11 March 2011

Berputiknya minat menulis di zaman sekolah.

Saya bukan seorang penulis yang berbakat dan handal.Saya sedar kemampuan saya masih berada di bawah standard kebanyakan orang.

Kebiasaannya zaman sekolah dahulu saya selalu mendapat markah yang kurang asam dalam Bahasa Melayu.Tidak cemerlang.Apatah lagi gemilang.Namun kata orang kalau tiada rotan akar pasti berguna.Saya terus menulis tapi surat cinta.Surat cinta monyet.Al- maklum sekitar tahun 90'an mana ada handphone.Dalam surat ini saya tulis ayat bunga-bunga yang saya sendiri tidak faham.Sayangnya kebanyakan surat ini sudah lupus ditelan zaman.

Sekarang anak-anak remaja cukup mahir bersms.Orang tua sukar memahami kod-kod sms termasuk saya sendiri.Kelemahan kita menampakkan kelebihan mereka.Setelah tersedar saya mengakui teknologi kini jauh lebih baik.Cuma seni dan gaya berbahasa tanpa sms tetap utuh.Masih berbisa menyentap jiwa.Kalau tak mana mungkin lirik lagu 90an jiwang habis.

Kini setelah berbelas tahun meninggalkan alam persekolahan dan kembali ke dunia pekerjaan usaha menulis terhenti dengan sendirinya.Saya cuba mereka cipta 1001 alasan.Ternyata seperti kebanyakan orang tiada masa adalah paling popular. Tiada PC atau langsung tiada idea pun masih boleh diterima pakai.Ditambah lagi sekolah tak cukup tinggi.

Cuma peliknya keinginan untuk menulis pengalaman dan pandangan peribadi berbuak-buak apabila demam laman blog melanda dunia.Diaspirasikan lagi melalui cerita otai blogger dapat duit dari blog.Tak pa rezeki mereka.Syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.

Agak lewat juga saya mengenali alam blog.Itupun setelah Tsunami Facebook membelasah ramai penduduk dunia termasuk di Malaysia.Tempias terasa apabila membaca blog yang dipromosi melalui Facebook.Ada blog yang penuh grafik dan kreatif tapi tiada apa-apa isi yang mantap.Bahkan ada blog yang cukup padat dengan ilmu dan maklumat yang di'copy & paste'kan.Apa yang menarik ialah tulisan peribadi kerana keaslian dan keunikan seseorang penulis.Inilah blog yang pasti menjadi tatapan dan tarikan trafik siber...**politik dan cerita sensasi dikecualikan**

Pengalaman diperingkat bertatih dalam blog sama seperti para blogger lain juga.Teknik copy & paste.Ulasan sikit-sikit isu semasa.Kemahiran memadatkan gajet-gajet dan melebihkan masa untuk gempakkan blog adalah lumrah.Sayangnya saya dan mereka yang sewaktu terlalu ghairah update dan promosi bagai nak rak.Kalau tak percaya itulah trade mark blogger yang rata-rata menggunakan platform percuma blogspot atau wordpress. Saya lah tu..Tindakan bijak sepatutnya membina krebiliti yang berkualiti dengan paparan isi blog yang mantap dan mampan.

Apapun jangan marahkan saya dan mereka yang seangkatan.Kami tahu potensi blog yang ada web hosting dan domain sendiri jauh kedepan.Boleh dikatakan ada kelas tersendiri.Malah saya tetap menyimpan impian untuk ada 'brand' sendiri seperti mana dunia sebenar.

Cukup setakat ini.Saya berazam dan berusaha untuk terus menulis blog.Jika tidak ada orang membaca saya sendiri yang membaca untuk melatih minda untuk berfikir ke arah lebih baik setiap hari.Insya Allah.

Selamat berblogger.