Menjana pendapatan dari internet

Salam penuh ceria,

Hari saya hendak bercerita tentang pengalaman manis saya berkaitan pelbagai program mencari duit di internet.Pada mulanya saya endah dan tak endah sahaja program seumpama ini.Rasa takut dan gusar pasti ada kerana sebelum ini banyak cerita yang kurang elok kita dengar berkaitan swisscash dahulu.

Namun setelah meneliti dengan mata hati sekarang saya faham bahawa perniagaan berbentuk network itu adalah cukup hebat kerana ia bersifat pasif. Buat sekali tetapi hasil berkali-kali. Tugas ini pasti akan disambung oleh orang baru dan berterusan kepada orang baru.

Dalam usaha orang baru pula mencari downline pasti ramai yang tertewas kerana tiada sambutan atau pasaran sudah dijangka tepu(sebenarnya tidak).Ini pula menjadi kelebihan orang yang lama kerana mereka lebih berpengalaman dalam meneruskan promosi dan promosi.

Harus diingatkan bahawa ada ramai yang kurang berminat berkaitan mencari downline.Ia adalah persepsi yang salah kerana mencari downline umpama mencari customer. Bila customer bersetuju untuk membeli perkhidmatan kita maka kepentingan kita masih bersamanya jika melalui sistem upline vs downline. Situasi ini mendorong upline bersungguh-sungguh mendidik dan menduplikasi kepada downline oleh sebab kepentingan tadi.

Suka diingatkan bahawa tidak semua berfikiran sedemikan. Ada yang sangat bagus kerana langsung tidak melihat kepentingan diri.Mereka ini pasti mendapat kejayaan gilang gemilang.Sudah terbukti dalam dunia MLM yang berjaya secara kekal adalah mereka yang berhati murni seperti ini.

Sebagai orang baru mereka perlu belajar daripada orang lama kerana pengalaman yang mereka perolehi itu sangat berharga. Tambahan pula zaman sekarang soal perkongsian info dan maklumat sangat mudah dan cepat. Logiknya orang yang cepat merebut peluang pasti mendapat habuan lebih banyak.Banyak faktor yang mendorong mereka yang bekerja keras.

Antaranya kerana terpaksa dek desakan hidup, pengalaman kerugian kerana banyak mengikuti bermacam-macam peniagaan yang seumpamanya, jenis yang memang suka bekerja keras dan pelbagai lagi.Apa pun alasanya internet adalah medium paling efektif untuk menjana pendapatan secara pantas dan lumayan.Cuma harus diingatkan tiada jalan pintas untuk berjaya. Mereka yang berjaya itu sudah melalui pelbagai kegagalan demi kegagalan. Akhir mereka mereka berjaya dengan pantas kerana belajar dari pengalaman gagal sebelum itu.

Sekian. Sahaja buat kali ini.

hanafi abdullah

http://www.mypowerfulnetwork.com