cuti Sekolah


Salam sejahtera,

Ramai yang cukup sibuk waktu ini terutama suri-suri rumahtangga.Mana taknya anak-anak yang bersekolah sudah berada dirumah.Musim cuti sekolah mereka pasti berada di rumah sama ada menonton tv atau melayari internet maupun bermain game online.

Apakata kesempatan ini mereka didedahkan untuk belajar bahasa Inggeris secara online.DEz English ada menawarkan kursus bahasa Inggeris yang cukup mudah dan senang.

Apa yang menariknya lagi setiap kursus yang dipelajari ada ujian yang dikawalselia oleh Open University Malaysia.Lulus sahaja dapat sijil.

Namun perkara ini bukanlah tarikan utama.Apa yang terpenting sekali ialah corak pembelajaran.Sangat interaktif dengan kartun yang ada suara beserta terjemahan sekali.

Dapat temujanji untuk DEMO percuma dan pasti anda berpuas hati meskipun belum bersedia untuk membeli dalam masa terdekat.

ps : http://zaihandez.blogspot.com

11 March 2011

Berputiknya minat menulis di zaman sekolah.

Saya bukan seorang penulis yang berbakat dan handal.Saya sedar kemampuan saya masih berada di bawah standard kebanyakan orang.

Kebiasaannya zaman sekolah dahulu saya selalu mendapat markah yang kurang asam dalam Bahasa Melayu.Tidak cemerlang.Apatah lagi gemilang.Namun kata orang kalau tiada rotan akar pasti berguna.Saya terus menulis tapi surat cinta.Surat cinta monyet.Al- maklum sekitar tahun 90'an mana ada handphone.Dalam surat ini saya tulis ayat bunga-bunga yang saya sendiri tidak faham.Sayangnya kebanyakan surat ini sudah lupus ditelan zaman.

Sekarang anak-anak remaja cukup mahir bersms.Orang tua sukar memahami kod-kod sms termasuk saya sendiri.Kelemahan kita menampakkan kelebihan mereka.Setelah tersedar saya mengakui teknologi kini jauh lebih baik.Cuma seni dan gaya berbahasa tanpa sms tetap utuh.Masih berbisa menyentap jiwa.Kalau tak mana mungkin lirik lagu 90an jiwang habis.

Kini setelah berbelas tahun meninggalkan alam persekolahan dan kembali ke dunia pekerjaan usaha menulis terhenti dengan sendirinya.Saya cuba mereka cipta 1001 alasan.Ternyata seperti kebanyakan orang tiada masa adalah paling popular. Tiada PC atau langsung tiada idea pun masih boleh diterima pakai.Ditambah lagi sekolah tak cukup tinggi.

Cuma peliknya keinginan untuk menulis pengalaman dan pandangan peribadi berbuak-buak apabila demam laman blog melanda dunia.Diaspirasikan lagi melalui cerita otai blogger dapat duit dari blog.Tak pa rezeki mereka.Syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.

Agak lewat juga saya mengenali alam blog.Itupun setelah Tsunami Facebook membelasah ramai penduduk dunia termasuk di Malaysia.Tempias terasa apabila membaca blog yang dipromosi melalui Facebook.Ada blog yang penuh grafik dan kreatif tapi tiada apa-apa isi yang mantap.Bahkan ada blog yang cukup padat dengan ilmu dan maklumat yang di'copy & paste'kan.Apa yang menarik ialah tulisan peribadi kerana keaslian dan keunikan seseorang penulis.Inilah blog yang pasti menjadi tatapan dan tarikan trafik siber...**politik dan cerita sensasi dikecualikan**

Pengalaman diperingkat bertatih dalam blog sama seperti para blogger lain juga.Teknik copy & paste.Ulasan sikit-sikit isu semasa.Kemahiran memadatkan gajet-gajet dan melebihkan masa untuk gempakkan blog adalah lumrah.Sayangnya saya dan mereka yang sewaktu terlalu ghairah update dan promosi bagai nak rak.Kalau tak percaya itulah trade mark blogger yang rata-rata menggunakan platform percuma blogspot atau wordpress. Saya lah tu..Tindakan bijak sepatutnya membina krebiliti yang berkualiti dengan paparan isi blog yang mantap dan mampan.

Apapun jangan marahkan saya dan mereka yang seangkatan.Kami tahu potensi blog yang ada web hosting dan domain sendiri jauh kedepan.Boleh dikatakan ada kelas tersendiri.Malah saya tetap menyimpan impian untuk ada 'brand' sendiri seperti mana dunia sebenar.

Cukup setakat ini.Saya berazam dan berusaha untuk terus menulis blog.Jika tidak ada orang membaca saya sendiri yang membaca untuk melatih minda untuk berfikir ke arah lebih baik setiap hari.Insya Allah.

Selamat berblogger.

10 March 2011

Kembali Online dan Berblogging

Salam sejahtera,

Memang agak lama untuk tidak update blog ini.Ada masalah teknikal yang teramat sukar untuk dikongsikan buat masa yang terdekat ini.

Apa-apapun jika masa sudah mengizinkan mungkin dalam bentuk ebook percuma.Siapa yang tau!!

Semoga kita jumpa lagi dan jangan lupa saya