22 April 2011

Teknik Meningkatkan Daya Tumpuan Menggunakan Objek(2)

Objek: Handphone

Amaran: Pastikan handphone di letakkan di depan mata dan buat catatan tentang handphone sahaja.

Contoh:

Saya ada handphone.Rupa buruk tapi masih boleh pakai.Masa beli dulu agak mahal.Sekarang dah murah.Sapa-sapa boleh beli handphone janji ada duit.Tak kisah janji dapat beli handphone.

Pelajar sekolah tak sepatutnya bawa handphone ke sekolah.Nanti asyik main game atau sms saja.Hilang tumpuan pada kelas sebaliknya hanya fikir tentang handphone.Kalau handphone hilang mesti mak bapak marah.Dia orang yang beli handphone.

Banyak manfaat kalau pakai handphone.Tak perlu telepon awam atau telepon rumah.Handphone bawak pakai tangan.Boleh simpan dalam poket seluar atau tas tangan.
Biasanya orang akan letak atas meja jika tengah minum kopi atau keja dekat pejabat.Kalau dulu orang cakap aksyen saja.Tapi sekarang orang langsung tak kisah.Handphone macam selipar atau kasut.Pakai tak pakai ada orang kisah..?

Handphone kalau habis bateri ramai yang susah hati.Call out tak dapat.Orang call pun tak dapat.SMS atau update twitter atau FB lagilah tak dapat..Handphone besar peranan untuk beri kebaikan.Bahkan boleh menghancurkan masa depan seseorang jika dia curi handphone.

Cuba bayangkan kalau tak wujudnya handphone dalam dunia ini.Agaknya ramai yang bela burung merpati sebagai penghantar surat.Ok juga tu.Pakai tin kosong yang disambung tali pun boleh.Yalah kalau handphone tak wujud lagi.Cuma yang menariknya telepon dekat rumah lebih laku dan popular.

Sekian sembang untuk handphone.Handphone adalah alat komunikasi yang menghubungkan manusia yang jauh.Tapi secanggih-canggih pun handphone tak berguna jika tiada bateri.
Sekarang saya punya handphone habis baterilah...

20 April 2011

Teknik Meningkat daya tumpuan menggunakan objek(1)

Objek: Komputer

Semua tempat ada komputer.Tak kisah apa jenama dan apa jenis.Dari teknologi klasik hinggalah kepada teknologi paling baru.Tak kisah.Janji komputer.

Peranan komputer sangat luas.Seluas lautan China selatan.Tapi kalau komputer rosak jangan buang dalam laut.Takut ikan dan segala penghuni laut yang lain tak suka.Mereka memang tak pandai komputer.Kita yang pandai berfikir dan menggunakan komputer jangan menzalimi hidupan laut.

Banyak cerita bagus tentang komputer.Boleh jadi untuk kerja,hobi dan sukan minda (game).Apa-apalah janji tentang komputer.Komputer yang paling bagus ialah komputer yang dapat menghasikan duit.Contoh komputer yang dijual oleh tauke kedai.Komputer juga menyebabkan ramai jadi billionaire seperti Bill Gates,Michael Dell,Steve Job dan paling hangat pengasas FaceBook.

Cerita tak bagus tentang komputer pun banyak.Paling teruk bila komputer rosak.Ramai yang susah hati.Buat kerja tak dapat.Online pun tak dapat.Ada juga komputer untuk keja-keja tak senonoh seperti keja editing film porno,fitnah,tipu dan pelaburan haram.Macam macam ada tentang komputer.

Bagaimanalah agaknya kalau komputer tak wujud dalam dunia ini.Yang pasti ramai yang kuat ingatan,keja lebih lambat atau ada ciptaan yang lebih baik dari komputer.

Sebenarnya komputer tak dapat lawan otak manusia.Otak manusia lebih baik dan kadang-kadang lebih teruk dari komputer.Komputer tak ada perasaan.Komputer tak boleh makan dan minum.Tapi komputer boleh hidup,tidur dan mati.Dah mati tu buang saja.

Apa-apapun itulah cerita tentang komputer.Ada baik dan ada buruk.Sama macam manusia ada bagus dan ada jelek.Sebabnya komputer dihasilkkan oleh manusia dan diguna oleh manusia.

08 April 2011

Jom ubah kemahiran bahasa Inggeris anda


Mengapa belajar Inggeris?
Belajar bercakap Inggeris adalah antara pilihan yang terbaik dan boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
Memang tepat sekali pilihan anda.
Bukan suatu yang menarik dan bernilai dalam hidup anda untuk mengakses informasi yang orang lain tidak boleh dapati? Bercakap dan menulis surat kepada orang maha penting dalam hidup anda yang bukan senang dihubungi atau didekati oleh orang lain jika seseorang tidak pandai bercakap Inggeris.
Memberi keyakinan dan menakluk hati orang lain bila sahaja anda membuka mulut anda. Mendapat peluang promosi dan anjakan gaji yang lumayan dalam kerjaya anda dan bersaing dengan sihat bersama rakan seperjuangan yang lain untuk merebut kenaikan pangkat dan jauh mendahului orang lain.
Sudah pasti anda boleh dapat semua ini jika anda pandai bercakap bahasa Inggeris dengan lancar dan tepat.
Mendekati diri dengan ilmu dunia
Apakah yang anda minati? Adakah ia bidang Sains/ Muzik? Komputer? Kesihatan? Perniagaan? Sukan?
Media massa hari ini – merangkumi saluran internet, televisyen, telefon bimbit - memberi anda input ilmu yang tidak ada batasan dalam apa bidang subjek sekali pun yang anda minati. Bukankah kita semua tahu, kita sedang berada dalam era ledakan teknologi informasi.
Hanya satu masalah yang wujud. Kebanyakan dari ilmu ini dicatat dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
Berikut ini adalah antara contoh yang anda boleh guna jika anda menguasai bahasa Inggeris:
• Majoriti dari Laman web dalam internet. Terdapat lebih dari satu billion muka informasi dalam internet. Suatu yang menakjubkan ialah anda hanya perlu belajar satu bahasa sahaja untuk anda melayari dan mengenal hampir semua ilmu yang ada dalam internet.
• Buku — untuk semua subjek, dari seluruh dunia. Membaca buku yang ditulis oleh pakar atau pengarang berbangsa British atau Amerika Syarikat, atau buku bahasa tempatan lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Apa sahaja bidang yang anda minati, anda boleh membacanya dalam bahasa Inggeris.
• Surat khabar. Hanyalah majalah dan surat khabar bahasa Inggeris sahaja dapat diperolehi di semua tempat di dunia ini. Anda tidak perlu mencari Time, Newsweek, or the International Herald Tribune!
• Sains. Inggeris adalah teras kepada perkembangan Sains di seluruh dunia. Dalam tahun 1997, 95% dari journal dan artikel Sains ditulis dalam bahasa Inggeris. Dari semua ini, hanya 50% ditulis oleh pengarang dari negara berteraskan bahasa Inggeris seperti USA dan Britain.
• Lapuran berita. Menonton berita dari rangkaian televisyen antarabangsa seperti CNN International dan NBC. Mereka menyiarkan berita yang lebih pantas, lebih profesional berbanding dengan rangkaian penyiaran kebangsaan yang kecil. Paling menarik sekali, anda dapat menonton berita mereka di semua negara di dunia ini.
• Komunikasi dengan orang lain. Kami sering mengaitkan Inggeris sebagai “Bahasa Komunikasi Dunia” . Apa sebabnya? Sebabnya semua orang di dunia ini bersetuju untuk bercakap sesama satu dengan lain dalam Bahasa Inggeris.
• Fikirkan, lebih dari 1.5 Billion orang di dunia ini bertutur dengan bahasa Inggeris. Satu billion yang lain pula aktif mempelajari bahasa dunia ini.
• 75% dari poskad dan surat di dunia ini ditulis dengan menggunakan Inggeris.
• Hampir semua persidangan antarabangsa dan pertandingan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, Olimpik dan pertandingan ratu cantik dunia.
• Duta dan ahli politik dari semua negara mengguna bahasa Inggeris untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Inggeris adalah bahasa utama Bangsa Bangsa Bersatu, NATO dan Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

Anda akan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jika anda:
• Menghubungi orang dari seluruh dunia. Bercerita dan bertukar pendapat dengan melibatkan diri dalam perbualan virtual melalui bilik forum atau chatting room di internet. Hantar email kepada orang yang penting dan belajar budaya hidup mereka.
• Melancung dengan lebih mudah. Di mana anda pergi, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Lebih dari 100 negara di dunia ini mengguna Inggeris diguna sebagai bahasa pengantara. Bertanya arah , berbual, atau …. Meminta tolong. Manalah anda tahu, Inggeris akan menyelamatkan nyawa anda suatu hari nanti.
Menolak kerjaya anda ke depan
Jika anda mahukan kerja yang baik dalam perniagaan mahupun bidang Sains dan Teknologi, bangunlah dari kerusi sofa anda mulalah belajar Inggeris. (Jika anda telah mempunyai kerja yang baik, mulalah belajar Inggeris agar anda tidak kehilangan kerja anda)
Jelas sekali, Inggeris akan membantu anda:
• Paparkan "Penguasaan Inggeris yang cemerlang" dalam biodata anda. Dapatkan kerja impian anda dan nikmati pendapatan yang lumayan.
• Dapat ilmu teknikal. Inggeris adalah bahasa teknologi, terutamanya teknologi berstatus tinggi seperti komputer sains, genetik, dan perubatan. Jika anda ingin membaca maklumat dalam bidang teknologi, kemungkinan besar anda perlu mengguna bahasa Inggeris.
• Belajar Sains Komputer. Membaca petikan teknikal tanpa sebarang masalah, atau menulis petikan anda sendiri.
• Menjadi usahawan bertaraf dunia . Mudah sekali, perniagaan antarabangsa sentiasa dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Dan kebanyakan dari perniagaan hari ini bersifat antarabangsa. Jadi, jika anda mahu berkecimpung dalam arena ini, anda perlu mengetahui bahasa Inggeris untuk berhubung dengan ahli perniagaan yang lain, untuk berbincang dan bermesyuarat, membaca surat khabar dan majalah perniagaan dan mendapat maklumat perniagaan dunia.
• Menjadi seorang Saintis yang hebat. Berhubung dengan Saintis dari negara lain, menghadiri persidangan sains sedunia, melawat pusat akademik di luar negara. Membaca laporan Sains yang terkini dan mengenal penemuan terbaru dalam majalah atau buku.
• Mengguna komputer anda dengan lebih produktif. Kebanyakan dari arahan aplikasi komputer adalah dalam bahasa Inggeris, jadi anda akan dapat memahami dengan mudah dan menjadi seorang kakitangan yang lebih cemerlang..
• Belajar kemahiran dalam perniagaan. Anda mudah menguasai kontrak perniagaan dan tidak mudah ditipu oleh orang lain.
Menikmati kesenian/hiburan dengan lebih sensasi
Inggeris akan membolehkan anda menikmati budaya setiap negara di dunia dengan lebih mendalam berbanding dengan bahasa lain. Dengan menguasai Inggeris dalam hidup, anda akan dapat melakukan berbagai perkara yang menarik seperti berikut :
• Menonton tayangan American dan British yang original. Bila anda telah menikmati yang asal , anda tidak akan kembali ke versi rakaman!
• Membaca buku-buku yang hebat. Setiap buku yang hebat ditulis dalam bahasa Inggeris atau ia ditulis dalam bahasa Inggeris . Bilangannya cukup menakjubkan —dari cerita klasik seperti Hamlet ke cerita yang menggegarkan jiwa seperti Jurassic Park.
• Lebih menikmati muzik Inggeris. Percayalah , anda akan menghargai dan menghayati muzik dengan lebih mendalam kalau anda memahami perkataannya.
Inggeris amat mudah dipelajari
Inggeris bukan sahaja bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia ini, ia juga satu dari bahasa yang paling berguna di dunia.
• Huruf yang ringkas dan mudah— Tidak ada huruf istimewa seperti é or ä. Taip perkataan Inggeris seperti sweet, part, film pada komputer anda. Sekarang cuba süß (German), (Polish), (Russian). Manakah yang mudah?
• Bilangan majmuk yang mudah— Hanya sekadar menambah s pada hujung perkataan. One car, five cars; one telephone, two telephones... Hanya beberapa perkataan yang mempunyai keistimewaan luar biasa.
• Perkataan yang mudah dipelajari. Dalam France, ia dipanggil la fille dan chien. Di German, ia adalah das Mädchen and der Hund. Dalam bahasa Inggeris , mereka memanggil a girl dan a dog. Itul saja yang anda perlu tahu.
• Perkataan yang pendek. Kebanyakan dari perkataan yang sering diguna adalah pendek dan mudah ditulis seperti: run, work, big, go, man. Perkataan panjang akan dipendekkan; contohnya sitcom = situational comedy, fridge = refrigerator, OS = operating system. Speaking English saves you time. :-)
• Perkataan yang kekal abadi. Tetapi dalam kebanyakan bahasa lain, satu perkataan boleh membawa berbagai-bagai makna.:
English: The man is blind.
German: Der Mann ist blind.
English: This is a blind man.
German: Das ist ein blinder Mann.
English: I see a blind man.
German: Ich sehe einen blinden Mann.
• Panggil setiap orang dengan "you". Anda boleh berkata, "Do you speak English?" kepada kawan anda atau cikgu anda. Dalam bahasa lain, anda perlu guna perkataan yang betul dengan orang yang betul. Dalam Inggeris, setiap orang adalah sama.:-)
• Inggeris ada di merata tempat. Anda dapat memperoleh maklumat dalam bahasa Inggeris secara terus dari rancangan TV yang berteraskan Inggeris , muzik, laman web , majalah dan lain-lain. Anda tidak perlu membaca dari buku teks yang membosankan. Anda boleh belajar dan mempraktis Inggeris anda pada masa yang sama. Mengguna Inggeris dalam kehidupan harian anda adalah penting kerana ia akan mendorong semangat anda untuk mempelajari bahasa ini.

Mencapai kepuasan
Inggeris bukan sahaja membawa manfaat dalam berbagai aspek — ia juga memberi kepuasan untuk anda:
• Seronok melihat perkembangan diri. Kami tidak akan lupa saat anda dapat menonton siri bahasa Inggeris atau membaca majalah dengan mudah.
• Anda akan seronok menikmati Inggeris, jika anda tahu setiap usaha yang anda curahkan mendekatkan diri anda pada tahap yang lebih baik.
• Seronok mengguna bahasa Inggeris , kerana setiap ayat yang anda sebut atau tulis mengingatkan diri tentang kejayaan anda.
Inggeris akan jadikan anda seorang yang lebih berkuasa, lebih gembira. Tidak sukar untuk anda membayangkan situasi tertentu yang membolehkan anda mengguna Inggeris dengan perasaan ceria dan gembira.
Kami berharap, dengan bantuan dari kami, perkembangan Inggeris anda akan memberi kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda. Ramainya orang yang telah mengguna cara kami telah menyaksikan perkembangan yang positif dalam penguasaan Inggeris dalam hidup mereka.
p/s: Sudi-sudilah luang masa untuk demo percuma http://zaihandez.blogspot.com
@@@@@@@
Bagi di luar liputan boleh berurusan melalui email zaihandez@gmail.com atau sms/call untuk tindakan selanjutnya.

05 April 2011

“Tahun untuk belajar bahasa di talian/internet – 2011”



Selamat Datang ke Dez English, satu tempat untuk melanjutkan pembelajaran Bahasa Inggeris melebihi sempadan tradisi.

Dunia yang penuh dengan peluang.

Semua program Dez English adalah menjurus kepada pembentukan asas yang kukuh di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris melalui penciptaan suatu suasana pembelajaran yang menggabungkan teori dan latihan untuk membentuk empat kaedah komunikasi yang utama: Perbualan, Pendengaran, Pembacaan dan Penulisan.

Sistem Eksekutif Dez English dapat membantu ramai orang mengaplikasikan dalam kehidupan harian untuk:

• Melonjakkan karier ke tahap yang baru;
• Meningkatkan keyakinan diri;
• Bercakap dengan jelas dan penuh yakin dengan sesiapa sahaja pada taraf yang berlainan;
• Membentuk kepercayaan dan keyakinan yang cepat di kalangan rakan-rakan;
• Membuat persembahan yang lebih bertenaga dan lebih berkesan;
• Mencipta pandangan yang lebih kuat dan berpanjangan;
• Menulis dengan lebih jelas dan meyakinkan;
• Memiliki kelebihan untuk menang dalam persaingan;
• Meningkatkan kedudukan (secara keseluruhan, dan bukan hanya di dalam Bahasa Inggeris);
• Berjaya dalam mencari kerja dan cemerlang dalam penilaian prestasi;
• Mengukuhkan hubungan pelanggan, sosial dan juga keluarga dengan kawalan diri yang lebih baik dan komunikasi yang lebih jelas…
• …dan banyak lagi!

Sistem Eksekutif Dez English bukan setakat kata-kata. Ianya lebih daripada itu.


Jangan tunggu sehingga peluang ini berakhir…Daftar hari ini.

http://zaihandez.blogspot.com

Komen pakar-pakar tentang Dez English:

“Generasi-X perlukan latihan yang cemerlang dalam kelajuan yang pantas.”

Belajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL) dengan cara abad ke-21: mengikut kehendak, arahan dan pengukuhan sendiri dari hari ke hari.

Anda ingin belajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL)? Mari sertai program ini! Sertai rakan-rakan anda mempelajari Bahasa Inggeris di talian/internet hari ini!