15 March 2011

Pengalaman Awal Berbahasa Inggeris


Sekitar tahun 1988 saya merupakan seorang pelajar tahun 6.Kalau tak silap cuti penggal persekolahan.Masa tersebut berada di kampung sepupu yang agak jauh di pendalaman.

Ada seorang budak kampung berkenaan ingin berkenalan. Ketika itu saya memulakan komunikasi bahasa inggeris yang agak pelat dan kelakar.Seingat saya mereka dalam 2 atau 3 orang.Waktu senja dan pastinya muka kami tidak kelihatan dengan jelas.Suasana kampung .Lampu neon yang bergemerlapan seperti di bandar hari ini umpama jauh panggang dari api.

Dengan penuh yakin saya menyebut 'my name is .......(nama glamer kampung) and how are you ? 'Habis sahaja saya bercakap, mereka ketawa berderai-derai bagaikan nak pecah perut.Lantas seorang dari mereka dengan sinis menyatakan 'wow speaking English'..lawa ( sombong) sungguh.Kesannya saya merasakan muka saya terasa 'merah dan padam'.

Akibat peristiwa ini semangat saya untuk berbahasa Inggeris semakin luntur dan tidak bermaya.Masuk sahaja ke sekolah menengah pencapaian saya dalam bahasa Inggeris timbul dan tenggelam.Bahasa mudahnya ada lulus dan selebihnya gagallah jawapnya.He..he..he.

Setelah sedekad berlalu dan menjejaki alam pekerjaan kemampuan berbahasa omputih saya masih ditakuk lama.Peningkatan tidak begitu ketara sehinggalah pada hari saya bekerja di sebuah syarikat pemprosesan cokelat.Macam kebetulan pulak saya dilantik menjadi Juruteknik Pemprosesan.Syarikat ini secara teorinya mengutamakan bahasa Inggeris namun praktikalnya seratus peratus bahasa Melayu.Sebab utama golongan majoriti pekerja adalah orang Bumiputera.Cuma tauke besar sahaja bukan bumiputera.

Hampir seminggu bekerja saya sudah diajar selok belok tugas dan hal berkaitan syarikat.Ketika tugas menulis laporan dalam buku kerja sekali lagi saya mencipta kelainan.Apa tidaknya sebelum ini laporan ditulis dalam bahasa Melayu.

Nantikan kisah selanjutnya dalam update blog yang akan datang...

Selamat membaca.