19 September 2011

Bermula online semula

Salam 1Malaysia....

Hari ini saya sempat beronline semula..Lama sungguh kerana tidak ada kesempatan waktu.

06 June 2011

Blogspot terbaru




Saya sangat suka membaca.Sudah menjadi satu tabiat sejak dari kecil sampai sekarang.Pernah semasa sekolah saya menyertai pertandingan membaca sapa yang paling banyak buku.Tetapi perlu ada syarat iaitu menulis sinopsis sebagai bukti.

Bila teringat sahaja kisah ini lalu saya pun buat ulasan buku.Mari membaca..

31 May 2011

Sambung Cerita


Hai,

Selamat bertemu kembali...

Hari ini ramai yang bercuti terutama kepada mereka yang akan merayakan Gawai Dayak.Kesempatan ini saya ucapkan selamat hari Gawai kepada mereka yang berkenaan.

Saya kongsikan satu pantun untuk anda semua.

Pergi ke hulu bersama bapa,
Hendak berjumpa kawan lamanya
Adat tradisi jangan dilupa,
Budaya lama kekal selamanya

26 May 2011

Penyusunan blog mengikut tema


Hari ini saya sudah berubah hati.Terpaksa juga berkarya secara bebas.Tanpa memikirkan sangat soal komersial.

Saya nak coretkan apa saja saja.Paling penting coretan saya adalah pendek-pendek kerana saya ada beberapa lagi blog yang perlu update selalu..

22 April 2011

Teknik Meningkatkan Daya Tumpuan Menggunakan Objek(2)

Objek: Handphone

Amaran: Pastikan handphone di letakkan di depan mata dan buat catatan tentang handphone sahaja.

Contoh:

Saya ada handphone.Rupa buruk tapi masih boleh pakai.Masa beli dulu agak mahal.Sekarang dah murah.Sapa-sapa boleh beli handphone janji ada duit.Tak kisah janji dapat beli handphone.

Pelajar sekolah tak sepatutnya bawa handphone ke sekolah.Nanti asyik main game atau sms saja.Hilang tumpuan pada kelas sebaliknya hanya fikir tentang handphone.Kalau handphone hilang mesti mak bapak marah.Dia orang yang beli handphone.

Banyak manfaat kalau pakai handphone.Tak perlu telepon awam atau telepon rumah.Handphone bawak pakai tangan.Boleh simpan dalam poket seluar atau tas tangan.
Biasanya orang akan letak atas meja jika tengah minum kopi atau keja dekat pejabat.Kalau dulu orang cakap aksyen saja.Tapi sekarang orang langsung tak kisah.Handphone macam selipar atau kasut.Pakai tak pakai ada orang kisah..?

Handphone kalau habis bateri ramai yang susah hati.Call out tak dapat.Orang call pun tak dapat.SMS atau update twitter atau FB lagilah tak dapat..Handphone besar peranan untuk beri kebaikan.Bahkan boleh menghancurkan masa depan seseorang jika dia curi handphone.

Cuba bayangkan kalau tak wujudnya handphone dalam dunia ini.Agaknya ramai yang bela burung merpati sebagai penghantar surat.Ok juga tu.Pakai tin kosong yang disambung tali pun boleh.Yalah kalau handphone tak wujud lagi.Cuma yang menariknya telepon dekat rumah lebih laku dan popular.

Sekian sembang untuk handphone.Handphone adalah alat komunikasi yang menghubungkan manusia yang jauh.Tapi secanggih-canggih pun handphone tak berguna jika tiada bateri.
Sekarang saya punya handphone habis baterilah...